SIRI 10
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ
الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ
Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal
Jama'ah
Fasal 3: Tanda-Tanda Ahlus Sunnah yang benar
Berikut adalah 10 tanda utama Ahlus
Sunnah yang benar berdasarkan fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qdir
Jilani Radhiallahu anhu, Imam Ghazali Radhiallahu anhu, Tajul Arifin Shaikh
Yahya Radhiallahu anhu. Untuk keterangan
lengkap sila rujuk kitab kami: ”40 Prinsip Ahlus Sunnah”
Pertama:
Meyakini bahawa satu-satunya kelompok
ummat yang selamat dan dijamin Syurga adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Kedua:
Dasar pengambilan hukum adalah tiga
sumber utama:
Al-Qur'an
As-Sunnah
Al-Ulama
(Ijma’ dan Qias Ulama Ahlus Sunnah
yang Mu'tabar)
Ketiga:
Mengakui Mazhab Fiqh, Usuluddin dan
Tasawwuf seperti berikut:
Fiqh:
●Mazhab Hanafi,
●Mazhab Maliki,
●Mazhab Syafi’e,
●Mazhab Hanbali
Usuluddin:
●Asy’ariyyah
●Maturidiyyah
Toriqat (Tasawwuf):
Mengakui 44 (empat puluh empat)
Toriqat Sahih pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana Keputusan Mu'tamar
Jami'ah Toriqah Mu'tabarah Pekalongan, Jawa, Indonesia.
Keempat:
Meyakini setiap orang Islam yang
mukallaf wajib mempelajari dan beramal dengan tiga macam Ilmu asas fardhu ain,
iaitu:
Fiqh
Usuluddin
Tasawwuf
Kelima:
Setiap orang beriman wajib berguru
kepada salah seorang dari wakil Rasulullah ﷺ yang diamanahkan untuk memimpin
ummat kepada Allah. Iaitu Mursyid
Pewaris Nabi yang Siddiq. Mereka adalah
Warisatul Anbiya yang Siddiq (benar) dan sekaligus pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang
zaman mulai dari Kurun sahabat Khulafa Ar-Rasyidin dan berterusan sehingga
Qiamat.
Keenam:
Mengakui dan memuliakan semua Auliya
Allah yang ternama.
No comments:
Post a Comment