Monday, March 09, 2026

SIRI 113


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-contoh Iblis menarik kepada kefasikan


Apabila iblis telah gagal dalam usaha dia menarik manusia kepada kekafiran atau kesesatan (72 Golongan sesat atau 11 golongan sesat keruhanian), dia akan berusaha pula menarik kepada kefasikan.  


Kefasikan lebih umum dari kekafiran atau kesesatan.  Setiap orang kafir atau sesat adalah orang fasiq,  tetapi orang yang fasiq tidak semestinya kafir atau sesat.  Di dalam bahasa yang lebih mudah, Orang yang fasiq masih tergolong ke dalam golongan beriman selama dia masih berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen), tetapi Iman golongan fasiq ini tersangat nipis akibat kekufuran dan keingkaran mereka, bila-bila masa sahaja boleh terjatuh kepada Golongan sesat.  Wal Iyazubillah.   


Siapakah yang dikatakan Fasiq?

Apakah tanda-tandanya?

Bilakah dikatakan seseorang itu Fasiq?


Adakah fasiq hanya terbatas kepada orang yang melakukan ma'siat seperti zina, melacur, judi, minum arak dan lain-lain sepertinya.  Adakah kalian sedar orang-orang beramal kebaikan dan ibadah juga boleh jatuh kepada Golongan fasiq?  

Adakah kalian sedar orang alim yang banyak ilmu juga boleh jadi fasiq?


Ramai orang Islam menyangka mereka sudah selamat dan tidak terkena kefasikan apabila mereka mengerjakan solat, puasa dan lain-lain.  Pada sangkaan mereka istilah fasiq hanya terkena kepada orang-orang yang bergelumang di dalam ma'siat seperti zina, minum arak, judi dan lain-lain.  Sesungguhnya ini adalah tipu daya iblis kepada orang-orang yang gemar beramal ibadah....!


Seperti yang kami katakan pada awal Risalah ini, pendekatan iblis kepada manusia adalah berbeza-beza dari seorang kepada seseorang lain; tidaklah sama semuanya.  Pendekatan iblis kepada orang Islam yang gemar beramal adalah dengan "memperindahkan amalnya" sehingga dia menyangka amal ibadah dan kebajikan yang dia lakukan sudah baik dan terhindar dari kefasikan.


Ketahuilah...

Kefasikan tidak hanya terkena kepada orang yang bergelumang di dalam ma'siat yang terang-terangan atau kerana meninggalkan solat, puasa dan lain-lain, tetapi juga kepada orang yang gemar beramal soleh.  Bahkan amal ibadah itu sendiri boleh berubah menjadi ma'siat lalu menjerumuskan seseorang kepada kefasikan, sekiranya amal tersebut terkeluar dari landasan kebenaran akibat terkena tipu daya nafsu dan iblis...! 

Wal Iyazubillah.


Susah percaya kenyataan ini?


Baca seterusnya untuk mengetahui bagaimana halusnya tipu daya iblis kepada orang-orang Islam yang gemar beramal ibadah, bahkan melakukan ibadah yang banyak sehingga mereka tidak menyedari mereka telah jatuh kepada Golongan fasiq.


Bersambung siri 114 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 127 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...