Tuesday, March 10, 2026

SIRI 117


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....




Perbezaan dosa zahir dan dosa batin:


Dosa besar yang menjadikan seseorang itu fasiq terbahagi dua :  

Pertama :  Dosa zahir (yang terlihat dan dapat didengar — perkataan atau perbuatan). 

Kedua :  Dosa batin (dosa dalam hati yang tiada seorang pun tahu melainkan Allah Ta'ala dan dirinya).  


Dosa-dosa besar yang zahir adalah seperti :  Syirik Akbar — menyembah selain Allah seperti sembah matahari, bulan, bintang, gunung, busut dan lain-lain, zina, minum arak, berjudi, tenung nasib, makan riba', makan harta anak yatim secara batil, derhaka kepada Mursyid yang Siddiq, derhaka (anak) kepada ibu bapa, derhaka (isteri) kepada suami, lari dari medan jihad, mengumpat, caci maki, memfitnah, adu domba, menipu daya, khianat, mungkir janji, membunuh...  bahkan banyak lagi.


Dosa-dosa besar yang batin adalah seperti :  Syirik Khafi — Syirik Asghar syirik tersembunyi di dalam hati — Mengadakan "sembahan-sembahan" kepada makhluq dalam hati — iaitu Takabbur, Riya', Sum'ah, 'Ujub, Tawakkal kepada makhluq serta sifat-sifat keji dalam hati seperti jahat sangka, tamak haloba, bakhil, dendam...dan banyak lagi.


Kebanyakan orang Islam mengetahui akan dosa besar zahir dan hanya berusaha menjauhinya tetapi tidak mempedulikan dosa batin sedangkan dosa hati atau batin tidak kurang bahayanya, bahkan setengah dosa batin mengancam Iman dan boleh menjerumuskan seseorang kepada kekafiran tanpa dia sedar.  


Perhatikan baik-baik...!

Di sini berlaku tipu daya iblis kepada kebanyakan orang Islam termasuk orang-orang yang alim (fiqh), Muallim, Ustaz-ustaz, Kiyai, orang yang rajin solat dan sebagainya.  Mereka sungguh-sungguh memerhatikan amal yang zahir tetapi melupakan dosa-dosa batin yang melupuskan segala amal kebaikan.  Iblis mendorong golongan yang alim (kitab), dan gemar beramal supaya sibuk memerhatikan amal ibadah yang zahir, merasa bangga dengannya dan da'wahkan orang lain supaya beramal banyak sedangkan mereka lupa kepada penyakit-penyakit hati yang yang amat merbahaya yang ditimbulkan oleh nafsu dan iblis...!  Wal Iyazubillah.


Catitan:

Untuk penjelasan lebih lanjut Bab penyakit batin dan dosa-dosa batin, sila baca Risalah kami bertajuk :  Penyakit Hati, Bahaya Yang Tidak Disedari.


Bersambung siri 118 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 127 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...