Thursday, July 17, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 705)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haithami Radhiallahu anhu:

Imam Ibn Hajar Al-Haythami adalah Mujaddid Kurun ke-12 Hijriyyah, Mufti Agung, Auliya Allah.  Fatwa beliau yang termasyhur di dalam Mazhab Syafie'.


Beliau (Ibn Hajar Al-Haytamy) ditanya : "Adakah mungkin bertemu Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar (jaga)?" 

Imam Ibnu Hajar menjawab: 

"Ya? Benar.  Melihat dan bertemu Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar adalah mungkin (harus) hukumnya." 


"Telah dikhabarkan kepada kami bahawa ianya adalah Karomah para Auliya Allah oleh Al-Ghazali, Al-Barizi, Al-Taj Al-Subki, dan Al-Yafi`i, dari kalangan Asy-Syafiiyah dan Al-Qurtubi dan Ibn Abi Jamra dari kalangan Malikiyah." 


Beliau menegaskan: 

"Sesiapa yang menafikannya, adalah dia tersesat.  Mereka yang menafikannya adalah mereka menafikan kebenaran Nabi ﷺ dan menafikan Kekuasaan Tuhan serta menafikan juga Karomah Auliya Allah yang telah dibuktikan oleh Sunnah yang sahih ." 

[Fatwa Hadithiyyah, Ibnu Hajar Al-Haytahmi] 


Fatwa Imam Ash-Sha'rani Radhiallahu anhu:

"Hukum-hukum yang mereka (imam yang empat) keluarkan adalah bersumberkan Al Qur’an, Sunnah Nabi, perkataan sahabat, Imam mujtahid dan kasyaf.  Kasyaf itu ialah bertemu langsung dengan ruhaniyah Rasulullah ﷺ dan bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah ini (suatu Hadith) dari engkau atau tidak?” 

[Al-Mizan, Shaikh Abdul Wahab Sha'rani]


Fatwa Al-Imam Abu Thana Shihabuddin Sayyid Mahmud Ibn Abdullah Husayni Al-Alusi Al Baghdadi:

"Terdapat bukti-bukti kukuh dari hal bolehnya bertemu Nabi ﷺ .  Ini bukanlah perkara baru, bahkan ramai orang soleh dari kalangan Ummah ini telah melihat Baginda Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar dan menerima Ilmu dari Baginda.”

[Ruhul Ma'ani, Al-Alusi] 


Fatwa Imam Tajuddin Ibn Atha Illah As-Sakandari:

"Jika aku tidak melihat Nabi ﷺ di dalam satu kerdipan mata, maka aku tidak menganggap diriku Muslim pada saat tersebut." 

[Lataiful Minan, Imam Ibn Atha Illah] 


Bersambung siri 706 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 707) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...