Monday, August 19, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 450)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

....... sambungan.....



Mursyid PALSU

(Sufi PALSU, Ahli Ma'rifat PALSU)

============================


Setelah kami paparkan Dalil-dalil kewujudan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (sebenar) dan kewajipan setiap Muslim mencari dan mengikuti mereka, berserta dengan syarat-syarat dan tanda-tanda Mursyid yang Benar yang dapat disaksikan sendiri oleh hamba-hamba Allah yang jujur hatinya, maka di samping semua maklumat tersebut setiap Muslim wajib juga waspada terhadap “Mursyid Palsu” atau “Sufi Palsu” yang berlagak seperti Mursyid tetapi hakikatnya mereka hanya pura-pura untuk menipu daya Ummat yang lemah.  Tujuan mereka tidak lain melainkan memenuhi keinginan peribadi dan mengaut keuntungan dunia yang hina.


Keaslian dan kebenaran akan sentiasa menghadapi kepalsuan dan kebatilan...!


Bagi setiap kebaikan dan kecemerlangan yang Allah Ta’ala Ciptakan bagi manusia, pasti ada musuh dan kejahatan yang tersembunyi disebaliknya yang cuba menghalang dan menyelewengkannya kepada kebatilan dan kesesatan.  Zahirnya terlihat seperti kemuliaan dan kebenaran sedang pada hakikatnya ia adalah kepalsuan yang membawa kepada kesesatan dan kekafiran.


Musuh tersembunyi yang sangat licik di dalam menerbitkan kepalsuan di dalam Agama adalah iblis La’natullah.  Iblis sentiasa membayangi manusia (terutama orang Islam) dan menerbitkan “kepalsuan-kepalsuan” sehingga manusia awam menyangka ianya kebenaran.  Iblis akan datang dari segala arah dan dengan berbagai penyamaran dan tipu daya yang mempersonakan sehingga manusia terpedaya dan jatuh kepada kesesatan dan kekufuran tanpa disedarinya.


Sejarah Ummat Islam buktikan kenyataan ini.  Banyak sekali orang Islam termasuk “orang alim” (iaitu alim yang hanya mahir di dalam Syari’at  semata-mata) jatuh tersungkur kepada perangkap iblis ini.  Mereka tak kenal iblis dan tipu daya dia sangat halus, akibatnya mereka terpedaya dan mengikut iblis ke gerbangnya.


Firman Allah :


الَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ  ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ 


“Iblis berkata:  Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.“

[Al-A’raf (7) : Ayat 16-17]


Firman Allah :


قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk, keji, ma’siat, kemungkaran) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas.” 

[Al-‘Hijr (15) : Ayat 39-40]


Bersambung siri 451 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 514) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...