■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 629)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Kemusykilan 1:
Ada segolongan cerdik pandai Agama lulusan Universiti memberi "fatwa" semua bid'ah itu sesat dan setiap bid'ah itu masuk neraka. Apakah penjelasan Masyaikh Ahlus Sunnah?"
JAWAPAN:
Menurut Masyaikh Ahlus Sunnah, maksud Hadith Nabi "setiap bid'ah itu sesat dan setiap bid'ah itu dalam Neraka" adalah dituju kepada "perkara baru" yang berlawanan dengan Al-Qur'an dan Sunnah. Jika suatu baru yang diijtihad Ulama bersesuaian dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya, maka ianya masuk kepada beberapa hukum; sama ada ianya menjadi wajib atau sunnat atau harus. (menurut fatwa Ulama Ahlus Sunnah yang benar, bukan pendapat orang jahil)
Menurut Ulama Ahlus sunnah, maksud Hadith "semua bid'ah itu sesat" atau "semua yang bukan berasal dari kami tertolak".... adalah ditujukan kepada semua bid'ah yang berlawanan dengan Al Qur'an atau Hadith atau Ijma Ulama. Inilah pegangan Ahlus Sunnah. Sedangkan golongan Wahhabiyyah menghukum terus semua yang baru sebagai bid'ah sesat.
Berkata Ibn Hajar al-Haythami Radhiallahu Anhu:
(Mujaddid Kurun ke-10 Hijriyyah)
"Maksud Hadith" suatu yang bukan berasal dari kami adalah tertolak" (atau "setiap bid'ah itu sesat") adalah bermaksud....
Perkara baru yang berlawanan dengan hukum agama atau perkara yang tidak ada petunjuk daripada qaidah-qaidah atau dalil-dalil umum agama."
[Fath al-Mubin]
Imam Nawawi, Imam Suyuthi dan Imam-Imam Ahlus Sunnah yang lain mentafsirkan Makna "suatu yang tidak berasal dari kami itu tertolak" sebagai perkara yang berlawanan dengan Petunjuk Al Qur'an dan Sunnah. Iaitu BUKAN semua yang baru itu bid'ah sesat tetapi "perkara baru" yang bertentangan dengan Al-Qur'an atau Hadith atau qaidah-qaidah Agama, maka ini yang dikatakan bid'ah sesat.
Kemusykilan 2:
Sebahagian pelajar berkelulusan di bidang Hadith balik ke negara masing-masing dan mula mengeluarkan " fatwa" semata-mata berdasarkan satu dua hadith. Apakah hukum orang yang mengeluarkan fatwa sedangkan dia tiada kelayakan?
JAWAPAN
Sebagaimana kami huraikan sebelum ini, Fatwa sama ada suatu perkara baru itu bid'ah dholalah atau bid'ah hasanah adalah hak Imam Mujtahid yang benar-benar layak sebagai mujtahid.
"Budak-budak mentah" yang lulus Universiti atau orang-orang tertentu yang dilantik sebagai "mufti" sedangkan mereka tidak langsung menepati syarat-syarat mujtahid tidak layak memberi fatwa. Barang siapa menghukum sesuatu sebagai "bid'ah sesat" sedangkan dia bukan mujtahid maka tanggunglah dosa yang amat berat.
Orang-orang ini hanyalah pengikut syaitan yang menjadi "mainan" pihak tertentu untuk tujuan dunia. Mereka akan menerima balasan buruk yang amat dahsyat sebagaimana amaran Allah dan Rasul-Nya.
Kemusykilan 3:
Beberapa orang Profesor, mufti, ustaz mengeluarkan fatwa bahawa "Zikir kalimah Allah Allah" adalah bid'ah sesat kerana tiada dalil Al-Qur'an menyuruh demikian. Mereka mendakawa Sahabat-sahabat juga tidak berbuat demikian.
JAWAPAN:
Mereka yang menuduh demikian adalah Profesor dan mufti bodoh dari kalangan Wahhabiyyah. Mereka hanya hafal beberapa hadith terus menghukum Zikir Allah Allah itu sebagai bid'ah sesat. Sedangkan kamu perhatikan sekalian _Mujathid_ dan Mujaddid telah memberi fatwa bahawa "Zikir Allah Allah" adalah Ingat Allah dalam hati sebanyak-banyaknya dengan lidah berserta hati atau Ingat Allah semata-mata dalam hati, bahkan Zikir Allah Allah itulah Kalimat Paling Agung yang menerbitkan Cahaya Iman dalam hati.
Bersambung siri 630 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment