SIRI 153
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat
Fasal 5: Keistimewaan Mursyid, Pemimpin Jalan Ma'rifat
sambungan....
Dalil-dalil ini adalah menjadi bukti kepimpinan seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang sentiasa terikat kepada Petunjuk Allah dan Rasul-Nya, sekaligus membezakan antara sumber ilmu dan kepimpinan mereka (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) dengan orang alim biasa dan pemimpin-pemimpin dunia lainnya. Ini yang dimaksudkan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu ketika beliau berkata:
Berkata Al-Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
“Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ .”
[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]
Berkata Imam Al-Jilani Radhiallahu anhu lagi:
"Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah ﷺ yang terkenal sebagai Ahli Sufi yang memakai pakaian bulu yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah ﷺ dan berada hampir dengan baginda. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah ﷺ ".
[Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihil Abrar]
Daripada Mutiara kata Imam Jilani dan Imam Ghazali Radhiallahu anhu, kamu tentu dapat memahami sekarang bahawa Manhaj Pendidikan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah Sistem Pendidikan Rabbani – yang sentiasa di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya, yang benar-benar membawa manusia Mengenal Allah dan Ubudiyyah dengan tulus hati, menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa serta di-Redhai Allah.
Ini kerana Mursyid Pewaris Nabi adalah insan-insan Pilihan Allah yang istimewa yang menjadi “Wakil Allah” atas muka bumi. Mereka menjalankan Amanah Allah dan Rasul-Nya. Mereka TIDAK sesekali membawa manusia kepada kesesatan. Mereka TIDAK sesekali cenderung kepada golongan sesat (72 golongan sesat), apa lagi menyertai mereka …jauh sekali.
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq juga TIDAK sesekali masuk ke dalam kelompok-kelopok parti politik yang wujud pada zaman ini, yang menipu Ummat dengan memutarbelitkan Ayat Qur’an. Di kalangan mereka, ada yang bergelar “Ulama” dan “pejuang Islam” menjual Ayat-ayat Allah dan menjadikannya barang dagangan politik. Perangai mereka tidak ubah seperti pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani yang mengubah kandungan Kitab Allah demi keuntungan dunia yang hina. Wal Iyazubillah.
Ahli-ahli politik fasiq seperti ini bukan baru muncul. Mereka ini sudah wujud pada zaman pemerintahan zalim yang disebut oleh Rasulullah ﷺ sebagai Mulkan Addhan - zaman pemerintahan “menggigit” ertinya “zalim”. Golongan Ulama dunia, Ulama Nafsu dan Ulama politik jahat ini bangkit setelah tamatnya pemerintahan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu sebagai Khalifah terakhir dari kalangan Khulafa Ar-Rasyidin.
Golongan Ulama dunia, Ulama Nafsu dan Ulama politik jahat ini bangkit setelah tamatnya pemerintahan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu sebagai Khalifah terakhir dari kalangan Khulafa Ar-Rasyidin.
Bersambung siri 154 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment