■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 509)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-61:
Penjilat - mudahanah (المداهنة)
....sambungan.....
Dalil 2: Firman Allah:
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (2) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (3) وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (4) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (5) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6)
Katakanlah, "Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah men]adi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untuk kamu agama kamu, dan untuk aku agamaku.”
[Al-Kaafirun (109) : Ayat 1-6]
Asbab-an-Nuzul (sebab turun ayat)
=========================
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:
"Kaum kafir Quraisy ketika itu berkata kepada Rasulullah ﷺ, "kami akan memberikan harta apa sahaja yang kamu minta, sehingga menjadi orang paling kaya di kota Makkah, dan kami juga akan berikan wanita yang kamu ingin nikahi, dan kami juga akan berjalan di belakang kamu (kiasan merendahkan diri) asalkan kamu berhenti mengutuk Tuhan-tuhan kami. Apabila kamu tidak juga mahu melakukannya, maka kami akan menawarkan satu hal yang dapat mendatangkan perdamaian antara kita semua, iaitu kamu menyembah tuhan-tuhan kami, Latta dan uzza selama setahun, dan kemudian kami pula menyembah Tuhan kamu selama setahun. Kemudian turun ayat ini."
[Tafsir Ibnu Abbas]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
Ibnu Ishak dan Ulama lainnya meriwayatkan dari Ibnu Abbas, sebab turun ayat ini adalah: Ketika beberapa pemuka Quraisy, di antaranya Al-Walid bin Mughirah, Al-'As bin Wail, Al-Aswad bin Abdul Muttalib dan Umayyah bin Khalaf bertemu Rasulullah ﷺ, dan berkata : "Wahai Muhammad, kami setuju dengan ajakanmu untuk menyembah Tuhan yang engkau sembah, namun dengan syarat kamu juga harus menyembah Tuhan yang kami sembah. Dengan demikian kami dan kamu dapat berbahagi dalam segala hal, maksudnya apabila ajaran yang kamu bawa lebih baik daripada yang kami percayai maka kami akan berusaha mengikutimu dan kami pasti akan mendapat apa yang kami usahakan. Dan apabila yang kami percayai ini lebih baik dari ajaran yang kamu bawa, maka kamu sudah berusaha untuk ikut bersama kami, maka kamu pasti akan menerima dari hasil usaha kamu." Lalu turun Firman Allah ini.
Bersambung siri 510 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment