■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 490)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 59:
Tidak menjawab Solawat Nabi ﷺ
=========================
Definisi
======
Dari segi bahasa:
Solawat ( صَلَوَات ) merupakan jamak (_plural_) dari kata Solat ( صَلَاة ), iaitu Solat-solat yang berbilang-bilang atau berbagai jenis solat.
Solat ( صَلَاة ) berasal dari kata solla,yusolli , solatan — ( صلّى, يصلّي, صلاة), yang membawa maksud doa, permohonan, penghormatan, limpahan kebaikan.
Maka Solawat ( صَلَوَات ) adalah pemohonan, doa-doa, penghormatan, limpahan kebaikan
Dari segi istilah:
Solawat ( صَلَوَات ) adalah suatu bentuk ibadah memohon kepada Allah, agar Allah Ta'ala melimpahkan Rahmat, Keberkatan dan Kemuliaan ke atas Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. Ia merupakan suatu bentuk penghormatan dan kemuliaan yang khusus bagi Baginda.
Penjelasan:
========
Penjelasan 1:
Allah Ta'ala Mengurniakan Penghormatan dan Kemuliaan Khusus kepada Rasulullah ﷺ dengan menjadikan sebutan "Solawat ke atas Baginda" oleh Diri-Nya sendiri (sebagai Anugerah Kemuliaan dan Ketinggian Darjat Baginda berbanding sekalian makhluq Ciptaan-Nya), para Malaikat-Nya (bermaksud doa-doa Malaikat ke atas Baginda Nabi ﷺ) dan sekalian orang Mukmin (Permohonan orang beriman kepada Allah) sehingga Qiamat.
Penjelasan 2:
Solawat kepada Rasulullah ﷺ mempunyai tiga sisi:
Sisi 1: Solawat ( صَلَوَات ) dari Allah kepada Rasulullah ﷺ
Ini adalah bermaksud: Pujian, Kemuliaan dan Limpahan Rahmat Allah kepada Baginda.
Sisi 2: Solawat ( صَلَوَات ) dari Malaikat kepada Rasulullah ﷺ
Ini adalah bermaksud: Doa permohonan Malaikat kepada Allah agar di-Limpahkan Rahmat-Nya ke atas Junjungan Rasulullah ﷺ.
Sisi 3: Solawat ( صَلَوَات ) dari orang beriman kepada Rasulullah ﷺ.
Ini adalah suatu bentuk penghormatan dan pengagungan kepada Rasulullah ﷺ berserta permohonan kepada Allah agar menambahkan lagi kemuliaan dan Rahmat-Nya ka atas Baginda.
Penjelasan 3:
Tiada seorang Nabi pun diberikan Kemuliaan tersebut menunjukkan keunggulan Rasulullah ﷺ mengatasi sekalian Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi.
Bersambung siri 491 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳