■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 664)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan....
Dalil 3: Firman Allah:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”.
[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]
Tafsiran Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (iaitu Pewaris Nabi yang muhaqqiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ, yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. (mereka dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat).
Manusia yang demikian digambarkan sebagai ۥ وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ (Wali Mursyid - pelindung dan pembimbing sebenar)
[Surah al-Kahfi (18) : Ayat 17 ] "
[Tamat nukilan kitab : Sirrul Asrar]
Penjelasan tambahan:
Sesungguhnya detik permulaan Kepimpinan “Ahlus Sunnah Wal Jama’ah” adalah daripada Khulafa Ar-Rasyidin dan BUKAN pada kurun ke-3 Hijriyyah sebagaimana sangkaan sebahagian orang. Ketika sebahagian orang Islam mula keluar dari Saf Ummat Islam dan membentuk firqah-firqah sendiri, yang menyalahi Al-Qur’an dan Sunnah, para Sahabat khususnya Khulafa Ar-Rasyidin tetap berpegang dengan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah ﷺ.
Sebagaimana kami tegaskan: Satu-satunya golongan yang tetap berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Baginda dan tidak pernah berpisah dari Jalan Utama Wahyu hanyalah satu golongan, iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipelopori oleh para Sahabat Ridhwanullah yang memperoleh Petunjuk Allah, khususnya Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah Alayhi Ajma’in. Merekalah Penunjuk Jalan Lurus dan Jalan Kebenaran. Merekalah Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang pertama bagi Ummat ini. Generasi Pewaris Nabi seterusnya dikenali sebagai Mursyid, Imam, Shaikh, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat yang Siddiq.
Khulafa Ar-Rasyidin diberi gelaran “Ar-Rasyidin” kerana merekalah yang menunjukki jalan lurus, jalan sebenar Kembali kepada Allah. Daripada merekalah mengalir ilmu Agama yang suci murni, zahir dan batin, turun - temurun daripada satu Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada Mursyid Pewaris Nabi berikutnya hingga saat ini dan akan berterusan sampai Qiamat. Di dalam sebutan lain, Pewaris Nabi yang dinamakan “Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq” itulah pelopor Ahlus Sunnah dan peneraju Ahlus-Sunnah sepanjang zaman sampai Qiamat.
Allah Ta’ala memilih mereka sebagai Wakil Allah dan Rasul-Nya bagi memimpin Ummat kepada Jalan Lurus, Jalan kebenaran dan kesucian sampai Qiamat.
Firman Allah:
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami;
[Faathir (35) : Ayat 32]
Bersambung siri 665 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment