Saturday, July 26, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 721)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Ahlus Sunnah berkeyakinan bahawa orang Mukmin yang dimasukkan ke Neraka kerana perbuatan dosa besar, dia tidak akan tinggal di Neraka untuk selamanya.  Dia akan dikeluarkan pada suatu saat kerana pada dasarnya Neraka adalah seperti penjara dunia, di mana manusia diberikan balasan sesuai dengan dosa dan kejahatan yang dilakukan. Dan setelah beberapa lama , dia akan dikeluarkan juga dari Neraka.  Wajah mereka terhindar dari api.  Anggota tubuh yang digunakan untuk sujud kepada Allah juga tidak terbakar, kerana Neraka diharamkan untuk membakarnya.  Dia akan terus merasakan pedihnya azab Allah selama dia di Neraka.  Hal ini berbeza dengan pendapat fahaman sesat Qadariah (faham sesat Qadar) yang menyatakan bahawa dosa besar hapuskan ketaatan sehingga ketaatan tidak akan mendapat balasan.  Pendapat ini sama seperti pendapat Khawarij."

[Al-Ghunyah]



Peringatan Penting:


(1) Penjelasan di sini tidak sesekali bermaksud meremehkan dosa atau memandang ringan akan dosa.  Kita cuma menyebut penentuan hukum.  Sepatutnya setiap orang beriman sangat hati-hati apabila berhadapan dengan dosa. 


(2) Sebahagian Ulama mengatakan setiap keingkaran dan pelanggaran Perintah Allah adalah semuanya dosa besar. Sebahagian Ulama lain menghalusi pengertian dosa kepada dua bahagian, iaitu: 

Dosa Besar dan Dosa kecil. 


(3) Menurut Ibn Abbas Radhiallahu anhu, Dosa besar adalah setiap dosa yang diancam oleh Allah dengan  Ancaman Neraka, atau Kemurkaan, atau La'nat atau Azab siksa.


(4) Dosa-dosa besar ada yang bersifat zahir (anggota tubuh) dan ada yang bersifat batin (hati).  Kedua-duanya bahaya kepada orang beriman. 


(5) Jangan sesekali meremehkan apa saja dosa sama ada yang besar atau kecil, sama ada yang zahir atau batin (hati).  Hendaklah sentiasa waspada terhadap apa jua dosa dan segera Taubat kembali kepada Allah.  Meremehkan apa jua dosa adalah dosa besar.


Rasulullah ﷺ  bersabda:

Dari Abdullah bin Mas’ud _Radhiallahu anhu_ berkata, bahawa Nabi ﷺ  bersabda: “Sesungguhnya seorang Mu'min (ketika) ia melihat dosa-dosanya, adalah seperti dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya. Sedangkan seorang fajir (gemar buat ma'siat dan kekejian), ketika dia melihat dosa-dosanya adalah seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang (memandang remeh akan dosa).” 

Abu Syihab (salah seorang perawi Hadith) mengisyaratkan dengan tangannya di atas hidungnya.

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Wahai Aisyah, takutlah engkau terhadap dosa-dosa kecil, kerana ia akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah.”

[Imam Ad-Darimi]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil, sebab jika ia berkumpul dalam diri seseorang, ia akan membinasakannya.”

[Imam Ahmad]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 “Aku sangat takut syirik pada Ummaku.  Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang dengan amal mereka.” 

[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Dosa besar yang bersifat batin (hati) lebih berbahaya dan dosa kemaksiatannya lebih hina dan sangat rendah.  Juga kerana sebahagian besar dosa itu mudah terjadi dan cepat merebak.  Terutama apabila seseorang berasa bebas dari sebahagian dosa-dosa tersebut kerana meremehkan kehadirannya."

[Al-Zawaajir]


Bersambung siri 722 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 769) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...