■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 627)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Contoh ke-2 Bid'ah Haram:
Sengaja menambah atau mengurangi bilangan rakaat pada Solat fardhu
Solat fardhu 5 waktu adalah Ibadah khassah yang telah ditentukan waktunya dan kadarnya. Maka haram dan dosa menambah-nambah bilangan rakaat atau menguranginya. Misal seseorang sengaja mengerjakan solat subuh 3 rakaat. Atau Solat Isya' 5 rakaat. Atau solat zohor 3 rakaat dan sebagainya. Semua ini bid'ah sesat kerana bertentangan Al-Qur'an, Hadith dan Ijma Qias Ulama.
Contoh ke-3 Bid'ah Haram:
I'tiqad Allah mempunyai tangan, kaki, mata, telinga
Asalnya ini adalah pegangan golongan Mujassimah. Mereka i'tiqad Allah mempunyai jisim, tangan, kaki, mata, telinga seperti manusia. Pada zaman ini pegangan ini menjadi anutan Golongan Wahhabiyyah.
Contoh ke-4 Bid'ah Haram:
I'tiqad Allah duduk atau menetap atau bertahta di Arasy
I'tiqad bahawa Allah duduk atau menetap atau bersela atau bersimpuh atau bertahta di Arasy atau lain-lain sepertinya adalah bid'ah sesat. I'tiqad seperti ini jelas syirik akbar (besar) kerana menyamakan Allah dengan makhluq. Golongan yang berpegang kepada i'tiqad demikian adalah Golongan Wahhabiyyah (khawarij) dan Mujassimah dan sekutu-sekutu mereka yang jahil.
I'tiqad yang benar menurut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah adalah:
"Allah Istiwa di Arasy dan kaifiyyatnya tidak diketahui.
Berkata Al-Imam Arif Billah Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa di atas 'Arasy tidak diketahui. Maka dilarang bertanya bagaimana Tuhan di Arasy. Bertanya atau membincangkan atau membahaskan cara Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid'ah kesesatan."
[Al Ghunyah]
Catitan penting:
Banyak lagi bid'ah-bid'ah sesat menjadi pegangan Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi) dan lain-lain berjumlah 72 golongan semuanya. Setiap Muslim wajib mengetahui sifat-sifat semua golongan ini agar tidak terjatuh kepada golongan ini tanpa disedari. Dan juga supaya tidak tertipu oleh penyamaran mereka sebagai Ahlus Sunnah.
Bersambung siri 628 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment