■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 666)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan....
Cabang: Penegasan Terpenting:
Ahlus Sunnah yang benar dan Ahlus Sunnah yang palsu
Daripada keterangan Al-Qur'an, Hadith dan Ulama Ahlus Sunnah terpercaya sepanjang zaman, amat jelas segala rahsia keselamatan Ummat ini; Golongan yang benar-benar selamat serta dijamin Syurga adalah Golongan yang berdiri teguh dengan pendirian Rasulullah ﷺ dan pegangan para Sahabat ; khususnya Khulafa Ar-Rasyidin. Inilah Ahlus Sunnah wal Jama'ah sedangkan kelompok-kelompok yang faraq (memisahkan diri) dari Saf Ummat telah terjerumus ke dalam kesesatan! Wal Iyazubillah!
Hal tersebut sudah terang bagaikan matahari. Di samping itu, wujud satu persoalan lain yang meruncing berhubung dengan perpecahan Ummat ini, iaitu bagaimana menentukan Ahlus-Sunnah yang benar dengan palsu. Ini kerana selain daripada golongan yang terang-terang sesat dari Jalan Ahlus Sunnah (seperti Syi'ah (rafidhi), Khawarij (wahhabiyyah), Mujassimah, Mu'tazilah dan lain-lain, terdapat beberapa lagi masalah yang besar Ummat ini berhubung dengan menentukan siapakah sebenar Ahlus Sunnah, apakah tanda-tanda mereka, bagaimanakah mengenali mereka, bagaimanakah mengenali golongan penyamar yang bersembunyi, golongan munafiq yang pura-pura dan bagaimanakah untuk mengenali 11 golongan sufi palsu (sebagaimana fatwa Al-Imam Jilani Radhiallahu anhu)? Kemudian wujud lagi golongan sufi palsu zaman ini berjumlah lebih dari 10 kelompok yang mencampur-adukkan fahaman aqal dan cara-cara moden ke dalam Ilmu Tasawwuf serta cuba hidangkan kepada Ummat bahawa ianya Ahlus Sunnah sedangkan ianya pendirian batil.
Orang awam tercari-cari kebenaran kerana semua kelompok yang wujud mengaku merekalah Ahlus Sunnah serta menafikan golongan lain. Sehinggakan setengah Golongan Wahhabiyyah (khawarij) dan Syi'ah (rafidhi) juga mengaku merekalah Ahlus Sunnah yang benar dan lain-lain sebagai batil.
Kepincangan masalah ini tambah meruncing apabila golongan terpelajar tidak ketinggalan dalam kekeliruan ini termasuk Profesor, PhD, Drs, Kiyai pondok, orang alim dan pegawai Agama. Mereka terpengaruh dengan dakyah-dakyah musuh Islam sehingga menjadi sebahagian daripada Golongan yang membawa suara batil dan bertentangan dengan Ahlus Sunnah.
Bagaimanakah cara kamu melepaskan diri dari semua kekeliruan ini?
Bersambung siri 667 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment