■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 533)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 64:
Buka 'aib diri sendiri
..... sambungan.........
Dalil-Dalil
=========
Dalil 1: Rasulullah ﷺ bersabda:
كُلُّ أُمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ
"Setiap Ummatku di-Kurniakan Keampunan melainkan golongan “ الْمُجَاهِرِينَ " _al-mujahirin_ (zahirkan dosa yang tertutup). Sesungguhnya di antara perbuatan _mujaharah_, terang-terang melakukan kekejian dan dosa adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini." Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Dalil 2: Rasulullah ﷺ bersabda:
“Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil, sebab jika ia berkumpul dalam diri seseorang, ia akan membinasakannya.”
[Imam Ahmad]
Dalil 3: Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam. ”
[Imam Ibn Majah]
Dalil 4: Rasulullah ﷺ bersabda:
“Dari Ibnu ‘Abbas Radhiallahu anhuma bahawa Rasulullah ﷺ ditanya tentang dosa besar. Lalu Baginda bersabda : “Menyekutukan Allah, putus asa dari Rahmat Allah, dan merasa aman dari Makar (muslihat dan hukuman) Allah.”
[Imam Ath-Thabrani]
Dalil 5: Rasulullah ﷺ bersabda:
“Wahai Aisyah, takutlah engkau terhadap dosa-dosa kecil, kerana ia akan dimintai pertanggungjawaban di hadapan Allah.”
[Imam Ad-Darimi]
Bersambung siri 534 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment