■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 720)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-24:
Orang beriman yang berdosa tidak kekal di Neraka
Ahlus Sunnah berkeyakinan orang-orang beriman, walaupun Imannya sebesar _zarrah_, tidak akan kekal di Neraka.
Maksudnya adalah:
Manusia yang berdosa besar dan banyak dosanya mengatasi amal kebaikannya atau tidak langsung mempunyai kebaikan, tetapi dalam hatinya ada Iman, walaupun sekecil-kecil Iman sekalipun, akan dikeluarkan dari Neraka setelah selesai menerima hukumannya dan dimasukkan ke Syurga, dengan Kemurahan dan Rahmat Allah.
Pendirian ini berdasarkan Hadith Rasulullah ﷺ.
Rasulullah ﷺ bersabda:
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ، ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ. فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَا ـ أَوِ الْحَيَاةِ، شَكَّ مَالِكٌ ـ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ، أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً ". قَالَ وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا عَمْرٌو " الْحَيَاةِ ". وَقَالَ " خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ ".
"Apabila ahli Syurga masuk Syurga dan ahli Neraka masuk Neraka, Allah akan memerintahkan orang-orang yang beriman seberat biji sawi untuk dikeluarkan dari Neraka. Maka mereka akan dikeluarkan tetapi (ketika itu) tubuh mereka hitam legam bagaikan arang (hangus). Kemudian mereka akan dimasukkan ke dalam sungai Haya' (hujan) atau Hayyat (kehidupan) , (Perawi ragu mana istilah yang tepat) dan mereka akan hidup semula seperti biji-bijian yang tumbuh di tepi tebing saluran banjir tidakkah kamu melihat bahawa ia keluar kuning dan berpintal".
[Imam Bukhari]
Rasulullah ﷺ bersabda:
وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "إني لأعلم آخر النار خروجاً منها، وآخر أهل الجنة دخولاً الجنة، رجل يخرج من النار حبوا؛ فيقول الله عز وجل له: اذهب فادخل الجنة، فيأتيها، فيخيل إليه أنها ملأى، فيرجع فيقول: يا رب وجدتها ملأى، فيقول الله عز وجل له: اذهب فادخل الجنة، فيرجع ، فيقول: يا رب وجدتها ملأى، في سورة يقول الله عز وجل له : اذهب فادخل الجنة ، فيأتيها، فيخيل إليه أنها ملأى، فيرجع، فيقول: يا رب وجدتها ملأى! فيقول الله عز وجل له: اذهب فادخل الجنة، فإن لك مثل الدنيا وعشرة أمثالها أو إن لك مثل عشرة أمثال الدنيا، فيقول: أتسخر بي، أو تضحك بي وأنت الملك” قال: فلقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ضحك حتى بدت نواجذه فكان يقول: "ذلك أدنى أهل الجنة منزلة" ((متفق عليه)).
"Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui penghuni Neraka yang terakhir dikeluarkan dari sana dan yang terakhir masuk ke dalam Jannah. Dia adalah seorang lelaki yang akan keluar dari Neraka dengan merangkak. Maka Allah, Tuhan yang memiliki Kemuliaan akan berkata kepadanya: "Pergilah dan masuklah ke dalam Jannah". Dia akan pergi ke sana dan mengira bahawa ia telah penuh dan dia akan kembali dan berkata: 'Wahai Tuhanku, ia telah penuh. "Allah Memerintah: "Pergilah dan masuklah ke dalam Jannah." Dia akan pergi lagi dan mengira bahawa ia telah penuh, maka dia akan kembali ke belakang. Maka Allah Memerintah: "Pergilah dan masuk ke dalam Jannah. Sesungguhnya untuk engkau seperti dunia dan sepuluh kali gandanya."
Dia akan berkata: "Adakah Engkau memperolok-olokkan aku sedangkan Engkau adalah Raja?" Pada saat ini aku (Ibn Mas'ud) melihat Rasulullah ﷺ ketawa sehingga gigi geraham Baginda kelihatan dan Baginda bersabda, "Orang seperti itu akan menjadi penghuni Jannah yang paling rendah pangkatnya."
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Maka syaratnya bagi pembebasan ini adalah :
Iman yang benar menurut Ahlus Sunnah.
Bersambung siri 721 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
__________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment