■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 628)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Kemusykilan dan Jawapan
Bab Bid'ah
=======================
Sesungguhnya persoalan "bid'ah" telah lama selesai perbincangannya oleh Imam-Imam Ahlus Sunnah yang terpercaya. Pendokong Ahlus Sunnah sudah lama memahami sekalian persoalan "bid'ah" dan hubungannya dengan Aqidah, Ibadah dan Muamalah. Mereka memahami pembahagian perkara bid'ah kepada 5 hukum sebagaimana ketentuan hukum-hukum ini dilakukan oleh Ulama sehingga menjadi ijma' (sepakat) Ulama Ahlus Sunnah:
1. Wajib 2. Sunnat
3. Haram 4. Makruh
5. Harus
Walaupun sudah jelas fatwa Ulama Ahlus Sunnah, tetapi mereka yang ada penyakit dalam hatinya sentiasa cenderung kepada mengikut hawa nafsu dan bisikan Iblis. Mereka sangat berani menghalalkan atau mengharamkan mengikut hawa nafsu mereka dan bisikan teman mereka Iblis La'natullah. Mereka berani mengatakan "ini bid'ah sesat", "ini kafir", "ini syirik" mengikut pendapat sendiri sedangkan telah jelas amaran Allah dan Rasul-Nya bahawa mereka akan jadi habuan Neraka Jahannam.
Firman Allah:
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.
[Al-Isra’ (17) : Ayat 36]
Firman Allah:
وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.
[An-Nahl (16) : Ayat 116]
Sabda Rasulullah ﷺ:
"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"
[Imam Tirmidzi]
Sabda Rasulullah ﷺ:
“Barangsiapa menguraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan."
[Imam Ahmad]
Sabda Rasulullah ﷺ:
"Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam neraka, dan barang siapa yang menafsirkan al-Qur'an dengan akal fikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di dalam neraka."
[Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]
Siapakah orang-orang yang berani tafsirkan ayat-ayat Allah dan Hadith Rasulullah ﷺ mengikut pendapat sendiri walaupun Allah dan Rasul-Nya sudah memberikan amaran sedemikian rupa? Merekalah orang-orang Islam yang menjadi pengikut-pengikut Iblis. Mereka adalah orang-orang jahil yang tidak memahami hakikat Agama. Mereka tiada ilmu nahwu, saraf, mantiq, bayan dan lain-lain yang diperlukan untuk mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith. Mereka tiada llmu ulumul Qur'an dan ulumul Hadith. Ringkasnya mereka TIDAK layak sebagai mujtahid yang layak, tetapi mereka berlagak seperti mujtahid. Dengan hanya berbekalkan beberapa hadith yang mereka hafal, mereka sewenang-wenang mengatakan "ini halal", "ini haram", "ini bid'ah sesat" ikut nafsu dan syaitan.
Siapakah sebenarnya mereka ini?
Pada hari ini mereka menjelma di kalangan Ummat dalam rupa profesor, Drs, mufti, kiyai dan lainnya dengan sijil Universiti yang dimiliki mereka sewenang-wenang menaburkan kebatilan di kalangan Ummat. Orang-orang Islam yang JAHIL mudah saja percaya dengan Prof jahil, ulama-ulama jahil atas alasan mereka mempunyai sijil Universiti.
Bersambung siri 629 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment