SIRI 123
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin
Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan
sambungan...
Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan
sambungan....
Berkata Imam Jilani Radhiallahu anhu:
"Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Pewaris Nabi yang sebenar) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ
[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]
Jika engkau bertanya, bagaimana "Pilihan Allah" itu diketahui, maka jawapannya adalah : Seseorang yang dilantik oleh Allah Ta'ala menjadi "Ulama Pewaris Nabi", diilhamkan oleh Allah Ta'ala kepada Guru yang sedang memimpinnya, yang sudah pasti beliau adalah Pewaris Nabi yang benar.
Maksudnya Warisatul Anbiya' yang sedang memimpin Ummat mengisytiharkan di dalam Majlis beliau akan seseorang yang diilhamkan kepada beliau oleh Allah Ta'ala sebagai Warisatul Anbiya’. Beliau hanya menzahirkan kepada ummat akan pilihan Allah Ta'ala. Beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk melantik seseorang menjadi "Pewaris Nabi".
Apabila diperhatikan turutan dari atas :
Rasulullah ﷺ "menzahirkan" para Sahabat Ridhwanullah (khususnya Khulafa Ar-Rasyidin) yang akan memimpin Ummat setelah kewafatan Baginda. Para sahabat kemudiannya "menzahirkan" Ulama dari kalangan Tabiin yang akan menjadi Pewaris Rasulullah ﷺ. Ulama Tabiin kemudiannya "menzahirkan" Ulama dari kalangan Tabiit Tabiin yang menjadi Pewaris Nabi seterusnya. Begitulah seterusnya Risalah suci Ilahi sambung-menyambung dari satu tangan kepada tangan Pewaris Nabi berikutnya yang benar sampai Qiamat.
Dengan demikian, Warisatul Anbiya’ yang siddiq ini BUKAN lantikan Pemerintah, BUKAN pilihan parti-parti Politik, BUKAN pilihan masyarakat umum yang dipilih melalui undian, BUKAN juga kerana segulung Ijazah yang mereka miliki seperti PhD, Drs, Profesor atau lain-lainnya. Ringkasnya .... perlantikan Warisatul Anbiya' TIADA kaitan apa pun dengan pilihan manusia.
Perhatikanlah dari mata hati yang jernih:
Ulama yang menerima Limpahan cahaya Rabbaniyyah serta di dalam pimpinan Rasulullah ﷺinilah Warisatul Anbiya’ (Pewaris Nabi yang sebenar). Ulama seperti ini TIDAK sesekali mampu disesatkan oleh iblis La'natullah kerana mereka di dalam Pimpinan Allah Ta'ala serta pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.
Mursyid Pewaris Nabi yang Benar ini telah menempuh Tarbiyyah keruhanian di bawah Guru mereka (yang juga Pewaris Nabi yang Siddiq) pada waktu yang amat panjang. Mereka telah menempuh perjuangan yang lama menentang iblis dan nafsu-nafsu rendah dan hina. Mereka telah mendaki tingkatan-tingkatan Tauhid pada tempoh masa yang amat panjang, perjalanan yang sangat sulit dan keras…sehingga akhirnya dengan Kemurahan Allah dan Rahmat-Nya yang melimpah luas, sampailah mereka kepada kedudukan yang tinggi di Sisi Allah, mencapai Ma'rifat yang tahqiq, mengenal Allah dengan sebenar, iaitu Tauhid hakiki. Terbuka bagi mereka rahsia-rahsia Ketuhanan dan rahsia-rahsia kehambaan. Mereka diperlihatkan sekalian alam ghaib. Mereka mengenal cahaya Ketuhanan yang Haq dan mampu bezakan dengan "pancaran" kegelapan daripada nafsu atau syaitan. Mereka mengenal seruan Haq Allah Ta'ala yang terbeza dari bisikan-bisikan kejahatan nafsu atau syaitan.
Bersambung siri 124 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment