Thursday, March 05, 2026

SIRI 66


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)

sambungan...



Kenyataan 5:

Wahyu Pertama dan  Zikir Allah Allah Allah


Pada beberapa siri yang lalu,  kita telah menjelaskan hubungan erat di antara Wahyu Pertama dengan Toriqat. Matlamat Toriqat adalah untuk menyucikan batin (hati dan ruh) daripada semua macam kekotoran maknawiyah  (yang tersembunyi) sehingga jiwanya benar-benar suci bersih.  Iaitu suci bersih daripada syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah  (kekejian) dan ghaflah (kelalaian) sehingga apabila jiwa itu telah benar-benar suci bersih, maka di sana akan bercahayalah hati dengan Cahaya Iman, Tauhid yang benar-benar bersih — dipanggil Ma'rifat.  


Baik..

Persoalan sekarang apakah amalan yang terkandung di dalam Toriqat Rasulullah ﷺ  itu?  

Apakah amalan yang diwahyukan kepada Baginda? Apakah amalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah ﷺ untuk mendidik jiwa supaya amalkannya sungguh-sungguh untuk mencapai Keimanan yang teguh? 


Jawapannya terkandung di dalam Wahyu pertama  [    ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ    ]  —   "Iqra'   bismi Rabbikallazi khalaq" (bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan)


Menurut penjelasan Ahli Ma'rifat, pengertian kedua bagi ayat tersebut iaitu:

Maksud "Bacalah itu adalah:

"Sebutlah nama Tuhanmu"   

"Sebutlah nama Allah," 

"Sebutlah Allah Allah banyak-banyak"  

"Zikirlah Allah Allah terus-menerus" 

"Ingatlah kepada Allah terus-menerus di dalam hati".


Berkata _Al-Qutb Tajul Arifin_ Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:

"Ya anakku, Wahyu permulaan Risalah (Iqra') adalah menyuruh Zikr akan Kalimah Allah.  Kerana makna Iqra' dan zikir bersamaan jua.  (pada pengertian kedua — pent)  —  yakni Kalimah yang muradif  — berlainan lafaz bersatu makna."

[Risalah Ma'rifat :  Siri 1,  ms 26]


Intisari dari penjelasan ini adalah:


(1) Wahyu pertama memerintahkan —  Zikirlah Allah Allah Allah di dalam hati — terus-menerus tanpa henti siang dan malam.


(2) Inilah Toriqat Pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah ﷺ  iaitu Toriqat yang amalannya asasnya melakukan Zikir Allah Allah di dalam hati.


(3) Toriqat yang pertama diwahyukan kepada Rasulullah ﷺ dikenali sebagai Toriqat Naqsyabandiah pada zaman ini.


Adakah dalil sokongan lain bagi semua keterangan ini?

Dalil yang menyokong keterangan ini amat banyak sekali di dalam Kitabullah, Hadith serta fatwa Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah (Ulama bertaraf Auliya Allah).


Bersambung siri 67 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...