SIRI 128
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin
Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan
Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan
sambungan....
Contoh 5: Pemerintah, Pemimpin Politik jatuh kepada kefasikan
sambungan
Turut serta dengan pemerintah zalim dan fasiq yang ditarik masuk ke dalam Neraka adalah mereka yang menjadi pendokong atau penyokong kepada pemerintah-pemerintah zalim. Mereka akan menerima balasan sama kerana dosa subahat dengan orang-orang fasiq. Ketika dimasukkan ke dalam Neraka, pemimpin fasiq dan pengikut-pengikut mereka saling menuduh dan bergaduh sesama mereka kerana menjadi manusia paling rugi.
Firman Allah:
وَإِذۡ يَتَحَآجُّونَ فِى ٱلنَّارِ فَيَقُولُ ٱلضُّعَفَـٰٓؤُاْ لِلَّذِينَ ٱسۡتَڪۡبَرُوٓاْ إِنَّا كُنَّا لَكُمۡ تَبَعً۬ا فَهَلۡ أَنتُم مُّغۡنُونَ عَنَّا نَصِيبً۬ا مِّنَ ٱلنَّارِ قَالَ ٱلَّذِينَ ٱسۡتَڪۡبَرُوٓاْ إِنَّا كُلٌّ فِيهَآ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ حَكَمَ بَيۡنَ ٱلۡعِبَادِ
"Dan mereka (pemimpin dan pengikut-pengikut mereka) berbantah-bantahan dalam Neraka, iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takabbur: “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab Neraka ini?” Orang-orang yang takabbur angkuh itu menjawab: “Sebenarnya kita semua menderita bersama-sama dalam Neraka (tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri), kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hukuman-Nya di antara sekalian hamba-Nya."
[Ghaafir (40) : Ayat 47-48]
Tahukah kalian siapa yang menjadi pemimpin dan pendorong kepada Pemerintah zalim dan fasiq seperti ini? Itulah iblis dan kuncu-kuncunya syaitan.
Firman Allah:
ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ
"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (Perintah dan Amaran) Allah; mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.”
[Al-Mujadilah (58) : Ayat 19]
Iblis menarik pemerintah dan pendokong-pendokong mereka kepada kezaliman dan kefasikan. Dia (Iblis) membisikkan sifat takabbur, kesombongan dan kerakusan ke dalam dada mereka sehingga mereka merasakan seolah-olah dunia ini milik mereka dan mereka takkan mati. Itulah perasaan dan dorongan iblis kepada golongan ini sehingga mereka lupa akan hari Perhitungan...! Wal Iyazubillah.
Bersambung siri 129 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment