SIRI 61
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf):
sambungan...
Kenyataan 3:
Wahyu Pertama dan Rahsia Tarbiyyah Rasulullah ﷺ
Kita semua sedia maklum, sejak Kalimat Agung yang pertama
" اقْرَأْ " (iqra') diturunkan, Nabi kita telah bersungguh-sungguh memikul AMANAH ALLAH iaitu untuk melaksanakan Misi Baginda atas muka bumi — mendirikan Kalimah Suci La Ilaha Illallah, dengan cara menyeru manusia kepada Tauhid yang benar dan menjauhi segala macam kesyirikan (syirik Jali dan Syirik Khafi), kemunafikan dan kekafiran. Kemudian Baginda mendidik mereka supaya manusia menjadi hamba-hamba yang sebenar — bertauhid mengenal Allah dengan sebenar kenal dan mendirikan Ubudiyyah menjadi hamba-hamba yang di-Redhai Allah.
Ringkasnya Baginda menggalas dua tugas besar:
(1) Da'wah secara umum kepada semua manusia.
(2) Tarbiyyah (didikan) khusus kepada para sahabat Baginda.
Yang pertama adalah lebih umum, yang kedua adalah lebih khusus dan inilah fokus Utama Rasulullah ﷺ
iaitu melahirkan seberapa banyak Sahabat Nabi yang cemerlang, mencapai Ma'rifat yang tinggi dan sanggup mempertahankan kesucian Agama dengan harta dan nyawa mereka. Sungguh ini suatu TUGAS yang amat berat.
Dalam jangka masa perjuangan 10 tahun (sebelum turun kewajipan Solat), Baginda telah berjaya membentuk sejumlah insan-insan yang bertaqwa — ahli Ma'rifat yang tinggi yang benar-benar kenal Allah, berubudiyyah tulus ikhlas kerana Allah, serta sanggup mati kerana Allah. Dalam hati mereka tiada lain melainkan Allah. Mereka berdiri menghadap Allah dengan penuh khusyu'. Mereka berdiri menghadap musuh-musuh Allah bagaikan singa yang berani. Matlamat mereka tiada lain melainkan Allah...!
Pernahkah kita bertanya apakah dia Tarbiyyah yang Nabi lakukan ke atas para Sahabat Baginda?
Pernahkah kita mengkaji sungguh-sungguh jalan yang ditempoh oleh insan-insan yang mendapat Tarbiyyah Baginda?
Pernahkah kita bertanya apakah rahsia didikan Baginda sehingga terbentuknya Sahabat-sahabat yang cemerlang zahir batin?
Bersambung siri 62 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment