Monday, August 19, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 457)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

....... sambungan.....



(7)  Golongan  Menyedut Tenaga dan Ruh Alam

Golongan ini mengambil konsep Reiki, Cakra, Kundalini dan lain-lain   sebangsa dengannya melakukan meditasi menyatukan tenaga dalam badan dengan tenaga alam, lalu mendakwa boleh membawa kepada Tuhan.  Mereka mengambil konsep tersebut ubah suai dengan ayat Qur’an.  Kemudian mendakwa boleh mencapai Ma’rifat.  Sangat besar penipuan mereka. 


(8)  Golongan Ilmu Tapak Tangan Ajaib

Ini adalah golongan yang amalkan wirid tertentu untuk mengeluarkan tenaga dari tapak tangan untuk penyembuhan penyakit.  Kata mereka tapak tangan mempunyai kuasa Kalimah Sakti yang berupaya sembuhkan berbagai penyakit.


(9)  Pengkaji Toriqat dan Ma’rifat

Golongan ini hanya sibuk mengkaji tanpa sebarang amal ibadah yang disyari’atkan.  Mereka mengkaji sendiri kitab-kitab sufi yang tinggi lalu berbahas menurut aqal dan nafsu mereka. 


Mereka mendakwa maklumat berkenaan Toriqat yang ada padanya sahaja yang benar dan selain mereka sebagai sesat.  Mereka menuduh kaifyyat zikir  pada Toriqat yang Mu’tabar sebagai sesat sedangkan mereka hanyalah professor-profesor bodoh yang berbahas menurut pemikiran aqal yang sempit dan bisikan nafsu dan iblis.  Mereka tak pernah berguru dengan Pewaris Nabi yang Siddiq dan tak pernah menempuh sendiri perjalanan kepada Allah menurut Disiplin Ahli Ma’rifat, tetapi sangat berani mendakwa diri sebagai pemegang kebenaran.  Tiada syak lagi mereka adalah pasukan iblis yang membawa kekacauan kepada orang awam atau masyarakat Islam yang  masih di dalam kebingungan memahami Hakikat Agama. 


(10) Ilmu Martabat Tujuh sesat

Golongan ini meniru Tujuh Tingkatan Ma’rifat menurut Ahlus Sunnah dan menyelewengkannya kepada kebatilan.  Mereka melukis rajah-rajah anggota kemaluan lelaki dan wanita lalu kaitkan-nya dengan Ma’rifat.  Menurut mereka sesiapa yang sudah menghafal dan memahami lukisan-lukisan tersebut, maka itulah haqiqat dan Ma’rifat.  Jelas sekali pembohongan dan kesesatan mereka.


(11)Golongan Mahdi palsu

Menuju Akhir Zaman, bangkit kelompok-kelompok di berbagai sudut dunia mengaku pemimpin mereka sebagai Imam Mahdi.  Kesemuanya sudah mati.  Kesemua manusia yang mengaku Imam Mahdi semuanya sudah mati dan kumpulannya binasa, kecuali satu atau dua kelompok masih percaya pemimpin mereka yang sudah mati akan bangkit  menjadi Imam Mahdi.  Pegangan mereka telah menyalahi Ijma’ Ulama, maka masuklah mereka ke dalam kelompok sesat. 



Demikianlah sebahagian daripada kelompok-kelompok tersesat di dalam ilmu keruhanian yang wujud pada zaman ini.  Mereka mendakwa sebagai kelompok Tasawwuf bahkan setengah murid-muridnya mencanangkan gurunya sebagai Mursyid agung tetapi ternyata mereka hanya pencari publisiti murahan dan dunia yang hina.  Mereka tersangat berani mempermainkan Jalan Ma'rifat yang suci. 


Jika diteliti, kebanyakan kelompok ini mempunyai sifat-sifat kelompok sesat yang disebutkan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu.  Wal Iyazubillah.


Orang awam yang mencari-cari kebenaran dan Mursyid dan Toriqat Ahlus Sunnah tersalah masuk ke dalam kelompok-kelompok sesat ini kerana wujud “penyamaran” iaitu wujud golongan-golongan yang menyamar sebagai Ahli Sufi dengan menggunakan istilah-istilah Ahli Sufi.  


Anehnya, sebahagian daripada kelompok-kelompok sesat ini turut didokong oleh golongan terpelajar seperti Profesor dan cerdik pandai Agama.


Jika kamu bertanya apa cara untuk selamat dari tipu daya Golongan Sufi PALSU, berikut kami nukilkan panduan yang jelas dari Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu.


Bersambung siri 458 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 514) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...