■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 659)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
====================
Definisi-Definisi:
=============
Definisi saf ummat
...............................
Dari segi bahasa:
Saf (صف) adalah barisan, golongan
Dari segi istilah:
Saf Ummat adalah Jemaah Ummat Islam secara umum, iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Definisi Mufaraqah
................................
Dari segi bahasa:
Perkataan mufaraqah ( مفارقة ) berasal dari akar kata (فَرَقَ ) faraqa bermaksud pisah, pecah, asingkan diri.
Dari segi istilah:
Memisahkan diri dari Saf Ummat atau Jamaah kaum Muslimin iaitu keluar dari kelompok Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Penjelasan
========
Poin 1:
Berdasarkan keterangan Al-Qur'an, Hadith dan Ijma’ Ulama yang dikehendaki dengan Saf Ummat adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Poin 2
Sebahagian kaum Muslimin mufaraqah (berpecah belah, memisahkan diri) daripada Saf Ummat, iaitu memisahkan diri daripada Ahlus Sunnah Wal Jamaah setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.
Poin 3
Golongan yang berpecah belah mufaraqah (berpecah belah, memisahkan diri) dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah berjumlah 72 Golongan, iaitu Golongan Syi'ah (rafidhi), Khawarij (wahhabiyyah), Mu'tazilah, Jabariyyah, Mujassimah, Musyabbihah dan lain-lain berjumlah 72 golongan.
Poin 4
Pada haqiqatnya, satu-satunya Kelompok Ummat yang berpegang teguh dengan Ajaran Rasulullah ﷺ hanya Ahlus Sunnah Wal Jamaah... mereka tak pernah berpisah dari Cahaya Nubuwah, iaitu Silsilah Rasulullah ﷺ. Ertinya inilah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang mempunyai warisan Nabi ﷺ turun-temurun sampai ke zaman ini tetap berdiri teguh dengan Prinsip Al-Qur'an dan Sunnah Nabi zahir dan batin.
Poin 5
Menurut sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang muhaqqiq, Ahlus Sunnah yang benar berpegang teguh kepada Syari'at dan Toriqat Rasul ﷺ dan berjuang sampai Qiamat.
Berkata Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Golongan pertama adalah yang termasuk ke dalam kumpulan Ahlus Sunnah; iaitu mereka yang mengikuti sepenuhnya Syari’at dan Toriqat. Mereka mematuhi peraturan Quran dan amalan serta peraturan yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah ﷺ. Mereka ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin Agama – iaitu mereka mengerti bukan ikut secara taqlid buta. Mereka beramal dan hidup menurut peraturan Agama, merasainya dan menikmatinya, bukan semata-mata menanggung sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka. Inilah jalan keruhanian yang mereka ikut. Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang. Mereka adalah kaum pencinta Allah yang sebenar!
[Al-Ghunyah Li-Tolibi Toriqil-Haqq]
Bersambung siri 660 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
__________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment