SIRI 62
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf):
sambungan...
Kenyataan 3:
Wahyu Pertama dan Rahsia Tarbiyyah Rasulullah ﷺ
sambungan....
Renungi fakta ini sungguh-sungguh ....
Selama 10 tahun itu Nabi ﷺ sungguh-sungguh mendidik para sahabah dengan suatu sistem Tarbiyyah khusus sehingga para sahabah menjadi manusia-manusia terunggul. Pernahkah kita selidik apakah rahsia didikan Nabi ﷺ ini?
Renungi fakta ini sungguh-sungguh...
Dalam masa 10 tahun tersebut, tiada satu pun Syari'at (zahir) diturunkan — Solat belum diturunkan. Puasa, Zakat, Haji belum diturunkan. Belum ada kewajipan jihad qital (memerangi musuh dengan senjata). (Ibadah syari'at yang pertama adalah fardhu Solat yang diwajibkan oleh Allah pada tahun Ke-10 Kenabian pada malam Isra' Mi'raj. Jika demikian, apakah ibadah Rasulullah ﷺ dan para sahabah selama 10 tahun tersebut? Tidak mungkin mereka cuma duduk goyang kaki tak berbuat apa-apa.
Renungi fakta ini sungguh-sungguh...
Tempoh 10 tahun adalah suatu masa yang sangat panjang. Dalam tempoh itu Nabi ﷺ telah mendidik para sahabat sehingga mencapai keimanan dan Ma'rifat yang amat tinggi (baca : TAUHID yang amat tinggi). Apakah Sistem Tarbiyyah Baginda sehingga terbentuk satu generasi insan yang sangat hebat, beriman teguh bertaqwa?
Renungi fakta ini sungguh-sungguh...
Bagaimanakah caranya para Sahabat mencapai keimanan yang tinggi? Tidak mungkin para sahabat cuma duduk tak berbuat apa-apa lalu mencapai kecemerlangan Iman atau Tauhid atau MA'rifat. Tidak mungkin.
Memang benar — tidak mustahil bagi Allah untuk anugerahkan seseorang dengan Keimanan tanpa usaha, tetapi ianya mustahil pada hukum ketentuan Allah demikian. Ini kerana Allah Ta'ala melakukan setiap sesuatu dengan hukum, peraturan, syarat dan adab serapi-rapinya. Allah Ta'ala menjadikan setiap sesuatu dengan asbab dan musabbab. Allah Ta'ala menjadikan sekalian makhluq saling berkait dan bergantung kepada yang lain. Jika bodoh, dan kamu ingin pandai, maka wajiblah kamu menuntut ilmu. Jika lapar berusahalah cari rezeki. Jika ingin anak, berkahwin dan bersatulah dengan isteri kamu.
Inilah ketentuan Allah Ta'ala sebagai hukum Sunnatullah atas muka bumi.
Sebahagian orang Islam mendakwa para sahabat mencapai keimanan yang tinggi dengan membaca kelebihan-kelebihan amal dan pahala-pahala.
Sebahagian orang Islam menyangka para Sahabat mencapai kecemerlangan kerana ekonomi.
Sebahagian lagi menyangka para Sahabat menjadi insan pilihan kerana mereka pandai berpolitik.
Yang akhir sekali ada yang beranggapan, para sahabat tak berbuat apa-apa, cuma duduk diam terus mendapat Iman yang tinggi.
Semua pendapat ini adalah pendapat nafsu dan tertolak. Semua dakwaan tersebut hanyalah dakwaan tanpa sebarang bukti. Ataupun dakwaan yang ditiup dari sangkaan longgar berdasarkan profession seseorang...! Apakah rahsia sebenarnya?
Bersambung siri 63 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment