Thursday, March 12, 2026

SIRI 140


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat

Fasal 1: Pengenalan


Pengenalan:

Satu-satunya jalan yang benar, jalan lurus, jalan mencapai Keredhaan Allah adalah Jalan Ma'rifat atau dikenali juga sebagai Manhaj Ahli Ma'rifat.  Sesungguhnya Jalan Ma'rifat adalah gabungan Syari'at dan Toriqat — jalan yang Allah Ta'ala Perintahkan dengan Kalimat IQRA' dan disempurnakan oleh Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. 


Firman Allah:


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ


“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas).  Maha Suci Allah!  Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”. 

[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]


Berkata Al Imam Sulton Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh: 

"Perintah Allah "katakanlah inilah jalanku," iaitu da'wah kepada Tauhid dan mengajak kepada persiapan bekal Hari Akhirat sebagai tempat kembali jalanku, dan aku memang diutus untuk itu.  Yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Keruhanian yang sebenar (iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ, yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. 

Manusia yang demikian digambarkan sebagai وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ (Wali Mursyid — pelindung dan pembimbing sebenar)"

[Surah al-Kahfi (18) : Ayat 17 ]


Sesugguhnya inilah Jalan Rasulullah ﷺ mendidik para Sahabat Ridhwanullah menjadi hamba-hamba Allah yang cemerlang, bertaqwa dan mencapai Keredhaan Allah.


Masyaikh Ahlus Sunnah (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) membangunkan "Jalan Ma'rifat" atau "Manhaj Ahli Ma'rifat" berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah menjadi satu Sistem Pendidikan yang tersusun lengkap sebagaimana tuntutan Allah dan Rasul-Nya.

Sistem Pendidikan ini diwarisi turun-temurun oleh sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dengan cara yang amat seni dan rahsia yang terpelihara keaslian dan kesuciannya.


Ia adalah perwarisan "Nur" iaitu Nur Muhammad yang dimasukkan oleh Allah ke dalam dada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Ertinya perwarisan ini bukan warisan keturunan tetapi semata-mata warisan Silsilah Keruhanian Rasulullah ﷺ, iaitu pancaran Nur Nubuwwah (Cahaya Nubuwwah) ke dalam diri Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.


Bersambung siri 141 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 139


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit

sambungan....


Matlamat sebenar Iblis:


Berbalik kepada persoalan awal, apa tujuan sebenar iblis di sebalik gangguan ini?  Tujuan sebenanya adalah melumpuhkan ibadah orang Islam.  Apabila mereka mengalami kesakitan yang melampau, tubuh badan mereka menjadi lemah.  Minda juga lemah.  Siang malam mereka memikirkan bagaimana cara untuk menyembuhkan penyakitnya.  Apabila penyakitnya berlarutan kadangkala timbul jahat sangka kepada Allah Ta'ala. Kadangkala dia menyalahkan Allah Ta'ala. Akibatnya mereka di dalam bahaya kemusnahan Iman dan amal ibadah. 


Menurut pemerhatian kami dan berdasarkan maklumat dari pesakit-pesakit itu sendiri, sebahagian mereka terjebak kepada bomoh,  dukun atau pawang dan lain-lain seperti mereka bagi mencari penawar.  Setengah mereka yang lain tersalah jumpa orang yang menyamar sebagai "Ustaz Syifa"  sedangkan mereka itu sebenarnya bomoh yang menyamar di sebalik nama "Tabib" atau "Peruqyah".  Maka bertambah-tambah seriuslah penyakit mereka.  


Inilah matlamat iblis....!

Jaringan terakhir iblis untuk menarik manusia Muslim ke Jalan iblis.... iaitu melumpuhkan Ibadahnya  dan cuba memusnahkan Imannya melalui berbagai aktiviti jahat di dalam tubuh mereka.


Firman Allah:

 

قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ


"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "

[Al-A'raf (7) : Ayat 16-17]


Setelah mentelaah hujjah-hujjah kami di atas, barangkali kalian sudah memahami sekarang, mengapa orang alim (alim fiqh), abid (ahli ibadah), hafiz Qur’an dan lainnya terkena berbagai gangguan jinn syaitan ; mulai dari seruan kekafiran, kemudian mengajak kepada kesesatan, kemudian kefasikan dan akhir memasuki badan manusia dan mendatangkan berbagai penyakit sehingga lumpuh ibadahnya. 


Maka tidak mustahil mereka yang belum teguh Imannya akan terkena gangguan jinn syaitan walaupun mereka ahli ibadah, imam solat, hafiz Qur’an atau lain-lainnya.  


Bersambung siri 140 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 138


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit

sambungan....



Susah percaya wujud gangguan jinn syaitan dalam tubuh manusia?


Setengah orang Islam sendiri susah percaya wujud gangguan dari jinn syaitan yang membawa kepada berbagai penyakit misteri dan kronik di dalam tubuh.  Mereka anggap itu semua itu hanya dongengan.  Namun apabila mereka sendiri terkena, barulah mereka terasa " tak cukup bumi untuk lari dan menjerit sekuat hati".


Setengah pakar sains pada awalnya sangat sombong dengan ilmu mereka sehingga menafikan kesan-kesan gangguan jinn syaitan.  Mereka juga menafikan kaedah-kaedah Ruqyah Ahli Ma'rifat.  Namun apabila diri mereka sendiri terkena penyakit misteri yang di luar pengetahuan mereka dan mereka tak mampu mencari penawarnya, barulah mereka sedar "langit itu sesungguhnya terlalu tinggi".


Kisah No. 4  yang telah kami sebutkan di atas adalah bukti praktikal bagi menjawab golongan yang mempertikaikan kewujudan gangguan jinn Syaitan ini.   Pakar kesihatan sendiri tak mampu mengesan penyakit yang dialaminya sudah tentu menjadi kebingungan dan keinsafan bagi golongan ini.



Rawatan dan Penawar:

Seandainya engkau bertanya, siapa memiliki Penawar bagi pesakit-pesakit yang terkena gangguan ini?  Maka jawapannya adalah :


Allah Ta'ala menciptakan "pakar" (orang yang sangat pintar dan mahir) bagi setiap hal atas muka bumi.  Pakar di dalam urusan Agama suci Allah adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Ahli Ma'rifat adalah pakar  keruhanian, pakar kejiwaan,  pakar mengenal penyakit-penyakit hati, pakar mengenal penyakit-penyakit mental. Mereka (Ahli Ma'rifat) benar-benar Mengenal Allah dan mengenal alam tersembunyi.   Allah Ta'ala Mengurniakan mereka  ilmu khusus dari Sisi-Nya yang tidak diberikan kepada manusia awam.  


Allah Ta'ala Mengurniakan kepada Ahli Ma'rifat perisai dan senjata melawan jinn dan syaitan.  Mereka juga di Kurniakan kelengkapan mengubati sekalian penyakit "kejiwaan" dan penyakit yang ditimbulkan oleh jinn syaitan.  


Dengan demikian, rawatan dan penawar sebenar bagi sekalian penyakit kronik dan misteri ini ada pada Ahli Ma'rifat (Ahli Sufi atau Pewaris Nabi yang Muhaqqiq atau Mursyid yang Siddiq).  Pesakit-pesakit yang terkena gangguan jinn syaitan yang sangat kuat atau mereka menghidapi berbagai penyakit-penyakit misteri yang kronik perlu mengambil rawatan dan penawarnya daripada Ahli Ma'rifat yang sebenar.


Persoalannya siapa Ahli Ma'rifat yang sebenar ini?   

Jawapannya :   Lihatlah kepada syarat-syarat seorang Mursyid yang Siddiq yang telah kami huraikan sebelum ini.


Bersambung siri 139 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 137


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit

sambungan....




Contoh 4:

Seorang doktor pakar datang mengadu masalah beliau sesak nafas selama 3 tahun.  Menurutnya sesak nafas ini terjadi selepas 12.00 tengah malam. Beliau (yang sememangnya pakar kesihatan)  telah membuat pemeriksaan menggunakan MRI, CT Scan dan lain-lain pemeriksaan untuk mengenalpasti punca penyakit nya, namun keputusannya membingungkan beliau kerana ogan-organ di dalam tubuh beliau berfungsi dengan baik, tiada apa-apa komplikasi.  Jantung, paru-paru, dan sistem peredaran darah beliau berfungsi dengan baik.  Beliau tidak menemui jawapan kepada penyakit yang beliau hadapi.


Demikian beberapa contoh sebagai gambaran umum sahaja.  Banyak lagi kisah yang hampir serupa.  Hal yang amat penting untuk diperhatikan di sini adalah "persamaan" yang wujud pada diri mereka:


1. Penyakit mereka tersangat kronik dan tiada tertanggung kesakitannya.


2. Menderita kesakitan pada waktu yang lama, setengahnya puluhan tahun menderita namun tiada penawarnya.


3. Alat elektronik tak dapat mengesan punca penyakit mereka.


4. Doktor pakar juga tiada jawapan kepada penyakit-penyakit misteri ini, meskipun setengah penyakit-penyakit tersebut kelihatan serupa dengan penyakit yang lazim terjadi. 


5. Tabib atau Perawat  yang menggunakan kaedah ruqyah juga tiada penawar bagi penderita sakit kronik ini.


6. Doktor pakar sendiri terkena penyakit kesakitan misteri yang mereka tak mampu mencari puncanya dan penawarnya.

Semua maklumat di atas memberikan gambaran bahawa punca penyakit  ini adalah daripada gangguan jinn syaitan.  Oleh kerana jinn syaitan terlindung dari pandangan manusia, maka demikian juga kuman serta aktiviti jinn syaitan ini tak mampu dikesan oleh pakar-pakar kesihatan moden atau alat elektronik moden atau perawat traditional sekalipun.


Ajaib?  

Susah percaya?

Ikuti seterusnya ....


Bersambung siri 138 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 136


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit

sambungan....


Pengalaman Sendiri:

Sekalian dalil-dalil tersebut adalah sangat umum, maka perlu kepada huraian orang yang benar-benar mahir di dalam hal ehwal Ketuhanan dan Dunia Keruhanian keseluruhannya.  Hanya Ahli Ma'rifat, Ahli Sufi, Mursyid yang Siddiq memiliki pengetahuan yang sebenar berhubung dengan hal ini.


Sesungguhnya pengetahuan berhubung dengan jalan-jalan iblis dan kuncu-kuncunya menyerang dan mengganggu manusia seperti yang disebutkan di atas diketahui oleh Ahli Ma'rifat melalui tiga cara:


(1) Ilmu yang Allah Ta'ala  curahkan ke dalam dada Ahli Ma'rifat yang telah lama mujahadah di bawah bimbingan dan asuhan Guru mereka yang Arif. (Warisatul Anbiya' yang Siddiq).  Mereka telah mengesahkan sekalian ilmu yang mereka peroleh dengan Guru mereka, maka tiada keraguan akan kebenarannya.


(2) Curahan ilmu dan limpahan keruhanian Guru mereka yang Arif,  ertinya khabar dari Guru sendiri yang benar-benar Arif Billah.


(3) Pengalaman sendiri menghadapi pesakit-pesakit yang menderita sakit kronik ini akibat dari gangguan dan rasukan syaitan.  Lazimnya yang datang berjumpa untuk rawatan adalah mereka yang sudah lama menderita penyakit-penyakit tersebut di atas ; setengahnya sakit selama puluhan tahun.  Setengahnya menderita sejak remaja sampai ke tua.  Walaupun mereka sudah bertemu ramai pakar-pakar kesihatan, doktor, ustaz-ustaz syifa’ … namun tiada hasil.   


Contoh-contoh Peristiwa sebenar yang telah terjadi akibat  gangguan jinn syaitan di dalam tubuh manusia:


Berikut kami sebutkan beberapa contoh dari peristiwa sebenar mangsa yang terkena gangguan jinn Syaitan.  Mereka telah menghidap penyakit misteri, ganjil dan kronik namun tiada rawatan dari perubatan moden:


Contoh 1 :

Seorang wanita berumur 70an menghadapi masalah kesihatan yang sangat berat akibat kehilangan darah di dalam badannya.  Beliau terpaksa berulang alik ke hospital setiap minggu untuk menambah darah.  Beliau menderita penyakit ini selama tiga puluh tahun namun tiada doktor pakar mampu merawatnya.  Pakar-pakar ini juga tak jumpa punca penyakit ini dan tiada rawatan moden untuknya.


Contoh 2 :

Seorang lelaki membawa isterinya yang menderita sakit yang sangat kronik.   Kesakitannya seperti gastrik, perut memulas, sakit menyucuk-cucuk yang tiada tertahan kesakitannya.  Isterinya selalu jatuh pengsan apabila mula berjalan akibat kesakitan yang tiada tertanggung.  Pakar-pakar kesihatan yang memeriksanya mengesahkan tubuh badannya sihat.  Jantung, perut, usus, buah pinggang semuanya berfungsi dengan baik.  Tiada komplikasi ditemui.  Mengikut kata suaminya mereka telah habiskan wang berjumlah RM 20,000 dan telah menemui 3 pakar dari berbagai hospital terkemuka, namun semua doktor pakar yang memeriksa isterinya mengatakan isterinya sihat dan mereka tidak menemui jawapan kepada kesakitan yang dialaminya.  Selama 2 tahun si isteri menanggung kesakitan seperti ini dan hanya bertahan dengan "pil tahan sakit"


Contoh 3 :

Pasangan suami isteri sentiasa bergaduh. Tiada ketenteraman di dalam rumah.  Selalu bertikam lidah hanya kerana perkara-perkara remeh.  Tiada kepuasan di dalam hubungan kelamin.  Walaupun mereka sedar apa yang terjadi itu sepatutnya tak berlaku, namun mereka tak mampu mengatasinya.  Pasangan yang bermasalah seperti ini sangat banyak.


Bersambung siri 137 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 135


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit

sambungan....



Berikut adalah sebahagian dari dalil-dalil berkenaan kemasukan iblis serta kuncu-kuncunya ke dalam tubuh manusia lalu mendatangkan berbagai penyakit dan kemudaratan kepada jantung, otak, paru-paru, perut, kemaluan, tulang belakang dan bahagian-bahagian penting tubuh manusia.


(1) Syaitan menyerang manusia dari segala arah,  zahir dan batin:


Firman Allah:

 

قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ


"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "

[Al-A'raf (7) : Ayat 16-17]



(2) Syaitan memasuki dada manusia:


Firman Allah:


مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ


Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang  bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia. 

[An-Nas (114) : Ayat 5 dan 6]


(3) Syaitan merasuk tubuh manusia:


Firman Allah:


ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّ


"Orang-orang yang memakan riba' itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu."

[Al-Baqarah (2) : Ayat 275]



(4) Syaitan mengganggu faraj wanita:


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Jika seorang dari kamu mendatangi ahlinya (mendatangi isterinya untuk jimak), maka baca lah : 

 اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

(Dengan Nama Allah.  Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan.  Dan jauhkanlah  syaitan dari barang yang Engkau Kurniakan rezeki kepada kami.)  Maka jika Allah Ta'ala Kurniakan bagi keduanya anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”."

[Imam Bukhari]


(5) Syaitan kencing ke dalam telinga, hidung, mulut dan segala laluan terbuka:


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Lelaki itu (yang tertidur dan tak bangun untuk solat Subuh)  telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda bersabda: “Di telinganya.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


(6) Syaitan masuk  mimpi:


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan.  Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

[Imam Bukhari]


(7) Syaitan memasuki tubuh dan meresap ke dalam darah:


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam diri anak Adam melalui aliran darah.”

[Imam Muslim]



Bersambung siri 136 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 134


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit

sambungan....



Keenam:  Memasuki tulang belakang dan belikat dan menggangu saraf tulang belakang yang menyambung ke otak. 

Hasilnya adalah penyakit Sclerosis yang akibatkan kabur penglihatan, hilang selera makan, tubuh menjadi lemah dan kesakitan yang amat kuat di dalam kepala.


Ketujuh: Memasuki perut dan usus dan membiak di dalamnya.

Hasil nya adalah sakit perut berpanjangan,  menyucuk-nyucuk di dalam perut seakan-akan penyakit gastrik dan berbagai penyakit usus. 


Kelapan:  Memasuki faraj wanita dan membiak di dalamnya.

Keadaan ini lazim terjadi ketika wanita itu haid.  Pembiakan kuman-kuman di dalam faraj membawa kepada terbentuknya cyst, polyst dan fibroid.  Di samping itu, wanita yang terkena gangguan ini akan terkena penyakit lain seperti senggugut dan istihadhah (darah penyakit yang terus mengalir) dan kanser rahim.  Semua ini berpunca dari aktiviti jinn syaitan di dalam faraj wanita itu.


Kesembilan: Meresap ke dalam darah dan  mengubah struktur sel darah.

Jinn syaitan yang memasuki badan manusia melakukan mutasi, mengubah struktur DNA sehingga mirip kepada DNA jinn syaitan, mengubah bentuk dan kelakuan sel sehingga terjadi pembiakan sel tak menentu atau berbagai komplikasi sel.  Kesannya terjadi berbagai penyakit kronik yang tak mampu dicari puncanya seperti Thalasemmia, Anemia, Lukemia dan kanser darah.

Doktor moden akan mengatakan “hilang darah”, sedangkan yang sebenarnya darah manusia ini diserap oleh jinn syaitan atau menukar sistem sel darah sehingga berubah menjadi sel yang tak dikenali.


Punca sebahagian dari penyakit-penyakit tersebut di atas boleh juga terjadi akibat dari kesan alam seperti cuaca dan ruang udara tidak sihat.  Atau kerana tabiat diri seperti cara pemakanan tidak sihat, tiada senaman dan lain-lain.  Namun kebanyakan penyakit tersebut di atas adalah terjadi akibat dari gangguan jinn syaitan di dalam tubuh manusia.  Hal ini  menjadi kebingungan bagi kebanyakan manusia termasuk pakar-pakar kesihatan moden.


Doktor-doktor pakar tak mampu mengesan punca penyakit-penyakit kronik ini. Semua alat pengimbas elektronik yang termaju seperti X-Ray, CT scan, MRI juga gagal mengesan apa-apa aktiviti asing (abnormal) di dalam tubuh pesakit.  Doktor akan mengatakan organ-organ kamu berfungsi dengan normal dan baik. 


Mengapa pakar-pakar kesihatan dan alat elekronik tak mampu mengesan punca penyakit ini dan tidak dapat memberikan rawatan sesuai dengan penyakit tersebut?   Jawapannya :  Jinn syaitan terlindung dari pandangan zahir manusia.  Tiada manusia mampu melihatnya (kecuali Ahli Ma'rifat yang dibukakan mata hatinya oleh Allah Ta'ala), maka segala aktiviti jinn syaitan juga tak dapat dikesan oleh pancaindera zahir termasuk alat elektronik yang pintar sekalipun.


Mereka yang pertama kali mendengar penjelasan ini akan kebingungan dan mungkin juga tak percaya wujudnya gangguan jinn syaitan di dalam tubuh dan darah mereka sehingga terjadi berbagai penyakit kronik.  Ini yang terjadi juga kepada orang alim, ahli ibadah, hafiz Qur’an dan lain-lain.


Bersambung siri 135 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 133


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 16: Contoh-Contoh Iblis sebarkan penyakit


Iblis menyebarkan kuman-kuman penyakit sehingga Lumpuh Ibadah. Ini adalah langkah terakhir iblis dalam usaha dia menghalang manusia daripada jalan Allah.


Jika iblis gagal menyeru seseorang kepada kekafiran, kemudian kesesatan, kemudian kefasikan — ketika iblis gagal di dalam tiga Langkah awal ini, maka langkah akhir iblis adalah memasuki, menyerap ke dalam tubuh manusia lalu mendatangkan berbagai gangguan kepada sistem biologi tubuhnya.


Berikut adalah ringkasan berkenaan cara dan jalan-jalan iblis menggerakkan tenteranya bagi melaksanakan kerja jahat memasuki tubuh manusia untuk mendatangkan berbagai penyakit dan kemudaratan lainnya 

(Peringatan Penting : sesungguhnya semua ini dengan Izin Allah jua,  iblis dan kuncu-kuncunya tiada kuasa sedikit pun untuk mendatangkan kemudaratan).


Pertama:  Meludah dan kencing pada badannya dan ke dalam ruang-ruang terbuka seperti hidung, telinga, mulut.

Hasilnya terjadi berbagai penyakit pada kulit tubuh, mata, mulut, telinga, hidung.  Terjadi gatal-gatal di dalam mata, telinga dan hidung.   Kulit kering, merekah atau timbul lebam-lebam berwarna merah, biru atau hitam.  Jika kuman yang disebarkan itu banyak dan kuat, maka boleh terjadi barah (cancer), atau Psoriasis atau Eczema atau penyakit kulit lain yang kronik. 


Kedua: Memasuki tubuh melalui pernafasan dan ganggu Sistem Pernafasan dan paru-paru.

Hasilnya adalah sering sesak nafas terutama waktu malam.  Akibat yang lebih buruk adalah terjadi lelah dan asthma.


Ketiga:  Meresap ke dalam Ruh Idhafi  (iaitu Ruh yang memesrakan hayat pada seluruh tubuh) dan merasuknya.

Orang yang kena rasuk dengan syaitan ini akan hilang kawalan, jadi histeria, menjerit-jerit, memekik-mekik dengan kuat.  Suara dan mukanya berubah dan menakutkan bagi orang yang melihatnya.  Tangan dan kakinya menjadi keras dan kuat melebihi kekuatan manusia biasa.  


Keempat:  Memasuki jantung dan mengganggu proses jantung mengepam darah. 

Hasilnya adalah komplikasi di dalam jantung yang menyebabkan aliran darah tidak normal dan tersangkut-sangkut.  Ini membawa kepada kebas-kebas kaki dan tangan.  Atau dada berdebar-debar tak menentu, melebihi kadar nadi yang normal atau terjadi sesak nafas.


Kelima: Memasuki sel-sel otak dan mengganggu sistem saraf otak.

Hasilnya adalah berbagai penyakit mental seperti depression, skizofernia, Bipolar disoder, barah otak. Alzeimer, Dimentia dan Parkinson juga sebahagiannya berpunca dari otak yang mengecut hasil aktiviti jinn syaitan.


Bersambung siri 134 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳 

SIRI 132


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....


Contoh 6:  Jatuh Fasiq kerana abaikan Toriqat (Tasawwuf)

sambungan.....


Dengan demikian, orang-orang awam yang belum cukup ilmu termasuk orang-orang bergelar Profesor, Ustaz, Kiyai, Mufti dan lain-lain janganlah cepat menuduh Toriqat itu sesat secara buta.  Jika tak tahu tanya pada Ahlinya.  Orang yang benar-benar Arif di dalam hal ehwal Toriqat, Ma'rifat dan  dunia keruhanian adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang telah menerima Warisan Rasulullah ﷺ secara tertib, beradab dari tangan Pewaris-pewaris Nabi yang Siddiq turun-temurun tanpa putus. 


Pada zaman ini (bahkan sebelum ini juga) sebahagian pengikut Ahlus Sunnah beranggapan Toriqat-Tasawwuf tidak wujud.  Setengah yang lain pula mengatakan Toriqat - Tasawwuf hanya sunnat diamalkan bukan wajib.  Bahkan ada ustaz-ustaz dan penda'wah yang terlibat di dalam politik mengingkari kewujudan Toriqat Mu'tabar yang diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.  Mereka  mempertikaikan Toriqat Mu'tabar yang sahih Naqsyabandiah, Qadiriyyah, Syattariah, Sammaniyyah, Syaziliah, Ahmadiyyah, Darqawiyyah, Jistiyyah dan lain-lain yang Mu'tabar yang sudah terkenal di kalangan Ahlus Sunnah.  Pada pendapat orang-orang ini (ahli politik) Toriqat semua rekaan Ahli Sufi sahaja.  Wal Iyazubillah!


Sungguh aneh!

Kamu mengaku Ahlus Sunnah tetapi pendirian, pegangan dan i'tiqad kamu berlawanan dengan Ahlus Sunnah.  Kamu akui Syari'at Nabi ﷺ tetapi pada masa yang sama kamu ingkari Toriqat Nabi ﷺ ?  

Kamu mengaku solat, puasa, zakat dan lain-lain itu wajib tetapi pada masa yang sama kamu ingkari kewajipan sucikan hati daripada semua penyakit hati?  

Kamu menafikan kewajipan bersihkan hati dari syirik dan mazmumah dalam hati?  

Kamu menafikan kewajipan melawan nafsu-nafsu kejahatan di dalam diri kamu?  Kamu menafikan mujahadah melawan bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan kamu dari jalan lurus?  Sangat aneh!


Barangkali inilah contoh penyelewengan yang paling umum dan paling banyak berlaku di kalangan pendokong-pendokong Ahlus Sunnah.  Mereka hanya amalkan Syari'at (fiqh) tetapi meninggalkan Tasawwuf dan Toriqat Rasulullah ﷺ.  Lebih aneh lagi penyelewengan ini berlaku juga di kalangan orang-orang bergelar "cerdik pandai Agama" dan penguatkuasa Agama yang memiliki berbagai pangkat  PhD, Drs, Masters, Mufti dan sebagainya.  Mereka TIDAK mempunyai pengetahuan berkenaan Toriqat yang sahih yang warid dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ namun sewenang-wenang melakukan berbagai tohmahan dan tuduhan buta terhadapnya.


Adakah kalian "melihat " apa yang sedang berlaku?


Inilah kesukaan iblis.  Inilah kemahuan iblis.  Inilah taktik iblis menarik orang awam yang jahil dan "cerdik pandai" Agama yang buta kepada jaringan iblis yang lebih halus, sekira-kira mereka (orang Islam) tidak menyedari mereka telah memasuki perangkap iblis yang halus ini yang membawa kepada kefasikan.  Wal Iyazubillah...!


Bersambung siri 133 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 131


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....


Contoh 6:  Jatuh Fasiq kerana abaikan Toriqat (Tasawwuf)

sambungan.....


(5) Tidak dapat mendirikan solat dengan khusyu’ sedangkan Allah Ta'ala memerintahkan khusyu’ ketika menghadap-Nya, ertinya wajib khusyu' di dalam solat kerana  ianya merupakan sebahagian dari tanda-tanda orang beriman.  Cara-cara untuk mencapai darjat khusyu' yang sebenar yang terbit dari hati yang suci dan automatik, tanpa memaksa-maksa diri hanya ditunjukkan di dalam Toriqat.  Ilmu fiqh atau ilmu lain tidak mengajar cara khusyu' dan tadharru' ketika solat.


(6) Tidak akan memperoleh ikhlas yang hakiki, yang pada hakikatnya adalah Tauhid Mengesakan Allah Ta'ala dari dalam hati.  Ikhlas yang hakiki hanya akan terbit dari hati yang telah disucikan.  Dan ini hanya akan diperoleh melalui latihan-latihan intensif Toriqat Rasulullah ﷺ.


(7) Tidak akan memperoleh Tauhid yang bersih dan Taqwa yang diwajibkan.  Cara-cara memperoleh Tauhid yang suci bersih (Ma'rifat mengenal Allah dengan sebenarnya) dan Taqwa yang sejati hanya akan diperoleh dengan mematuhi sekalian Adab dan Disiplin Toriqat yang warid dari Junjungan Rasulullah ﷺ.   Tauhid yang suci murni tidak akan diperoleh dengan ilmu teori atau melalui perdebatan Ilmu Kalam.  Tauhid yang diperoleh oleh pakar debat Ilmu Kalam sekalipun hanyalah Tauhid pada batas aqal yang diliputi waham dan zonn.  Mereka akan sentiasa diliputi keraguan akan Af'al, Asma', Sifat dan Zat Allah Ta'ala.  Mereka takkan mampu mencapai Tauhid yang hakiki dari dalam hati kerana hati mereka masih dipenuhi zulmah dan selaput hijab basyariah.


Inilah sebahagian dari perkara-perkara UTAMA yang menyebabkan seseorang Muslim jatuh kepada kefasikan akibat meninggalkan Toriqat Rasulullah ﷺ  yang sahih.


Memang benar tidak semua yang membawa nama "Toriqat"  itu benar, sebahagian kecil darinya adalah Toriqat PALSU, dipimpin oleh Guru PALSU.   Oleh kerana inilah sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah telah berikan amaran awal-awal lagi akan wujudnya kumpulan-kumpulan keruhanian sesat yang mengaku Toriqat Rasulullah ﷺ sedangkan mereka hanya pendusta Agama.  Masyaikh Ahlus Sunnah sejak dahulu lagi telah meletakkan syarat-syarat Toriqat yang sahih dan syarat-syarat Mursyid yang Siddiq yang memimpin Toriqat tersebut. 


Syarat sesebuah Toriqat Mu'tabar yang sahih dari Rasulullah ﷺ  dan syarat-syarat serta tanda-tanda mengenal Mursyid yang Siddiq (Pewaris Nabi yang sebenar)  telah pun kami huraikan secara panjang lebar di dalam Risalah-risalah kami sebelum ini.  Antaranya risalah bertajuk: 


"Kewajipan Amalkan Syari'at dan Toriqat Rasulullah  ﷺ"   


"Tingkatan Iman, Tauhid, Ma'rifat"  


"Keutamaan Bai'at menurut Ahlus Sunnah"


Bersambung siri 132 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 130


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....


Contoh 6:  Jatuh Fasiq kerana abaikan Toriqat (Tasawwuf)

sambungan.....


Jika mereka hanya amalkan Syari'at (fiqh) sahaja, maka mereka akan jatuh menjadi fasiq.  Jika mereka amalkan Toriqat (Tasawwuf) sahaja, maka ditakuti mereka jatuh kepada zindiq.  


Imam Malik Radhiallahu Anhu berkata:

“Sesiapa yang mempelajari ilmu fiqh tanpa mengamalkan (hayati) Tasawwuf, maka dia telah menjadi fasiq.  Dan sesiapa yang mengamalkan Tasawwuf tanpa mempelajari ilmu fiqh, maka dia telah menjadi zindiq.  Dan sesiapa yang menggabungkan antara kedua-duanya, maka dia telah mencapai kebenaran. ”

[Nukilan di dalam kitab : Ihya Ulumuddin - Imam Ghazali]


Kata-kata hikmah Imam Malik ini bukan sahaja dinukil oleh Imam Ghazali di dalam karya-karya beliau, tetapi juga dinukilkan oleh ramai sekali Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.  Di antaranya....


Qawaid Tasawwuf - Imam Zarruq

Risalah Ma'rifat - Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi

Tanwirul Qulub - Imam Amin Kurdi

Qutul Qulub — Imam Abu Talib Al Makki

Tabaqat Asy-Sya'rani — Imam Asy-Sya'rani

Risalah Qusyairiyah — Imam Qusyairi

Sirus Salikin - Shaikh Abdus Somad Al Falimbani

 

Jika ada yang musykil dan bertanya mengapa seseorang menjadi fasiq apabila meninggalkan Tasawwuf dan Toriqat Rasulullah ﷺ maka Jawapannya adalah :  


(1) Tidak berusaha menyucikan hati daripada sekalian Syirik dalam hati — 'ujub, riya', sum'ah, takabbur, tawakkal pada makhluq dan lain-lain sedangkan telah thabit di dalam Al-Qur'an dan Hadith  secara qat'ie (terang nyata dan putus) bahawa Sucikan Hati itu adalah fardhu Ain atas setiap orang Muslim.  Cara-cara menyucikan hati daripada sekalian kesyirikan hati ini hanya ditunjukkan di dalam Disiplin Toriqat. 


(2) Tidak berusaha menyucikan hati daripada mazmumah (segala sifat-sifat keji dalam hati) seperti Su-uz-zonn  (jahat sangka), hasad (dengki), bakhil (kedekut), toma' (tamak haloba), dan lain-lain sedangkan semua ini adalah dosa besar yang membawa kepada kefasikan.  Seseorang Muslim tidak akan mampu membuang segala sifat-sifat kekejian ini melainkan melalui Toriqat Rasulullah ﷺ.


(3) Tidak berusaha hapuskan bisikan nafsu kejahatan dan bisikan iblis sedangkan ini perintah Allah Ta'ala yang amat terang di dalam Al-Qur'an.  Seseorang Muslim tidak mempunyai jalan untuk hapuskan semua bisikan jahat ini melainkan dia mengikuti Sistem Pendidikan Toriqat.


(4) Tidak dapat melakukan Zikir yang diwajibkan atas setiap orang Islam.  Zikrullah yang diwajibkan atas setiap orang beriman adalah Zikir berterusan dalam hati.  Cara-cara mengerjakan Zikrullah ini, berserta syarat-syaratnya, peraturannya, kaifiyyatnya dan adab-adabnya hanya terdapat di dalam Sistem Pendidikan Toriqat.  Ilmu Fiqh tidak akan mengajar ilmu ini.


Bersambung siri 131 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 129


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....


Contoh 6:  Jatuh Fasiq kerana abaikan Toriqat (Tasawwuf)


Menurut pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, sesungguhnya Syari'at dan Toriqat itu …kedua-duanya datang dari Wahyu Allah Ta'ala.  Ia terkandung di dalam Wahyu pertama "  اقْرَأْ "  (Iqra) kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.   


Syari'at zahir (disebut Syari'at sahaja atau Fiqh)  membicarakan ilmu dan amal zahir yang wajib atas hamba.  Syari'at batin (disebut Toriqat dan Tasawwuf) membicarakan Ilmu dan amal batin (hati) yang wajib atas hamba.  Kedua-dua bahagian Syari'at ini (zahir dan batin) WAJIB (Fardhu Ain) atas setiap Muslim yang beriman.  (Bukan sunnat dan Bukan harus sepertimana sangkaan setengah " cerdik pandai Agama " yang juga merupakan pendokong Ahlus Sunnah tetapi jahil).  


Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu berkata:

"Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita.  Pertama Ilmu Zahir, disebut Syari'at.  Kedua  Ilmu batin, disebut Ma'rifat ( Toriqat ).  Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin. Kedua-duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya membuahkan Haqiqat (Tauhid yang hakiki).  Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah.  Sebagaimana Firman Allah  Ta'ala di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 19 dan 20  :


 مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ   بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخٌ۬ لَّا يَبۡغِيَا. 


(Dia biarkan air dua lautan mengalir, sedang keduanya pula bertemu.  Di antara keduanya ada batas yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.)

Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat (Tauhid hakiki atau Tauhid yang sebenar) dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah.  Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah ﷺ).  Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah  sebagaimana Firman Allah  :


 "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ "


(Tidak Aku Ciptakan jinn dan manusia melainkan supaya menjadi Ubudiyyah (Ma'rifat) kepada-Ku.)

[Nukilan kitab : Sirrul Asrar Fima Yahtaju Ilaihil Abrar]


Maksud Al-Imam Jilani adalah setiap orang yang mengaku mereka itu Muslim, wajib tanpa kecuali mempelajari dan sungguh-sungguh amalkan kedua-dua bahagian Agama iaitu :  Syari'at dan Toriqat Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.  Dengan amalkan kedua-duanya barulah mereka akan mencapai Tauhid yang sebenar (Tauhid hakiki) dan Ubudiyyah (perhambaan) kepada Allah Ta'ala dengan tulus ikhlas tanpa sebarang sekutu di dalamnya.


Bersambung siri 130 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 128


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....


Contoh 5:  Pemerintah, Pemimpin Politik jatuh kepada kefasikan

sambungan


Turut serta dengan pemerintah zalim dan fasiq yang ditarik masuk ke dalam Neraka adalah mereka yang menjadi pendokong atau penyokong kepada pemerintah-pemerintah zalim.  Mereka akan menerima balasan sama kerana dosa subahat dengan orang-orang fasiq.  Ketika dimasukkan ke dalam Neraka, pemimpin fasiq dan pengikut-pengikut mereka saling menuduh dan bergaduh sesama mereka kerana menjadi manusia paling rugi.


Firman Allah:


وَإِذۡ يَتَحَآجُّونَ فِى ٱلنَّارِ فَيَقُولُ ٱلضُّعَفَـٰٓؤُاْ لِلَّذِينَ ٱسۡتَڪۡبَرُوٓاْ إِنَّا كُنَّا لَكُمۡ تَبَعً۬ا فَهَلۡ أَنتُم مُّغۡنُونَ عَنَّا نَصِيبً۬ا مِّنَ ٱلنَّارِ  قَالَ ٱلَّذِينَ ٱسۡتَڪۡبَرُوٓاْ إِنَّا كُلٌّ فِيهَآ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ حَكَمَ بَيۡنَ ٱلۡعِبَادِ


"Dan mereka (pemimpin dan pengikut-pengikut mereka)  berbantah-bantahan dalam Neraka, iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takabbur: “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab Neraka ini?”  Orang-orang yang takabbur angkuh itu menjawab:  “Sebenarnya kita semua menderita bersama-sama dalam Neraka (tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri), kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hukuman-Nya di antara sekalian hamba-Nya."

[Ghaafir (40) : Ayat 47-48]


Tahukah kalian siapa yang menjadi pemimpin dan pendorong kepada Pemerintah zalim dan fasiq seperti ini?  Itulah iblis dan kuncu-kuncunya syaitan.  


Firman Allah:


ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ


"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (Perintah dan Amaran) Allah; mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.”

[Al-Mujadilah (58) : Ayat 19]


Iblis menarik pemerintah dan pendokong-pendokong mereka kepada kezaliman dan kefasikan.  Dia (Iblis) membisikkan sifat takabbur, kesombongan dan kerakusan ke dalam dada mereka sehingga mereka merasakan seolah-olah dunia ini milik mereka dan mereka takkan mati.  Itulah perasaan dan dorongan iblis kepada golongan ini sehingga mereka lupa akan hari Perhitungan...!   Wal Iyazubillah.   



Bersambung siri 129 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Tuesday, March 10, 2026

SIRI 127


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....


Contoh 5:  Pemerintah, Pemimpin Politik jatuh kepada kefasikan

sambungan



Demikian sebahagian dari kerakusan dan kezaliman pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam yang memerintah Ummat.  Mereka mengucap Kalimah Syahadah, mengakui Allah sebagai Tuhan mereka, mengakui Sayyidina Muhammad ﷺ sebagai Nabi mereka, namun mereka melakukan berbagai kezaliman sampai membunuh manusia yang tidak berdosa.  Apa yang menyebabkan pemimpin-pemimpin ini bertindak begitu zalim melebihi kerakusan haiwan buas?


Apa yang menyebabkan seseorang yang mengakui wujudnya Hari Pembalasan melakukan kekejaman yang amat dahsyat sekali tanpa sedikit pun takut kepada Allah?  Apa yang mendorong mereka meninggalkan ajaran Rasulullah ﷺ, lalu mengikuti hawa nafsu?


Berdasarkan sejarah, apabila seseorang diberi kuasa menjadi Pemerintah atau Pemimpin, mereka akan lupa diri, lupa Amanah Allah, menjadi Takabbur  membesarkan diri, menipu daya, dendam, rakus, tamak dunia, melakukan berbagai fitnah dan kezaliman.  Mereka sanggup melakukan apa saja, termasuk membunuh manusia sewenang-wenangnya demi mempertahankan kedudukan atau jabatan sebagai pemerintah.  Ini yang terjadi di dalam sejarah kemanusiaan....bahkan tradisi jahat, keji dan zalim ini berterusan sampai ke zaman ini.  


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Di hari Qiamat kelak setiap pengkhianat akan membawa bendera yang dikibarkannya tinggi-tinggi sesuai dengan pengkhianatannya.  Ketahuilah, tidak ada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan seorang penguasa terhadap rakyatnya."

[Imam Muslim]


Tahukah kalian siapa yang menjadi pemimpin dan pendorong kepada pemerintah zalim dan fasiq seperti ini?  Tahukah kalian siapa yang menyelewengkan pemikiran pemerintah ini sehingga menjadi sombong, takabbur dan pengkhianat?


Kepimpinan itu Amanah yang amat berat.  Apabila seseorang yang diberi kuasa memerintah tidak melaksanakan amanahnya melakukan berbagai kezaliman, menindas orang-orang dhaif dan lemah, merampas hak manusia dengan cara yang batil, menipu daya Ummat dan sebagainya...  maka di Akhirat kelak dia akan menjadi manusia yang muflis....!


Semua amal kebaikannya akan dirampas dan diberikan kepada orang-orang yang dia pernah zalimi ketika di dunia dahulu.  Kemudian segala dosa-dosa orang-orang yang dia pernah zalimi akan diambil dan ditimpakan atas pemimpin-pemimpin ini.  Bayangkan jika seseorang Pemimpin pernah menzalimi 100 orang, atau 1000 orang atau 10,000 orang atau lebih....!

Wal Iyazubillah.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham dan juga tidak memiliki harta.” Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: ”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan ummatku ialah seseorang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) dia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan.  Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya, dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”

[Imam Muslim]


Bersambung siri 128 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 126


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....



Contoh 5:  Pemerintah, Pemimpin Politik jatuh kepada kefasikan


Menurut pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, Pemerintah atau Pemimpin — sama ada dia bergelar Amir atau Khalifah atau Raja atau Sultan atau Perdana Menteri atau Presiden atau nama-nama lain....menanggung Amanah Allah atas muka bumi.  Mereka wajib mendirikan Undang-undang Allah yang diturunkan melalui Nabi yang Agung,  Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ.  Mereka wajib mendirikan Negara Islam berdasarkan Al-Qur'an, Hadith dan Fatwa Ulama Mu'tabar.  Mereka diperintah menegakkan keadilan dan menjauhi kezaliman.


Namun apa yang terjadi di dalam Sejarah Pemerintahan Islam, Pemimpin Rabbaniyyah yang memperoleh Limpahan Kasih Allah Ta'ala hanyalah ketika Pemerintahan Junjungan Besar Rasulullah ﷺ dan Khulafa Ar-Rasyidin  — Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina 'Ali Ridhwanullah Alayhi Ajma'in.


Pada zaman Rasulullah  ﷺ,    kedua-dua Sistem Pemerintahan ada pada Rasulullah ﷺ —  Rasulullah ﷺ menjadi Pemimpin Dunia Ma'rifat sekaligus menjadi Pemerintah tertinggi Negara.  Demikian juga pada zaman Pemerintahan Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina 'Ali Ridhwanullah Alayhi Ajma'in, masing-masing menjadi Pemerintah Negara sekaligus Pemerintah Dunia Ma'rifat.


Sebaik sahaja tamat Pemerintahan Sayyidina Ali _Radhiallahu anhu_, Kepimpinan Ummat tidak lagi bersifat _Rabbaniyyah_, sebaliknya bercampur-campur antara kebenaran dan kebatilan.  Banyak sekali berlaku penyelewengan, kezaliman, kemungkaran dan kefasikan.  Pada saat tersebut, Pemerintahan Dunia Ma'rifat  asingkan diri dunia politik manusia yang tamak haloba, kufur dan zalim.  Dunia Ma'rifat dan kepimpinan Keruhanian Ummat kekal di tangan Pewaris Nabi yang sebenar yang kemudian dikenali sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat atau Mursyid yang Siddiq.  Merekalah Pewaris Nabi yang sebenar yang mempertahankan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah sampai Qiamat.  


Adapun pemerintah-pemerintah yang tamak dan rakus yang memerintah Negara, bukanlah Pewaris Nabi, sebaliknya mereka hanyalah orang-orang Islam awam yang menguruskan hal ehwal dunia.  Sebahagian dari pemerintah ini bukan sahaja tamak dan rakus... bahkan lebih buruk lagi mereka membunuh Ummat Islam sewenang-wenangnya.  Di antara pemimpin-pemimpin Islam yang sangat dahsyat kezalimannya sehingga menyerang dan membunuh Ummat Islam sewenang-sewenangnya adalah :


1. Yazid bin Muawiyah menyerang dan membunuh Ummat Islam di Makkah.  Tentera-tentera Yazid juga mengepung dan melakukan pembantaian terhadap Sayyidina Husain Radhiallahu anhu, Permata Islam, Kekasih Allah dan Cucu Kesayangan Rasulullah ﷺ di Karbala.   Bagaikan haiwan buas yang dahagakan darah manusia, tanpa sedikit pun rasa peri kemanusiaan mereka membunuh anak kecil, orang-orang tua dan wanita.


2. Hajjaj Yusuf As-Saqafi menyerang orang-orang Islam di Madinah dan melakukan kekejaman dan pembunuhan sewenang-sewenangnya terhadap orang-orang beriman yang tidak berdosa.


3. Pemimpin-pemimpin zalim dari kalangan Umayyah dan Abbasiah juga menangkap dan menyiksa mana-mana Ulama yang enggan mengikut kehendak nafsu mereka.  Di antara Imam Ahlus Sunnah yang menjadi mangsa kerakusan pemerintah ini adalah Imam Ja’afar Siddiq, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi'e, Imam Ahmad Ibn Hanbal. 


Bersambung siri 127 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 125


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....



Rasulullah ﷺ bersabda:

“Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan Al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya.  Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada Hidayah.  Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.” 

[Imam Al-Baihaqi]


Oleh kerana orang bergelar "Ulama" mempunyai kedudukan yang dipandang tinggi oleh masyarakat, maka segala perkataan mereka akan diterima bulat-bulat oleh orang Islam.  Segala fatwa dan keputusan mereka akan menjadi panduan untuk amalkan Syi'ar Agama.  Apabila mereka menukar-nukar hukum Allah lalu mengeluarkan fatwa menurut nafsu keinginan manusia, maka jadilah mereka orang yang khianat Amanah Allah. Mereka jatuh kepada golongan Fasiq yang menerima Kemurkaan Allah Ta'ala.  Wal Iyazubillah


Kisah-kisah penyelewengan orang-orang bergelar "Ulama" telah terjadi sejak kewafatan Rasulullah ﷺ dan masih terjadi sehingga ke zaman ini.   Banyak sekali orang-orang bergelar "Ulama" jatuh kepada perangkap iblis menjadi "ulama dunia", "Ulama pangkat", "Ulama nafsu".  Wal Iyazubillah.!


Ini satu lagi contoh yang amat besar bagaimana iblis memperdayakan pemikiran orang-orang berpangkat "alim ulama" dan menarik mereka kepada kefasikan (atau kesesatan atau kekafiran.  Wal Iyazubillah).  


Tetapi ingat......!

Golongan berilmu yang disesatkan adalah Golongan alim fiqh atau ahli Ilmu Kalam, dan BUKAN ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi atau Mursyid yang Siddiq.


Bersambung siri 126 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 124


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....



Dengan Anugerah Allah yang Maha Agung ini, Pewaris Nabi yang Benar yang terpilih ini (yang dikenali juga sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat dan Mursyid yang Siddiq) akan sentiasa di jalan yang lurus dan benar.  Iblis TIDAK mampu menipu daya mereka kerana mereka telah mengenal iblis dan tipu daya dia.  Bahkan iblis TIDAK akan mampu mendekati mereka pun disebabkan Cahaya Ketuhanan yang melingkungi mereka. 


Adapun Alim fiqh atau alim Syari'at atau ahli Ilmu Kalam semata-mata, TIDAK mengenal Allah dengan sebenarnya.  Iman mereka adalah Iman orang awam.  Tauhid mereka hanya sebatas aqal, TIDAK meresap ke dalam jiwa.  Mereka TIDAK mempunyai pengetahuan berkenaan dunia Ma'rifat, alam ghaib dan segala yang tersembunyi.  Mereka TIDAK mempunyai kemampuan membezakan antara seruan Haq dengan bisikan-bisikan syaitan.  Mereka TIDAK mempunyai benteng untuk menangkis serangan-serangan iblis yang datang dari berbagai arah, berbagai rupa dan berbagai bentuk.  Akibatnya mereka mudah terpengaruh dan terpesong dengan bisikan dan godaan syaitan yang datang dengan cara yang amat halus.   


Iblis seringkali menghiasi segala perkataan dan perbuatan mereka sebagai "baik" dan "benar" sedangkan ianya berlawanan dengan Kehendak Allah Ta'ala.  Iblis membisik :  " kamu adalah ulama terkenal, kamu berilmu banyak, kamu mempunyai kedudukan tinggi di sisi masyarakat, jangan kamu biarkan orang-orang bodoh itu mengatasi kamu."  Demikian bisikan iblis kepada orang-orang alim yang mempunyai kedudukan dan pangkat di mata masyarakat. 


Orang bergelar "Ulama" ini dengan mudah saja menukar-nukar hukum Allah, mengubah-ubah fatwa mengikut kehendak nafsu, kehendak masyarakat atau kehendak pemerintah sedangkan semua ini tidak lain melainkan datang dari seruan Iblis.  Tujuan mereka tiada lain melainkan mencari habuan dunia yang sedikit.  Ulama seperti ini yang diberi amaran keras oleh Allah Ta'ala:


Firman Allah:


وَءَامِنُوا بِمَا أَنْزَلْتُ مُصَدِّقًا لِمَا مَعَكُمْ وَلاَ تَكُونُوا أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ وَلاَ تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ[


Berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (al-Quran) yang membenarkan apa yang ada pada kamu.  Janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya dan janganlah kalian menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit.  Hanya kepada Akulah kalian wajib bertaqwa.

[Al-Baqarah (2) : Ayat 41]



Bersambung siri 125 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 123


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....



Berkata Imam Jilani Radhiallahu anhu:

"Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Pewaris Nabi yang sebenar) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.  Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya.  Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ

[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]


Jika engkau bertanya, bagaimana "Pilihan Allah" itu diketahui, maka jawapannya adalah :   Seseorang yang dilantik oleh Allah Ta'ala menjadi "Ulama Pewaris Nabi", diilhamkan oleh Allah Ta'ala kepada Guru yang sedang memimpinnya, yang sudah pasti beliau adalah Pewaris Nabi yang benar. 


Maksudnya Warisatul Anbiya' yang sedang memimpin Ummat mengisytiharkan di dalam Majlis beliau akan seseorang yang diilhamkan kepada beliau oleh Allah Ta'ala sebagai Warisatul Anbiya’.  Beliau hanya menzahirkan kepada ummat akan pilihan Allah Ta'ala.  Beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk melantik seseorang menjadi "Pewaris Nabi".     


Apabila diperhatikan turutan dari atas :

Rasulullah ﷺ "menzahirkan" para Sahabat  Ridhwanullah (khususnya Khulafa Ar-Rasyidin) yang akan memimpin Ummat setelah kewafatan Baginda.  Para sahabat kemudiannya "menzahirkan" Ulama dari kalangan Tabiin yang akan menjadi Pewaris Rasulullah ﷺ.  Ulama Tabiin kemudiannya "menzahirkan" Ulama dari kalangan Tabiit Tabiin yang menjadi Pewaris Nabi seterusnya.  Begitulah seterusnya Risalah suci Ilahi sambung-menyambung dari satu tangan kepada tangan Pewaris Nabi berikutnya yang benar sampai Qiamat.


Dengan demikian, Warisatul Anbiya’ yang siddiq ini BUKAN lantikan Pemerintah, BUKAN pilihan parti-parti Politik, BUKAN pilihan masyarakat umum yang dipilih melalui undian, BUKAN juga kerana segulung Ijazah yang mereka miliki seperti PhD, Drs, Profesor atau lain-lainnya.   Ringkasnya .... perlantikan Warisatul Anbiya' TIADA kaitan apa pun dengan pilihan manusia. 


Perhatikanlah dari mata hati yang jernih:

Ulama yang menerima Limpahan cahaya Rabbaniyyah serta di dalam pimpinan Rasulullah ﷺinilah Warisatul Anbiya’ (Pewaris Nabi yang sebenar).  Ulama seperti ini TIDAK sesekali mampu disesatkan oleh iblis La'natullah kerana mereka di dalam Pimpinan Allah Ta'ala serta pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.


Mursyid Pewaris Nabi yang Benar ini telah menempuh Tarbiyyah keruhanian di bawah Guru mereka (yang juga Pewaris Nabi yang Siddiq) pada waktu yang amat panjang.  Mereka telah menempuh perjuangan yang lama menentang iblis dan nafsu-nafsu rendah dan hina.  Mereka telah mendaki tingkatan-tingkatan Tauhid pada tempoh masa yang amat panjang, perjalanan yang sangat sulit dan keras…sehingga akhirnya dengan Kemurahan Allah dan Rahmat-Nya yang melimpah luas, sampailah mereka kepada kedudukan yang tinggi di Sisi Allah, mencapai Ma'rifat yang tahqiq, mengenal Allah dengan sebenar, iaitu Tauhid hakiki.  Terbuka bagi mereka rahsia-rahsia Ketuhanan dan rahsia-rahsia kehambaan.  Mereka diperlihatkan sekalian alam ghaib.  Mereka mengenal cahaya Ketuhanan yang Haq dan mampu bezakan dengan "pancaran" kegelapan daripada nafsu atau syaitan.  Mereka mengenal seruan Haq Allah Ta'ala yang terbeza dari bisikan-bisikan kejahatan nafsu atau syaitan.


Bersambung siri 124 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 122


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....


Apa maksud "dipilih khusus"?


"Dipilih khusus" bermaksud Allah Ta'ala yang memilih mereka serta mengangkat Darjat mereka mengatasi manusia lain.  Hal ini sebagaimana penegasan Allah Ta'ala melalui Kalam-Nya yang Maha Agung:



Firman Allah:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ 


“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami.”

[Faathir (35) : Ayat 32]


Menurut  tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah  “yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami” adalah ditujukan kepada Warisatul Anbiya’ yang Allah Ta'ala pilih khusus lalu Kurniakan mereka ilmu dan hikmah yang tinggi dari Sisi-Nya.  Ini yang dimaksudkan oleh Al Imam Sulton Auliya ketika mentafsirkan ayat ini dengan kata beliau....


Berkata Imam Jilani Radhiallahu anhu:

“Orang-orang yang berilmu dan hikmah adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.   Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain.  Mereka berhubung dengan Nabi ﷺ melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf  Ilahiyyah).  Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


 [Tamat nukilan dari Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]


Hamba-hamba Allah yang terpilih ini sentiasa berserta Allah, menghadap Allah di Hadratul Quddus (Hadrat Ketuhanan Yang Maha Suci),  dan tangan mereka di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ  sebagaimana penyaksian sekalian ahli Ma'rifat.....


Bersambung siri 123 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 121


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....



Contoh 4:   Iblis menarik "Ulama" kepada kefasikan


Sesungguhnya "Ulama" adalah Warisatul Anbiya’ (Pewaris Nabi)...!


Namun TIDAKLAH semua orang yang "bergelar Ulama" itu sebenar-benar Pewaris Nabi ﷺ.   Sebahagian darinya adalah "Ulama palsu", "Ulama dunia", "Ulama nafsu", "Ulama jahat", "Ulama syaitan" ..... semua ini terjadi akibat penyelewengan mereka dari jalan benar.


Ulama yang benar yang diakui kebenarannya sebagai Ulama Billah dan Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) hanyalah mereka yang telah menerima Limpahan Cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) serta pancaran Nur Muhammad di dalam batin mereka.  Mereka berdiri teguh pada Jalan Suci Rasulullah ﷺ serta memimpin Ummat kepada Jalan Lurus, Jalan Ma'rifat, satu-satunya jalan yang sempurna pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah. 


Menurut penjelasan Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Syazili dan lain-lain, terdapat dua macam Ulama  di kalangan Ahlus Sunnah sendiri.  


(1) Ulama Warisatul Anbiya’ (Pewaris Nabi) yang Benar yang dikenali sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Mursyid yang Siddiq.


(2) Ulama syari'at atau Alim Fiqh.


Catitan : Ulama sesat seperti  Ulama Wahhabiyyah, Ulama Syi'ah, Ulama Mu'tazilah dan lain-lain yang terdiri dari 72 golongan sesat tidak dicantumkan di sini kerana telah disentuh pada bahagian sebelum ini.


Daripada sekian banyak orang bergelar "Ulama", satu-satunya Golongan Ulama yang benar-benar mewarisi Nabi ﷺ adalah Ulama Warisatul Anbiya’ yang dikenali juga sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Mursyid yang Siddiq.  Mereka memperoleh Limpahan Cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) dan Cahaya Nubuwwah (Nur Muhammad) di dalam batin mereka. 


Mereka dipanggil "Sufi"  kerana Allah Ta'ala telah menyucikan batin mereka dari sekalian syirik dan mazmumah.   Mereka dikenali sebagai Ahli Ma'rifat kerana mereka telah mengenal Allah dengan sebenar kenal dari dalam hati, ruh dan Sirr (Rahsia batin yang sangat dalam).  Mereka juga dikenali sebagai Mursyid kerana merekalah  yang bersifat rashid — yang menunjukki jalan lurus, jalan yang di-Redhai Allah.


Mursyid yang Siddiq dikatakan Ulama Warisatul Anbiya' (Pewaris Nabi) yang sebenar kerana mereka adalah insan-insan istimewa Pilihan Allah yang dipilih khusus bagi menyambung Warisan Rasulullah ﷺ.    



Bersambung siri 122 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 120


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....



Lihatlah!

Betapa besar tipu daya iblis ke atas orang Islam yang ahli ibadah sekali pun.  Bahkan seorang Hafiz Qur'an.  Maka di manakah justifikasinya?  Apa sebenarnya terjadi sehingga orang Islam yang terkenal sebagai Hafiz dan ahli ibadah terjemurus kepada kefasikan yang amat berat ini?  Mengapa orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul sanggup melakukan pembunuhan sewenang-wenangnya kepada Mu'min lain?


Jawapannya:

Ayat Qur'an yang mereka baca TIDAK melepasi kerongkong mereka; ertinya sekalian bacaan ayat Qur'an itu TIDAK meresap ke dalam jiwa mereka, tetapi hanya terhenti pada lisan dan aqal fikiran mereka.  Hafiz Qur'an mereka hanyalah pada aqal mereka:  Ertinya hafalan mereka TIDAK memasuki HATI sebaliknya hanya berlegar pada aqal mereka.  (Keadaan ini sama seperti Yahudi yang hafal Qur'an dengan tujuan memerangi Islam.  Hafalan si Yahudi ini hanya berada pada aqal BUKAN di dalam HATI!)


Meskipun mereka fasih membaca Ayat-ayat Al-Qur'an dan "kelihatan" hebat mentafsirkan ayat Qur'an, namun ianya keluar dari nafsu dan bisikan iblis La'natullah, BUKAN ilham Ketuhanan yang suci.  Inilah golongan yang diisyaratkan oleh Junjungan Rasulullah ﷺ.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Akan ada di akhir zaman suatu kaum yang usianya muda, dan pemahamannya dangkal, mereka mengucapkan perkataan manusia yang paling baik (Rasulullah  ﷺ), mereka lepas dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busurnya, iman mereka tidak sampai ke tenggorokan..” 

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya di antara Ummatku ada orang-orang yang membaca Al-Quran, tetapi tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala. Mereka keluar dari Islam secepat anak panah keluar dari busurnya. Sungguh, jika aku mendapati mereka, pasti aku akan bunuh mereka seperti (Nabi Hud) membunuh kaum Aad,"

[Imam Muslim]

 

Golongan Khawarij (Wahhabiyyah) mengucapkan kata-kata yang baik dan meniru ungkapan mulia, namun  mereka gunakannya dengan cara yang batil. 


Hadith Rasulullah ﷺ:

Ketika kaum Khawarij Haruriyah memberontak kepada pemerintahan Sayyidina Ali Radhiallahu Anhu, mereka mengatakan, "Tidak ada hukum kecuali milik Allah".  Maka Sayyidina Ali berkata, "Perkataan yang benar, namun yang diinginkan dengannya adalah kebatilan.  Sesungguhnya Rasulullah ﷺ pernah menjelaskan kepadaku tentang ciri-ciri sekelompok orang yang telah aku tahu sekarang bahawa ciri-ciri tersebut ada pada mereka (Khawarij), iaitu mereka mengucapkan perkataan yang benar hanya dengan lisan-lisan mereka, namun tidak melewati kerongkongan mereka.” 

[Imam Muslim]


Pada akhir zaman ini, Golongan Khawarij bangkit dengan nama-nama lain —  seperti Wahhabiyyah, Najdiyyah, Kaum Muda, ISIS dan lain-lain...  semua ini adalah Golongan Khawarij yang telah menyimpang dari kebenaran mengikuti bisikan iblis La'natullah.  Amat malang pendokong-pendokong Iblis!


Wal Iyazubillah


Bersambung siri 121 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 119


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....




Contoh 3 :  Hafiz Qur'an membunuh Sayyidina 'Ali Radhiallahu Anhu


Namanya Abdur-Rahman Ibnu Muljam, seorang Islam yang Hafiz Qur'an, ahli ibadah, rajin puasa.  Akibat bisikan iblis, dia menjadi manusia kejam, zalim, fasiq dan amat keji sehingga sanggup membunuh Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah.   


Sudah tentu ramai tertanya-tanya bagaimana seorang yang Hafal Qur'an, rajin beribadah, sentiasa basah lidah dengan ayat Qur'an sanggup melakukan pekerjaan terkutuk itu?  Lebih-lebih lagi orang yang dia bunuh adalah insan pilihan Allah yang amat istimewa.  Apakah yang mendorong Ibnu Muljam melakukan pembunuhan terhadap seorang Kekasih Allah?  Mengapakah dia begitu berani melakukan perbuatan keji itu?


Jawapannya:

Memang benar Ibn Muljam adalah seorang Hafiz Qur'an, menjadi Guru Qur'an di zaman Sayyidina Umar Radhiallahu Anhu, terkenal sebagai ahli ibadah, namun dia menganut fahaman Khawarij (sekarang ini dinamakan Wahhabiyyah, ISIS, kaum muda, Kaum Najdiyyah dan nama-nama lain).  Ibnu Muljam sepertimana kawan-kawannya menganggap diri mereka yang benar dan golongan lain salah. Mereka anggap cuma diri mereka beriman dan menuduh Ummat Islam yang lain sebagai kafir.  Mereka mentafsirkan ayat Qur'an mengikut nafsu dan fikiran sendiri yang dibisik oleh iblis La'natullah. 


Ketika Ibnu Muljam menghadapi hukuman pancung, dia mengulang-ulang ayat Qur'an:


وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡرِى نَفۡسَهُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ


“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hamba-Nya.”

[Al-Baqarah (2) : Ayat 207]


Ibnu Muljam mengulang-ulang firman Allah tersebut kerana pada sangkaan dia ayat tersebut memuji orang seperti dia yang telah membunuh Sayyidina Ali Radhiallahu Anhu.  Ibnu Muljam menyangka dia telah melakukan pengorbanan besar dan mendapat keredhaan Allah, sedangkan ayat tersebut adalah khabar gembira kepada orang yang mati Fisabillah menentang orang kafir Harbi....  BUKAN ditujukan kepada orang seperti Ibn Muljam dan kawan-kawannya dari Golongan Khawarij yang sewenang-wenang membunuh orang beriman.


Ini salah satu perangai dan sifat Khawarij (Wahhabiyyah, ISIS, kaum Muda, kaum Najdiyyah), iaitu mentafsirkan Ayat Qur'an mengikut nafsu dan pendapat sendiri.  Mereka memalingkan makna ayat Qur'an yang ditujukan kepada orang kafir lalu menimpakannya kepada orang beriman.


Lihatlah bagaimana iblis memesongkan aqidah Golongan Khawarij sehingga mereka sanggup mentafsirkan ayat Qur'an mengikut bisikan nafsu dan iblis...!


Bersambung siri 120 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 118


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....


Contoh-contoh untuk dijadikan pengajaran dan i'tibar

Berikut adalah beberapa contoh bagaimana iblis menggoda orang Islam, orang yang rajin mengerjakan tahajjud, rajin puasa, banyak sedekah, Hafiz Qur'an dan terkenal sebagai ahli ibadah berubah menjadi manusia kufur dan fasiq.  


Contoh 1 : Kisah Qabil membunuh Habil


Inilah kisah pembunuhan pertama di atas muka bumi. (di kalangan manusia).

Qabil tak puas hati kerana menerima perintah Allah supaya dia berkahwin dengan Lubuda (saudara kembar Habil), sementara Habil dikahwinkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil). 

Iblis meniup kebencian di dalam hati Qabil dan mendorongnya melakukan pembunuhan terhadap Habil, saudaranya sendiri.  

Iblis mengetahui kelemahan manusia yang gemar pada kemewahan dunia dan wanita, maka dia menggunakan segala peluang meniupkan kedengkian, permusuhan, pergaduhan dan akhirnya berbunuh-bunuhan semata-mata dunia yang hina..!



Contoh 2 :  Kisah Pembunuhan Sayyidina Uthman Radhiallahu Anhu


Pembentontak (yang beragama Islam) menyerang dan membunuh Sayyidina Uthman Radhiallahu Anhu, sahabat akrab Rasulullah ﷺ yang dijamin Syurga oleh Allah dan Rasul-Nya.  Iblis menanam permusuhan dan syak wasangka ke dalam hati pemberontak sehingga mereka tergamak melakukan perbuatan terkutuk ini.  Meskipun mereka juga mengucap Kalimah Syahadah, mengakui Allah sebagai Tuhan mereka dan Sayyidina Muhammad ﷺ sebagai Nabi mereka, namun mereka tewas kepada bisikan iblis yang menguasai hati mereka...!  Mereka menjadi tentera-tentera Iblis! Wal Iyazubillah. 


Bersambung siri 119 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 117


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 5: Bersekutu dengan Jinn syaitan

sambungan...


Poin 15: Contoh-Contoh Iblis menarik kepada kefasikan

sambungan....




Perbezaan dosa zahir dan dosa batin:


Dosa besar yang menjadikan seseorang itu fasiq terbahagi dua :  

Pertama :  Dosa zahir (yang terlihat dan dapat didengar — perkataan atau perbuatan). 

Kedua :  Dosa batin (dosa dalam hati yang tiada seorang pun tahu melainkan Allah Ta'ala dan dirinya).  


Dosa-dosa besar yang zahir adalah seperti :  Syirik Akbar — menyembah selain Allah seperti sembah matahari, bulan, bintang, gunung, busut dan lain-lain, zina, minum arak, berjudi, tenung nasib, makan riba', makan harta anak yatim secara batil, derhaka kepada Mursyid yang Siddiq, derhaka (anak) kepada ibu bapa, derhaka (isteri) kepada suami, lari dari medan jihad, mengumpat, caci maki, memfitnah, adu domba, menipu daya, khianat, mungkir janji, membunuh...  bahkan banyak lagi.


Dosa-dosa besar yang batin adalah seperti :  Syirik Khafi — Syirik Asghar syirik tersembunyi di dalam hati — Mengadakan "sembahan-sembahan" kepada makhluq dalam hati — iaitu Takabbur, Riya', Sum'ah, 'Ujub, Tawakkal kepada makhluq serta sifat-sifat keji dalam hati seperti jahat sangka, tamak haloba, bakhil, dendam...dan banyak lagi.


Kebanyakan orang Islam mengetahui akan dosa besar zahir dan hanya berusaha menjauhinya tetapi tidak mempedulikan dosa batin sedangkan dosa hati atau batin tidak kurang bahayanya, bahkan setengah dosa batin mengancam Iman dan boleh menjerumuskan seseorang kepada kekafiran tanpa dia sedar.  


Perhatikan baik-baik...!

Di sini berlaku tipu daya iblis kepada kebanyakan orang Islam termasuk orang-orang yang alim (fiqh), Muallim, Ustaz-ustaz, Kiyai, orang yang rajin solat dan sebagainya.  Mereka sungguh-sungguh memerhatikan amal yang zahir tetapi melupakan dosa-dosa batin yang melupuskan segala amal kebaikan.  Iblis mendorong golongan yang alim (kitab), dan gemar beramal supaya sibuk memerhatikan amal ibadah yang zahir, merasa bangga dengannya dan da'wahkan orang lain supaya beramal banyak sedangkan mereka lupa kepada penyakit-penyakit hati yang yang amat merbahaya yang ditimbulkan oleh nafsu dan iblis...!  Wal Iyazubillah.


Catitan:

Untuk penjelasan lebih lanjut Bab penyakit batin dan dosa-dosa batin, sila baca Risalah kami bertajuk :  Penyakit Hati, Bahaya Yang Tidak Disedari.


Bersambung siri 118 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 140 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...