Tuesday, March 10, 2026

SIRI 125


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....



Rasulullah ﷺ bersabda:

“Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan Al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya.  Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada Hidayah.  Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.” 

[Imam Al-Baihaqi]


Oleh kerana orang bergelar "Ulama" mempunyai kedudukan yang dipandang tinggi oleh masyarakat, maka segala perkataan mereka akan diterima bulat-bulat oleh orang Islam.  Segala fatwa dan keputusan mereka akan menjadi panduan untuk amalkan Syi'ar Agama.  Apabila mereka menukar-nukar hukum Allah lalu mengeluarkan fatwa menurut nafsu keinginan manusia, maka jadilah mereka orang yang khianat Amanah Allah. Mereka jatuh kepada golongan Fasiq yang menerima Kemurkaan Allah Ta'ala.  Wal Iyazubillah


Kisah-kisah penyelewengan orang-orang bergelar "Ulama" telah terjadi sejak kewafatan Rasulullah ﷺ dan masih terjadi sehingga ke zaman ini.   Banyak sekali orang-orang bergelar "Ulama" jatuh kepada perangkap iblis menjadi "ulama dunia", "Ulama pangkat", "Ulama nafsu".  Wal Iyazubillah.!


Ini satu lagi contoh yang amat besar bagaimana iblis memperdayakan pemikiran orang-orang berpangkat "alim ulama" dan menarik mereka kepada kefasikan (atau kesesatan atau kekafiran.  Wal Iyazubillah).  


Tetapi ingat......!

Golongan berilmu yang disesatkan adalah Golongan alim fiqh atau ahli Ilmu Kalam, dan BUKAN ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi atau Mursyid yang Siddiq.


Bersambung siri 126 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 127 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...