SIRI 3
Muqaddimah
.... sambongan....
Sesungguhnya banyak lagi pecahan-pecahan kelompok sesat lain yang telah terkeluar dari Ahlus Sunnah tetapi mengaku ahli Toriqat, mengaku ahli Ma'rifat.
Menurut Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, terdapat 11 kelompok di zaman beliau yang tersesat di dalam keruhanian (sufi palsu) akibat terikut nafsu dan bisikan Iblis. Pada zaman ini kedua-dua golongan ini (golongan ingkar kepada Toriqat atau ingkar kepada Syari’at) masih wujud di kalangan Ummat tetapi di dalam bentuk dan nama yang berbeza-beza sedangkan hakikatnya serupa sahaja dengan golongan sesat terdahulu. Wal Iyazubillah.
Di dalam risalah kecil ini, In shaa Allah kami cuba huraikan sebahagian dari penjelasan berkenaan Syari’at dan Toriqat Rasulullah ﷺ berdasarkan fatwa Ulama bertaraf Auliya Allah yang telah masyhur di Dunia Islam. Mereka adalah Pemimpin Ummat yang benar-benar mewarisi Ilmu Nabi ﷺ zahir batin.
In shaa Allah, kami mulai dengan penjelasan berkenaan Haqiqat Ahlus Sunnah, diikuti dengan Sumber Agung Ilmu yang menjadi rujukan Ahlus Sunnah, syarat dan kelayakan Mujtahid, larangan keras mentafsir Al-Qur’an dan Sunnah tanpa Petunjuk Allah. Sesudah itu, baru kami sebutkan definisi dan dalil-dalil Al-Qur’an dan Sunnah berserta fatwa Ulama Mujtahidin berhubung dengan Kewajipan amalkan Syari’at dan Toriqat Rasulullah ﷺ.
Moga Allah Ta’ala Menerangi hati mereka yang benar-benar mencari kebenaran dan jalan kembali kepada Allah dengan selamat.
Firman Allah:
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalannya. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat ihsan”
[Al-Ankaboot (29) : Ayat 69]
No comments:
Post a Comment