Thursday, March 05, 2026

SIRI 65


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)

sambungan...




Kenyataan 4:

Wahyu Pertama dan Ilmu Toriqat

sambungan...




Beberapa Rumusan Penting yang perlu diperhatikan di sini adalah:


(1) Selama 10 tahun di Makkah,  Rasulullah ﷺ mendidik jiwa para sahabat dengan Ilmu Tazkiyyatun-nafs — yang kemudiannya dinamakan Toriqat Rasulullah ﷺ.  Ini adalah BUKTI KUKUH berkenaan ilmu Penyucian Jiwa atau Ilmu Toriqat yang diwarisi turun-temurun oleh Sekalian Mursyid — Pewaris Nabi yang sebenar.  


(2) Ilmu mendidik jiwa — Ilmu Toriqat diturunkan terlebih dahulu dari Ilmu Syari'at bertujuan mendidik jiwa sahabat menjadi suci bersih dan bersedia menanggung Amanah Besar — Amanah Syari'at.  Ini menunjukkan keutamaan pendidikan jiwa dan nafs sehingga hati dan ruh ditundukkan untuk menjadi hamba-hamba Allah yang sebenar.  Tanpa pendidikan kejiwaan ini, manusia tidak akan memperoleh sifat kehambaan dan ubudiyyah sebenar.  Tanpa pendidikan melalui Ilmu Toriqat Rasulullah ﷺ , tidak mungkin bagi seseorang memperoleh Iman sejati, Taqwa dan Ihsan.  


(3) Selama proses penyucian tersebut (10 tahun di Makkah)  tidak ada satu pun Perintah Syari'at diturunkan.  Tidak diperintahkan Solat, puasa, zakat, haji atau lain-lainnya. Ibadah Syari'at yang pertama difardhukan kepada Rasulullah ﷺ  dan Ummat Baginda adalah Ibadah Solat yang diterima oleh Rasulullah ﷺ pada Peristiwa Isra' Mi'raj.  Hal ini BUKAN menunjukkan Syari'at tidak penting, bahkan menurut Ulama Mu'tabar kedua-duanya sama penting dan WAJIB didokong oleh semua orang beriman. 


(4) Bagi ummat Islam selepas turun perintah Solat, kedua-dua Ilmu menjadi Wajib serentak.  Maksudnya WAJIB amalkan Syari'at dan Toriqat Rasulullah serentak, tanpa meninggalkan salah satu darinya.  Ertinya  dilarang meninggalkan syari'at dan semata-mata menumpukan kepada Toriqat dengan alasan sirah Rasul demikian.  Ini kerana apabila Agama telah sempurna turun, maka WAJIB secara mutlaq bagi setiap orang yang aqil baligh memperlajari dan amalkan kedua-duanya (syari'at dan Toriqat) sekaligus.   


 (5) Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah telah sepakat bahawa sesiapa meninggalkan salah satu dari Ilmu tersebut, maka adalah dia termasuk ke dalam golongan fasiq atau zindiq — sebagaimana peringatan terdahulu.  Wal Iyazubillah


(6) Barangkali kini sudah terbuka sedikit minda orang-orang Islam awam yang selama ini keliru, ragu-ragu, musykil dan tertanya-tanya berkenaan Ilmu Toriqat.  Barangkali selepas membaca keterangan ini terbuka kefahaman berkenaan jalan sebenar Rasulullah ﷺ — Jalan Lurus kepada Allah.  Orang awam telah sekian lama dikelirukan dengan dakyah propaganda  yang amat keji bahawa semua Toriqat adalah bahaya, syirik, bid'ah sesat.  Iblis dan kuncu-kuncunya dari bangsa jinn dan manusia Yahudi Nasrani, kafir asli, munafiq dan golongan sesat terus berusaha momokkan nama "toriqat"  dengan wajah yang amat buruk sehingga banyak orang Islam  menjadi mangsa kepada dakyah jahat tersebut.


Semua ini terjadi kerana beberapa faktor kejahilan diri dan dakyah musuh-musuh Allah seperti yang telah disebutkan terdahulu. 


Bersambung siri 66 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...