Wednesday, May 15, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 344)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47

Merencanakan Kejahatan

...... sambungan.....




Contoh 4: Makar (propaganda jahat) wujudkan Ahlus Sunnah Palsu


Di antara makar (propaganda jahat) kafir harbi lagi adalah melakukan Propaganda mewujudkan "Ahlus Sunnah Palsu". Sekurang-kurangnya tiga Golongan yang mengaku Ahlus Sunnah padahal mereka adalah Golongan ghuluww yang memusuhi Ahlus Sunnah:


(1) Syi'ah (rafidhi)

(2) Wahhabiyyah (khawarij zaman moden)

(3) Sekular (liberal)


Contoh 5: Makar (propaganda jahat) mengubah kandungan kitab Imam-Imam Ahlus Sunnah


Wahhabiyyah atau namanya Najdiyyah atau namanya ISIS atau namanya Salafi atau nama-nama lain yang bersekutu dengan doktrin Wahhabiyyah yang berpusat di Arab Saudi telah melakukan pemalsuan Kitab Ahlus Sunnah.


Mereka tidak sedikit pun takut mengubah, menambah atau hapuskan terus kandungan Kitab Ahlus Sunnah demi mempertahankan doktrin BATIL Wahhabiyyah.  Golongan bid'ah sesat ini mengambil langkah terbaru ini setelah gagal meyakinkan Ummat Islam akan ajaran mereka.


Jangan lupa :  Golongan Wahhabiyyah adalah jelmaan daripada fahaman sesat Khawarij dan campur aduk dengan fahaman Mujassimah.  Golongan ini telah difatwakan sesat oleh kesemua Imam Ahlus Sunnah pada zaman kebangkitannya di Arab Saudi pada kurun ke -12 Hijriyyah.  Demkian pendirian Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar sepanjang zaman telah memfatwa sesat pada golongan ini.


Menurut kajian Ahlus Sunnah lebih 300 judul kitab Ahlus Sunnah telah dipalsukan.  Di antara kitab- kitab penting Ahlus Sunnah yang dipalsukan oleh Wahhabiyyah...


  1.  KItab Hadith Bukhari

  2.  KItab Hadith Muslim

  3.  Kitab Hadith Tirmizi

  4.  Kitab Hadith Imam Abu Dawud

  5.  Kitab Hadith Imam Ahmad

  6. Kitab Hadith Ibn Majah

  7. Kitab Hadith An-Nasai

  8. Kitab Muwatta Imam Malik

 9. Kitab Ibanah 

10. Fathu Bari — Syarah Sahih Bukhari

11. Syarah Sahih Muslim

12. Tafsir Ruhul Ma'ani

13. Tafsir Tabari

14. Tafsir Qurtubi

15. Hasyiah Asy-Syawi

16. Hasyiah Ibn Abidin

17. Majmoo Fataawa

18. Diwaan Imam Shafie

19. An Nassehah Imam Hanafi

20. Tabaqat Ibn Saad


Golongan Wahhabiyyah tidak sedikit pun takut melakukan propaganda jahat ini kerana hati mereka sudah dikuasai Iblis.  Wal Iyazubillah. 


Bersambung siri 345 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 343)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47

Merencanakan Kejahatan

...... sambungan.....




Contoh-Contoh:

==============



Contoh 1: Makar (propaganda jahat) kafir Harbi melabelkan Islam sebagai Agama pengganas.


Di antara makar (propaganda jahat) Kafir Harbi Yahudi, kristian dan sekutu-sekutu mereka hapuskan Islam adalah dengan cara propaganda melabelkan Islam sebagai ajaran melampau dan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas supaya manusia tidak memeluk Islam.  Sedangkan hakikatnya puak-puak yahudi, kristian dan sekutu-sekutu merekalah yang sebenar-benar pengganas dan pengikut Iblis La'natullah.  Sejarah menulis dengan darah Nabi dan syuhada akan kejahatan kaum yahudi yang memusuhi sekalian Nabi-Nabi yang Allah Utuskan kepada manusia. 


Contoh 2: Makar (propaganda jahat) kafir harbi menggantikan Undang-Undang Allah dengan undang-undang Kafir


Asalnya ini adalah propaganda Yahudi, kristian dan kafir Harbi yang lain.  Kemudiannya disokong oleh orang-orang "bernama Islam" dari kalangan pemerintah, ahli politik, golongan terpelajar dan orang awam jahil sehingga akhirnya demokrasi, kapitalisma, socialisma diterima sebagai cara hidup mereka menggantikan Syari'at Allah. 


Contoh 3: Makar (propaganda jahat) hapuskan Toriqat


Sebahagian dari makar (rancangan jahat, propaganda jahat) Yahudi, Nasrani dan kafir Harbi adalah hapuskan Toriqat (Tasawwuf).  Mereka menggunakan orang-orang Islam sendiri dari kalangan ahli politik, alim fekah, kiyai, muallim, hafiz Qur'an, PhD, Drs, Profesor untuk sebarkan dakyah jahat bahawa Toriqat tu sesat.  Maka berlumba-lumbalah ustaz-ustazah moden, profesor jahil, mufti jahil,  mengeluarkan "fatwa" menurut nafsu dan Iblis bahawa Toriqat itu sesat, tahyul, khurafat dan sebagainya.  Wal Iyazubillah.  


Sebagaimana kami jelaskan berulang-ulang di dalam risalah-risalah kami, menurut I'tiqad dan pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ adalah dua macam Ilmu yang bersumber dari Wahyu Ilahi yang WAJIB dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang yang mengaku beriman.


Syari'at menjelaskan kepada kamu ilmu dan amal yang berkaitan dengan zahir perbuatan dan perkataan manusia.  Sedang Toriqat menjelaskan tentang ilmu dan amal berkaitan dengan hati, penyakit-penyakit hati, nafsu-nafsu jahat, kesyirikan dalam hati dan cara-cara hapuskan kejahatan hati sehingga seseorang menjadi hamba Allah yang sejati. 


Akibat dari makar propaganda jahat ini nama Toriqat menjadi buruk pada pandangan kebanyakan orang Islam.  Akibatnya kebanyakan orang Islam awam hanya amalkan Syari'at (fiqh) semata-mata sedangkan Toriqat (Tasawwuf) diabaikan. Bahkan lebih buruk lagi,  ramai ingkar akan wujudnya Toriqat yang diwarisi daripada Rasulullah ﷺ oleh Sahabat dan Ulama Ahlus Sunnah yang terpercaya. Sebahagian lagi yang buta menentangnya atau mencercanya atau menghinanya.  Betapa bodohnya golongan ini.  Mereka "menggali kubur" sendiri tetapi mereka tidak menyedarinya.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 344 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 342)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47

Merencanakan Kejahatan

...... sambungan.....




Dalil 4 : Rasulullah ﷺ  bersabda:

"Dari Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu anhu berkata, bahawa Nabi ﷺ  bersabda : “Sesungguhnya seorang Mu'min (ketika) ia melihat dosa-dosanya, adalah seperti dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya.  Sedangkan seorang fajir (gemar buat ma'siat dan kekejian), ketika dia melihat dosa-dosanya adalah seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang (memandang remeh akan dosa).” 

Abu Syihab (salah seorang perawi Hadith) mengisyaratkan dengan tangannya di atas hidungnya.

[Imam Bukhari]


Ibnu Abi Jamrah Radhiallahu anhu:

“Sebabnya adalah, kerana hati seorang Mu'min itu diberi cahaya. Apabila dia melihat pada dirinya ada sesuatu yang menyelisihi hatinya yang diberi cahaya, maka hal itu menjadi berat baginya. Hikmah perumpamaan dengan gunung iaitu apabila musibah yang menimpa manusia itu selain runtuhnya gunung, maka masih ada kemungkinan mereka selamat dari musibah-musibah itu.  Lain halnya dengan gunung, jika gunung runtuh dan menimpa seseorang, umumnya dia tidak akan selamat.  Kesimpulannya bahawa rasa takut seorang Mu'min (dosa dan Kemurkaan Allah) itu mendominasinya, kerana kekuatan Imannya menyebabkan dia tidak merasa aman dari hukuman itu. Inilah keadaan seorang Mu'min, dia selalu takut (Kemurkaan dan Siksaan Allah) dan melakukan muraqabah kepada Allah.  Dia menganggap kecil amal solehnya dan khuatir terhadap amal buruknya yang kecil”.

[Tuhfatul Ahwazi]



Dalil 5: Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Ya Allah, Anugerahkan kepada kami rasa takut kepada-Mu yang membatasi antara kami dengan perbuatan ma'siat kepada-Mu dan berikanlah (taufiq kepada kami, agar dapat melaksanakan) ketaatan kepada-Mu, yang dapat menghantarkan kami ke Syurga-Mu dan Anugerahkanlah keyakinan (akan balasan-Mu) sehingga akan menyebabkan ringan bagi kami segala musibah di dunia ini.”

[Imam Tirmizi]


Berkata Ibnu Mas'ud Radhiallahu anhu:

“Dosa besar yang paling besar adalah menyekutukan Allah, merasa aman dari makar (muslihat dan Kemurkaan) Allah, putus asa terhadap Rahmat Allah, dan putus harapan terhadap kelapangan dari Allah.”

[Imam Ath-Thabrani]


Bersambung siri 343  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 342)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47

Merencanakan Kejahatan

...... sambungan.....




Dalil 4 : Rasulullah ﷺ  bersabda:

"Dari Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu anhu berkata, bahawa Nabi ﷺ  bersabda : “Sesungguhnya seorang Mu'min (ketika) ia melihat dosa-dosanya, adalah seperti dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya.  Sedangkan seorang fajir (gemar buat ma'siat dan kekejian), ketika dia melihat dosa-dosanya adalah seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang (memandang remeh akan dosa).” 

Abu Syihab (salah seorang perawi Hadith) mengisyaratkan dengan tangannya di atas hidungnya.

[Imam Bukhari]


Ibnu Abi Jamrah Radhiallahu anhu:

“Sebabnya adalah, kerana hati seorang Mu'min itu diberi cahaya. Apabila dia melihat pada dirinya ada sesuatu yang menyelisihi hatinya yang diberi cahaya, maka hal itu menjadi berat baginya. Hikmah perumpamaan dengan gunung iaitu apabila musibah yang menimpa manusia itu selain runtuhnya gunung, maka masih ada kemungkinan mereka selamat dari musibah-musibah itu.  Lain halnya dengan gunung, jika gunung runtuh dan menimpa seseorang, umumnya dia tidak akan selamat.  Kesimpulannya bahawa rasa takut seorang Mu'min (dosa dan Kemurkaan Allah) itu mendominasinya, kerana kekuatan Imannya menyebabkan dia tidak merasa aman dari hukuman itu. Inilah keadaan seorang Mu'min, dia selalu takut (Kemurkaan dan Siksaan Allah) dan melakukan muraqabah kepada Allah.  Dia menganggap kecil amal solehnya dan khuatir terhadap amal buruknya yang kecil”.

[Tuhfatul Ahwazi]



Dalil 5: Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Ya Allah, Anugerahkan kepada kami rasa takut kepada-Mu yang membatasi antara kami dengan perbuatan ma'siat kepada-Mu dan berikanlah (taufiq kepada kami, agar dapat melaksanakan) ketaatan kepada-Mu, yang dapat menghantarkan kami ke Syurga-Mu dan Anugerahkanlah keyakinan (akan balasan-Mu) sehingga akan menyebabkan ringan bagi kami segala musibah di dunia ini.”

[Imam Tirmizi]


Berkata Ibnu Mas'ud Radhiallahu anhu:

“Dosa besar yang paling besar adalah menyekutukan Allah, merasa aman dari makar (muslihat dan Kemurkaan) Allah, putus asa terhadap Rahmat Allah, dan putus harapan terhadap kelapangan dari Allah.”

[Imam Ath-Thabrani]


Bersambung siri 343  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 341)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47

Merencanakan Kejahatan

...... sambungan.....



Dalil 3: Firman Allah:


أَفَأَمِنُواْ مَكْرَ اللّهِ فَلاَ يَأْمَنُ مَكْرَ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ


“Maka apakah mereka merasa aman dari 'Azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dari 'Azab Allah (Makar Allah) kecuali orang-orang yang merugi.” 

[Al-A'raf (7) : ayat 99]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

"Maksud  " مَكْرَ "  (Makar — tipu daya) adalah bermaksud Azab, iaitu Azab Allah,  yang datangnya  tanpa di- sangka-sangka. Perkataan " خَاسِرُونَ " (Khasirun - rugi) adalah bermaksud kafir kepada Allah."

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Ungkapan  " مَكْرَ "  (Makar) adalah tipu daya, namun pada ayat ini bermakna Azab dari Allah.  Atau boleh juga bermaksud "balasan dari tipu daya mereka".  Ada yang lain berpendapat makna dari kata  " مَكْرَ "  di sini bermaksud memberi ni'mat dan kesihatan agar mereka terlena (di dalam kekufuran)."

[Tafsir Al-Qurtubi]


Penjelasan Tambahan:

1. Firman Allah di atas menggunakan istilah "makar" iaitu tipu daya.  Maksud Allah Ta'ala membalas tipu daya mereka dengan tipu daya-Nya, adalah :  Allah Ta'ala membiarkan mereka di dalam kefasikan dan kekufuran dengan memberikan mereka ni'mat harta kekayaan yang bertambah-tambah.  Mereka menyangka diri mereka orang yang dikasihi Allah disebabkan limpahan harta atau kesihatan yang baik atau pangkat duniawi atau kesenangan duniawi yang lain, sedangkan semua kesenangan itu merupakan istidraj  (Allah Ta'ala membiarkan mereka di dalam sangkaan mereka sehingga mendatangkan azab dengan mengejut). 


2. Ibn Abbas mentafsirkan "khosirun" dengan makna kafir. Ertinya orang yang memusuhi Agama Allah, menaburkan fitnah dan merancang untuk membinasakan Agama Allah adalah sifat orang kafir dan munafiq.  Ertinya tak mungkin mereka itu orang beriman sehingga hal ini menjadi tanda-tanda kemunafikan di dalam diri seseorang yang mengaku Islam.  


Bersambung siri 342  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 340)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47

Merencanakan Kejahatan

...... sambungan.....



Dalil-dalil Penting


Dalil 2: Firman Allah:


وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ


“Dan (ingatlah), tatkala orang-orang kafir (Quraisy) membuat makar terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu.  Mereka berbuat makar dan Allah menggagalkan makar itu.  Dan Allah lah pembuat makar yang terbaik.” 

[Al-Anfal (8) : ayat 30]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

"Abu Jahal dan sekutu-sekutunya merencanakan rancangan jahat di Darun-Nadwah untuk memenjarakan Rasulullah ﷺ atau membunuh Baginda atau halau Baginda dari Makkah, namun Allah merancang Tipu daya untuk gagalkan mereka dan merancang hapuskan mereka  (kaum Kafir Quraisy) di Perang Badar."

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Dan Ingatlah Wahai Rasul paling sempurna, penyelamatan dan Pertolongan Kami kepadamu, ketika orang kafir Qurasiy berkumpul membicarakan hal berkaitan denganmu di Dar-an-Nadwah, merencanakan tipu daya  untuk membinasakan dan menghancurkanmu, memenjarakan engkau di rumah yang sangat tersembunyi atau membunuhmu beramai-ramai agar tidak ada seorang pun yang menjadi tersangka, atau mengusirmu dari Makkah dengan membawamu keluar untuk dibunuh beramai-ramai.  Dan ringkasnya orang-orang kafir derhaka yang menginginkan kematianmu.  Sedang Allah Yang Maha Mengawasimu gagalkan tipu daya  mereka dan menyelamatkan dan menolongmu dari tangan mereka.  Maka Allah Gagalkan makar (rencana jahat dan tipu daya) mereka dan mengeluarkanmu antara mereka dengan selamat.  Dan Allah Maha Melihat segala tipu daya mereka dan Allah Yang Paling Keras dan Paling Kuat Pengaruh dan kekuatan-Nya."

[Tafsir Imam Jilani]


Penjelasan tambahan

1. Menjadi Sunnatullah, setiap Rasul yang di-Utuskan oleh Allah akan dimusuhi oleh kaumnya sendiri.  Demikian terjadi kepada Junjungan Rasulullah ﷺ menghadapi kaum Baginda sendiri dari kalangan Kafir Quraisy yang enggan beriman sebaliknya merancang untuk membunuh Baginda.


2. Permusuhan orang kafir (termasuk fasiq dan munafiq) terhadap Islam tidak terhenti pada hayat Rasulullah ﷺ tetapi akan berterusan sampai Qiamat.  Ertinya permusuhan ini bukan hanya berlaku pada hayat Rasulullah  ﷺ semata-mata, tetapi akan berlanjutan sepanjang zaman sampai Qiamat.  Musuh-musuh Allah dari kalangan kafir, fasiq dan munafiq akan tetap wujud sepanjang zaman kemudian daripada Rasulullah ﷺ untuk hapuskan Agama Allah di atas muka bumi.


3. Musuh-musuh Allah (jinn dan manusia) sentiasa bekerjasama merancang tipu daya, konspirasi, agenda jahat agar Agama Allah terhapus dari muka bumi. 


4. Betapa hebat pun mereka (musuh-musuh Allah) berusaha melalui taktik halus untuk hapuskan Agama Allah, mereka tidak akan berjaya kerana Allah Ta'ala Maha Memelihara Agama-Nya.  Dan kesudahannya adalah: Kemenangan untuk orang beriman dan kebinasaan bagi golongan kafir, fasiq dan munafiq. 


Bersambung siri 341  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 339)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47

Merencanakan Kejahatan

...... sambungan.....



Dalil-dalil Penting

===============


Dalil 1: Firman Allah:


 وَمَكَرُوْا وَمَكَرَ اللّٰهُ وَاللّٰهُ خَيْرُ الْمٰكِرِيْنَ  


"Mereka (orang-orang kafir) membuat tipu daya, maka Allah pun membalas tipu daya. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

[Aali Imran (3): ayat 54] 


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

"Orang kafir Yahudi merencanakan tipu daya (makar) untuk membunuh Nabi Isa Alaihis-salam sedang Allah juga Merancang Tipu daya-Nya terhadap kafir Yahudi untuk gagalkan rencana jahat mereka.  Allah Ta'ala Merancang untuk selamatkan Nabi 'Isa dan membunuh seorang dari Yahudi (menggantikan tempat Nabi Isa dengan orang Yahudi sehingga orang yang mereka bunuh adalah kalangan mereka sendiri)"

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Orang-orang kafir merencanakan pembunuhan terhadap Nabi Isa Alihis-salam dengan menyuruh seseorang membunuh Baginda. Sedang Allah Membuat Tipu daya terhadap mereka.  Allah selamatkan Nabi Isa dengan mengangkat Baginda ke langit, lalu Dia (Allah) membuat orang yang berniat membunuh Baginda menjadi terlihat mirip dengan Nabi Isa Alaihis-salam, sehingga orang itu pun mati sia-sia kerana orang kafir mengira dia adalah Isa 'Alaihis salam.  Padahal pada saat itu Allah telah mengangkat Baginda ke langit.  Allah yang Maha Membalas (Makar Allah) siapa pun berbuat zalim demi membela siapa pun menjadi korban kezaliman.  Allah adalah Pembuat Tipu daya paling hebat bagi orang yang ingin membunuh Nabi Isa."

[Tafsir Al-Jilani]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Orang kafir Yahudi merancang untuk menyerang dan membunuh Nabi Isa Alihis Salam.  Orang-orang kafir Yahudi yang berkumpul di luar rumah Nabi Isa menyuruh seseorang dari kalangan mereka untuk masuk ke rumah tersebut dan membunuh Nabi Isa.  Namun dia tidak menemui Nabi Isa, lalu Allah menyerupakan orang tersebut dengan Nabi Isa.  Ketika dia keluar rumah tersebut, orang Yahudi yang menunggu di luar melihat "Nabi Isa" yang keluar, maka mereka pun menangkapnya, membunuhnya dan menyalibnya.  Namun setelah orang itu disalib mereka berkata : "wajah orang ini sama dengan Nabi Isa, akan tetapi badannya mirip dengan anggota kita.  Apabila orang ini benar-benar anggota kita, lalu ke manakah Isa? Dan apabila orang ini benar-benar 'Isa, ke manakah orang kita yang masuk ke dalam rumah tersebut?" Lalu mereka saling menyalahkan dan saling berbunuhan."

[Tafsir Qurtubi]


Penjelasan tambahan:

1. Orang kafir, fasiq dan munafiq (dari kalangan jinn dan manusia) sentiasa bersekutu untuk melakukan rencana jahat (makar) untuk memadamkan Cahaya Allah dengan berbagai taktik, agenda, propaganda, konspirasi jahat sepanjang zaman sampai Qiamat. Puak-puak kafir, fasiq dan munafiq ini tidak akan berhenti.   Hal ini adalah Sunnatullah (ketetapan Allah, Taqdir-Nya yang Azali).


2. Betapa hebat pun konspirasi jahat direncanakan oleh orang-orang kafir untuk menentang Agama Allah dan memadamkan Cahaya Allah , mereka takkan berjaya.  Ini kerana Makar Allah (rencana Tipu daya  Allah) lebih hebat dan Agung membatalkan segala makar orang kafir, fasiq dan munafiq. 


3. Kadangkala orang kafir, fasiq dan munafiq kelihatan mencapai kejayaan pada zahir pandangan, tetapi ianya hanyalah sebagai Tipu daya  Allah terhadap mereka agar bergembira seketika dengan sangkaan mereka benar, sedangkan akhirnya mereka akan menerima kebinasaan dengan bala Allah yang tiada terperi sakitnya. Dan di Akhirat menanti balasan Neraka yang abadi bagi mereka. Wa Iyazubillah.


4. Orang yang benar-benar beriman akan tetap beruntung dan mencapai kejayaan di dunia dan Akhirat meskipun mereka membunuh atau terbunuh ketika musuh-musuh Allah menyerang mereka. 


Bersambung siri 340  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 338)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47

Merencanakan Kejahatan

...... sambungan.....



(8) Orang-orang yang mengaku Islam tetapi melakukan "makar" (rancangan jahat, tipu daya, helah licik untuk memerangi Ummat Islam dan ajaran Islam seluruhnya)  terhadap Ummat Islam terdiri dari beberapa golongan :


Pertama : 

Pemerintah zalim dan fasiq (raja, sultan, perdana menteri, presiden atau berbagai nama pada zaman ini). 


Kedua: 

Pembesar-pembesar, pegawai-pegawai yang menjadi kaki tangan kepada pemerintah fasiq.


Ketiga: 

Ulama-ulama As-Su' (jahat) yang memberi fatwa sesuai menurut Pemerintah fasiq.


Keempat: 

Golongan sesat — Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (khawarij), Mujassimah dan lain-lain berjumlah 72 golongan. 


Kelima: 

Orang awam yang jahil, penyokong buta yang tidak dapat bezakan haq dan batil. 


(9) "Makar" yang dilakukan oleh golongan kafir dan munafiq BUKAN hanya terhenti pada peperangan seperti yang dilakukan oleh puak-puak Yahudi di timur tengah, tetapi "makar" yang lebih halus yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah meliputi seluruh kehidupan; politik, ekonomi, pendidikan, pemakanan, budaya, pergaulan, pakaian, dan agenda yang terbaru adalah melalui perubatan.


(10) Di antara agenda, konspirasi, tipu daya jahat golongan Wahhabiyyah (khawarij) pada zaman ini untuk memerangi Ahlus Sunnah adalah "palsukan kitab Ulama Ahlus Sunnah" dan menerbitkan kitab PALSU versi Wahhabiyyah. 


(11) Orang-orang Islam yang menyokong segala perancangan jahat, agenda jahat, konspirasi musuh-musuh Allah ( orang-orang kafir, munafiq dan sesat) adalah mereka itu sama seperti  golongan yang melakukan "Makar" terhadap Ummat Islam (Ahlus Sunnah). Mereka jatuh kepada Golongan fasiq.


(12) Orang-orang Islam yang menyokong, mendokong, membantu perbuatan "makar" terhadap Ummat islam dengan apa jua cara adalah mereka itu sama seperti melakukan "makar" walaupun mereka hanya sekadar menyokong dengan penulisan sahaja.  Ertinya mereka fasiq,  menanggung dosa besar dan sama diancam Neraka.  Ini kerana bersubahat kepada kemungkaran adalah kemungkaran, bersubahat kepada kefasikan adalah kefasikan, bersubahat di dalam melakukan dosa adalah dosa.


Berkata Imam Haythami Radhiallahu anhu:

"Memasukkan hal ini (makar) telah dijelaskan oleh Ulama dan ini merupakan makna zahir dari beberapa hadith tentang melakukan tipu daya .  Sebab adanya ancaman bahawa melakukan makar dan tipu daya itu berada di dalam Neraka, yang dimaksudkan tidak lain adalah pelaku kedua perbuatan berada di Neraka dan ini merupakan ancaman yang sangat keras"

[Az-Zawaajir]


Bersambung siri 339  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 337)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47:

Merencanakan Kejahatan

======================


Definisi-Definisi

==============


Perbincangan ini meliputi beberapa definisi penting yang saling berkait. 


Definisi Makar


Dari segi bahasa: 

Makar (مَكَر) berasal dari kata (مَكَر، يَمْكُرُ، مَكْرً) yang membawa maksud tipu daya , licik, muslihat, rencana jahat, rancangan licik , konspirasi, propaganda jahat, pembelotan


Dari segi istilah:  

Rencana atau kesepakatan untuk memerangi Ummat Islam atau Pemimpin Islam yang adil atau Ajaran Islam seluruhnya dengan berbagai kaedah jahat berserta tipu daya halus sekira-kira tidak disedari oleh kebanyakan orang.



Definisi Sayyiah


Dari segi bahasa: 

Sayyiah (سَيِّئَة) Berasal dari kata (أسَاءَ - يُسِيء ), adalah buruk, jahat, jelek, busuk, salah,  malang, keji


Dari segi istilah:

Sayyi'ah (سَيِّئَة)  membawa berbagai maksud jahat iaitu Syirik, kufur, kekejian, kejahatan yang dilakukan manusia.



Definisi Khasirun


Dari segi bahasa:

Khasirun (خَاسِرُون) berasal dari kata ( خَسِرَ - يَخْسرُ) yang membawa maksud terkorban, hilang, binasa, gagal, tewas, rugi. 


Dari segi istilah:

Khasirun (خَاسِرُون) adalah perlakuan, perkataan atau i'tiqad yang membawa kepada fasiq atau kafir. 



Penjelasan:

==========


(1) Al-Qur'an menggunakan istilah Makar (مَكَر) kepada dua keadaan: 


Pertama : "makar' dengan maksud rencana jahat, agenda jahat, propaganda jahat, konspirasi,  tipu muslihat, helah licik oleh musuh-musuh Allah untuk memadamkan Cahaya Allah. 


Kedua : "Makar" dengan maksud balasan Allah dengan cara tipu daya terhadap tipu daya musuh-musuh Allah.


(2) Musuh-musuh Allah yang melakukan "makar" - rencana jahat, agenda jahat, propaganda jahat, konspirasi,  tipu muslihat, helah licik, perancangan jahat terhadap Ummat Islam dan ajaran Islam seluruhnya terdiri dari 4 puak:


Pertama: Iblis

Kedua    : Anak cucu iblis - syaitan

Ketiga    : Jinn fasiq, kafir, munafiq 

Keempat: Manusia fasiq, kafir dan munafiq 


(3) Balasan Allah terhadap tipu daya musuh-musuh Allah disebut juga sebagai istidraj,  ertinya Allah Ta'ala biarkan golongan kafir, fasiq dan munafiq merajalela dengan kejahatan dan tipu daya mereka sehingga Allah Ta'ala menyentap mereka secara mengejut dengan balasan yang tiada terperi sakitnya.


(4) Dari Asbab-an-Nuzul (sebab-sebab turun ayat), ayat-ayat berkenaan "makar" turun adalah untuk mendedahkan perancangan jahat, tipu daya  keji, muslihat licik yang dilakukan oleh golongan kafir Quraisy terhadap Rasulullah ﷺ dan orang-orang beriman.


(5) Allah Ta'ala menempelak dan membalas rencana jahat yang licik golongan kafir dengan Tipu daya-Nya ("Makar-Nya Yang Maha Agung"), maka jadilah sekalian kaum Kafir, munafiq dan fasiq itu makhluq yang paling hina di dunia dan di Akhirat.


(6) Meskipun ayat-ayat berkenaan "Makar Allah" diturunkan terhadap Golongan kafir Quraisy yang berbuat makar (rencana jahat untuk membunuh Rasulullah ﷺ dan berusaha memadamkan Cahaya Allah), namun pengajaran dan maksud yang umum adalah ancaman Allah kepada sesiapa sahaja di kalangan manusia yang melakukan "makar" — rencana jahat, agenda jahat, propaganda jahat, konspirasi,  tipu muslihat, helah licik, perancangan jahat untuk memerangi Ummat Islam sepanjang zaman sampai Qiamat.  


(7) Berdasarkan kenyataan pada perkara no. (6) di atas, penjelasan di sini kami tujukan khusus kepada orang-orang Islam yang mengaku Islam tetapi mereka bersekutu dengan golongan kafir dan munafiq untuk memerangi Ummat Islam.  Maksudnya "orang-orang yang mengaku islam" ini telah jatuh ke dalam kelompok yang melakukan "makar" terhadap Ummat Islam (Ahlus Sunnah). 


Bersambung siri 338  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 336)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

sambungan....



(5) Menuntut Ilmu Agama (Ahlus Sunnah) dari ahlinya


Setiap hal di dalam kehidupan ada pakarnya.  Pakar di dalam Agama adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar).


Setiap Mursyid yang Siddiq (benar) adalah Pilihan Allah bagi mewarisi Nabi zahir dan batin.  Mereka di-Kurniakan oleh Allah segala kelengkapan yang perlu bagi memimpin manusia kepada Allah dengan selamat. 


Setiap Mursyid yang Siddiq (benar) adalah pakar yang mengetahui selok-belok Agama, pakar yang mampu memimpin manusia kepada Allah, pakar yang mengenal penyakit-penyakit hati manusia dan mampu merawatnya, pakar yang mengenal bisikan-bisikan Syaitan yang mengganggu dan mampu menangkis serangan-serangannya, pakar yang benar-benar mengenal Allah dan mampu pimpin manusia lain mengenal Allah, beriman kepada-Nya, bertauhid kepada-Nya dengan Tauhid yang hakiki.


Hanya dengan berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar), manusia mampu kenal Allah dengan sebenar, beriman kepada-Nya, mengenal haqiqat ikhlas, menghayati khusyu' di dalam solat, mampu sucikan hati sehingga hatinya bersinar dengan cahaya Ketuhanan sehingga dia menjadi manusia yang di-Redhai Allah. 


Berkata Sultan Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani رضي الله عنه  

(MUJADDID Agung sepanjang zaman)

"Hati adalah ladang akhirat. Tanamlah benih Keimanan dalam hati kamu.  Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang berterusan.  Jika hati kamu baik, suci bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat banyak.  Sebaliknya jika hati kamu keras dan degil, ruh kamu  menjadi tandus , kering kontang dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya.  Pelajarilah ilmu pertanian dari "peladang" yang mahir, iaitu lah Mursyid yang Siddiq (benar) .  Jangan kamu fikir pendapat kamu itu sudah cukup (untuk penanaman sedang kamu jahil tentang ilmu pertanian).  Rasulullah ﷺ telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari pakarnya."

[Fathur-Rabbaniy Wa Faidur -Rahmaniy]


Imam Fakhruddin Ar-Razi رضي الله عنه

(MUJADDID Kurun ke-6 Hijriyyah)

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid  yang murni)  dan _mukashafah_, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


Berkata Imam Ghazali رضي الله عنه

(MUJADDID kurun ke-5 Hijriyyah) 

"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh (Mursyid yang benar) yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya. (kepada kesesatan).  Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk,  maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.

[Ihya Ulumuddin]


Sesungguhnya langkah pertama ini (mencari dan berpegang teguh kepada Mursyid yang benar) adalah langkah terpenting bagi keselamatan Agama seseorang dan agar jauh daripada terjerumus kepada dosa-dosa besar yang amat banyak seperti yang disebutkan di dalam risalah ini.  Tanpa berguru kepada mereka, orang Islam tidak akan mampu membezakan kebenaran dan kebatilan.  Mereka akan sentiasa terpengaruh dengan berbagai fahaman batil dan sesat serta maklumat palsu yang membinasakan.


Bersambung siri 337  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 335)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

sambungan....



Rawatan dan Penjagaan:

=====================


(1) Ilmu dan Kefahaman yang benar menurut Ahlus Sunnah

Ini hal paling penting dan utama. Setiap orang Islam, lelaki dan wanita wajib mempunyai ilmu yang memadai darihal Agama (menurut pendirian Ahlus Sunnah) supaya mereka tidak tergoda dengan maklumat-maklumat palsu yang membanjiri dunia internet. 


(2) Internet bukan Guru

Jangan sesekali jadikan media sosial (fb, tik tok, youtube, ws, tele, ig dan lain-lain dari internet) sebagai Guru untuk memperoleh jawapan kepada persoalan Agama.  Internet hanyalah sebagai rujukan kedua, ketiga setelah kamu mempunyai ilmu yang memadai sebagai orang beriman.  

Kepincangan yang terjadi pada zaman ini, kebanyakan orang Islam awam menjadikan internet sebagai rujukan mencari kebenaran.  Ketika mereka menghadapi suatu kemusykilan Agama, mereka terus merujuk kepada internet sedangkan internet mempunyai lambakan maklumat dari berbagai sumber.  Setengahnya mungkin benar.  Namun sebahagiannya adalah bersumber dari musuh-musuh Agama — kafir harbi, munafiq, nasrani, yahudi. Sebahagiannya daripada orang Islam yang telah sesat  Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), sekular, liberal dan lain-lain.  Ketika kamu belum memiliki ilmu yang memadai dan keteguhan Iman, kamu mudah terjebak kepada fahaman yang salah, sesat dan batil.


(3) Menahan diri dari sebarkan sesuatu khabar 

Apabila kamu menerima suatu mesej, pesanan, cerita maka tahan daripada sebarkannya kepada orang lain sehingga ternyata ianya benar dan tiada unsur-unsur fitnah, adu domba, penipuan.  Jika kamu belum pasti, abaikan dan tinggalkannya. 


(4) Kumpul pahala dengan sebarkan maklumat sebanyak-banyaknya ???

Ada setengah pendakwah menggalakkan orang Islam sebarkan apa sahaja mesej yang diterima melalui ws, tele, fb, tik tok dan lain-lain sebanyak-banyaknya (meskipun belum dipastikan kebenarannya).  Kata mereka supaya mendapat pahala yang banyak.

kami katakan:   dakwaan seperti ini tipu daya syaitan.


Bersambung siri 336  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 334)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

sambungan....



(6) Menjadi asbab kesesatan manusia

Orang yang sebarkan berita yang belum pasti kebenarannya menurut pendirian, pegangan dan I'tiqad Ahlus Sunnah,  maka dia telah menjadi pembantu penyebaran kesesatan dan kebatilan. Dan ini subahat kepada kemungkaran, kesesatan dan kebatilan, dosanya sama seperti mengerjakan kemungkaran.


Firman Allah 


وَلاَ تَرْكَنُــوْا إلَى الَّذِيْنَ ظَلَمُــوا فَتَمَسَّــكُمُ النَّــارُ  وَمَا لَكُمْ مِنْ دُوْنِ  اللهِ مِنْ اَوْلِيَـآءَ ثُمَّ  لاَ تُنْصَرُوْنَ      ﴿ ۱۱۳﴾


Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim maka (akibatnya) kamu akan disambar api Neraka, (dalam keadaan) kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

[Hud (11) : Ayat 113]




(7) Mendapat dosa jariah (dosa berterusan sampai Qiamat)


Firman Allah تَعَالَى


لِيَحْمِلُواْ أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ ٱلْقِيَامَةِ وَمِنْ أَوْزَارِ ٱلَّذِينَ يُضِلُّونَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ أَلاَ سَآءَ مَا يَزِرُونَ


(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari Qiamat dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu. 

[An-Nahli (16) : ayat 25]


Firman Allah تَعَالَى


وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ


"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

[Hud (11) ; ayat 113]


Sabda Rasulullah ﷺ


مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ   “


"Barangsiapa yang memulai sunnah hasanah (mempelopori suatu kebaikan atau suatu yang terpuji) dalam Islam maka dia akan memperoleh pahala dan pahala orang yang mengikutinya, dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang memulai sunnah sayyi’ah (pelopori suatu kejahataan atau suatu yang keji) dalam Islam maka ia akan mendapatkan dosa dan dosa orang yang mengikutinya, dengan tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun”

[Imam Muslim]



Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu

“Bahwasanya setiap orang yang membuat bid’ah (hal baru) yang buruk, maka ia mendapat semisal dosa orang yang mengikutinya dalam perbuatan itu hingga hari Qiamat. Begitu juga orang yang membuat bid’ah (hal baru) yang baik, maka ia mendapat semisal pahala orang yang mengikutinya dalam perbuatan itu hingga hari Qiamat. Ini sesuai dengan Hadith Sahih ( مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً) “ Barangsiapa membuat sunnah hasanah...” 

[Imam Nawawi — Syarah Sahih Muslim]


Bersambung siri 335  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 333)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

sambungan....



Akibat dari Sebarkan berita

tanpa usul periksa

==========================


Sebagaimana kami sebutkan pada awal tajuk ini, sesungguhnya orang-orang yang gemar kutip berita sana sini dan sebarkannya kepada orang lain sebelum usul periksa, atau orang-orang yang sebarkan apa sahaja yang didengarinya, maka dia jatuh kepada beberapa dosa besar, di antaranya:


(1) Di Murkai Allah

Orang yang gemar sebarkan khabar tanpa usul periksa jatuh kepada kefasikan sebagaimana penegasan Allah melalui Firman-Nya:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


(2) Jatuh kepada kekufuran dan kekejian tanpa disedari

Orang yang banyak bercakap tak sunyi dari menyeleweng lidahnya kepada kekufuran dan kekejian (mengumpat, mengata, mengejek orang lain tanpa disedarinya). 


(3) Menjadi Pendusta:

Kegemaran sebarkan apa sahaja yang diterima tanpa usul periksa akan sebarkan cerita-cerita bohong.  Berbohong atau berdusta adalah dosa besar.  Telah diketahui dosa berbohong adalah sifat munafiq.


Rasulullah   ﷺ  bersabda: 

“Empat sifat yang barang siapa ada padanya (mengerjakannya), maka ia menjadi munafiq tulen, dan barang siapa yang melakukan salah satu dari empat sifat itu, maka di dalam dirinya terdapat sifat nifaq sehingga ia meninggalkannya, iaitu:  Apabila diberi amanah, dia khianat, Apabila berbicara, ia dusta, Apabila berjanji, ia tidak menepati, dan Apabila bertengkar, dia berlaku fujjar (kebatilan).  

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


(4)  Buka 'aib manusia:

Orang yang sebarkan apa saja yang didengar, lambat laun akan membuka 'aib orang lain tanpa disedarinya. Membuka 'aib manusia adalah dosa besar.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Barangsiapa yang mencari-cari 'aib saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka 'aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” 

[ ImamAt-Tirmizi]


(5) Jatuh kepada dosa Memfitnah:

Sesungguhnya orang yang hebahkan cerita palsu mengenai seseorang, maka dia telah “membunuhnya", iaitu musnahkan nama baiknya, menyebabkan orang pandang hina.  Maka ini dosa fitnah yang amat berat sekali.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ ». قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ « ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ ». قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِى أَخِى مَا أَقُولُ قَالَ « إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ »


Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ  bersabda, “Tahukah engkau apa itu ghibah?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”  Baginda bersabda, “Engkau menyebutkan kejelekan saudaramu yang ia tidak suka untuk didengarkan orang lain.” Beliau ditanya, “Bagaimana jika yang disebutkan sesuai kenyataan?” Jawab Nabi ﷺ  “Jika sesuai kenyataan bererti engkau telah ghibah atasnya. Jika tidak sesuai, bererti engkau telah memfitnahnya.” 

[Imam Muslim]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 "Dan orang yang lebih dibenci oleh Allah antara kamu ialah pertama; orang yang suka membawa fitnah, kedua; orang yang suka memporakperandakan (memecah-belahkan) di kalangan saudaranya, ketiga; orang yang suka mencari jalan atau alasan untuk melepaskan diri daripada kesalahannya." 

[Imam Ahmad]


Rasulullah   ﷺ  bersabda: 

 "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (reka cerita, fitnah adu domba), akan dilempar ke Neraka sejauh antara timur dan barat."

[Imam Muslim]


Bersambung siri 334  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 332)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

sambungan....




Contoh 4: Sebarkan Fatwa batil Ulama as-su (ulama jahat)

Lahirnya Ulama as-su', (ulama jahat),  ulama nafsu, ulama politik jahat bukanlah suatu yang baru.  Ulama politik jahat yang memutar belitkan ayat Qur'an dan mengeluarkan fatwa-fatwa sesat telah lahir pada permulaan zaman mulkan Addhan (zaman pemerintahan zalim).  Mereka menyelewengkan ayat-ayat Allah dan "menjualnya dengan harga murah" demi mencapai kepentingan politik mereka. Pada hari ini Ulama politik yang mengeluarkan fatwa mengikut nafsu, memutar belitkan ayat Qur'an demi mencapai kemenangan di dalam pilihan raya  demokrasi.  Sebahagian orang yang fanatik buta mengambil fatwa-fatwa mereka yang sesat dan sebarkannya kepada umum.  Maka ramailah yang menjadi sesat akibat fatwa-fatwa batil.  Selagi fatwa tersebut berlegar dan tersebar, selagi itulah "ulama" jahat yang sebarkan fatwa sesat dan pendokong-pendokong butanya menanggung dosa yang tak terhitung banyaknya.  Hal ini tidak berubah dari perangai pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani  dan pengikut-pengikut buta mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah demi mencapai kepentingan nafsu mereka.  Wal Iyazubillah


Contoh 5: Sebarkan fahaman Sufi Palsu

Mursyid PALSU atau Sufi PALSU telah wujud sekian lama.  Manusia fasiq dan munafiq mengambil kesempatan di atas kelemahan Ummat lalu menyebarkan fahaman batil yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah. 


Orang-orang Islam yang baru mula berjinak-jinak dengan Ilmu Tasawwuf, Toriqat dan Ilmu Keruhanian seringkali jatuh kepada perangkap mursyid PALSU dan Sufi PALSU. 


Sekali lagi internet menjadi medan mainan dan pertaruhan.  Golongan pendokong Mursyid PALSU yang sememangnya jahil menyebarkan berbagai fahaman sesat seperti "bertapa di Gunung-gunung, menunjuk-nunjuk karomah hissiyyah, mengaku bertemu wali songo dan lain-lain untuk menipu daya orang-orang jahil.  Orang jahil yang tak tahu apa-apa terus percaya dan pindahkan berita-berita palsu dari Sufi-Sufi PALSU kepada kenalan, kawan, saudara mara sehingga dalam beberapa saat sahaja maklumat batil dan sesat telah berpindah kepada jutaan manusia. 


Maklumat palsu, batil dan sesat yang dipindahkan melalui internet mencapai ribuan bahkan jutaan dalam hanya beberapa saat.  Orang yang bertanggungjawab sebarkannya mendapat dosa sebanyak mana orang menerima, membaca dan sebarkan pula kepada orang lain dan sambung-menyambung sampai Qiamat.  Ertinya mereka semua yang terkait mendapat dosa jariah (dosa berterusan mengalir ke dalam kuburnya). 


Meskipun orang yang menyebarkannya cuma fikir ianya sebagai khabar biasa, tetapi oleh kerana mereka tidak berhati-hati dan tidak selidiki kebenarannya terlebih dahulu menurut penilaian Ahlus Sunnah, maka mereka telah binasakan diri mereka.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 333  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 331)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

sambungan....



Contoh-Contoh

===============


Contoh 1 : Sebarkan fahaman Agama yang batil dan sesat

Barangkali inilah contoh paling umum terjadi di kalangan Ummat Islam. Mereka mengutip apa sahaja berita yang datang dari internet - tik tok, fb, ig, ws, tele dan lain-lain yang kelihatan menarik pada pendapat mereka lalu berpegang kepadanya dan sebarkannya kepada orang lain. Sedangkan berita yang disebarkan melalui internet tidak semuanya benar, sebaliknya banyak sekali yang bertentangan dengan Prinsip  Ahlus Sunnah. Di antaranya fahaman Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), sekular (liberal) dan lain-lain yang kelihatan seperti Ahlus Sunnah tetapi mengandungi racun kebatilan dan kesesatan.  Dalam beberapa saat sahaja maklumat yang mereka sebarkan mencapai ribuan bahkan jutaan orang.  Mereka telah berkongsi dosa sampai jutaan dalam hanya beberapa saat.  Wal Iyazubillah.


Contoh 2: Penyebaran Fitnah, adu domba dan pendustaan ahli politik

Platform media sosial menjadi medan menjana berita bohong oleh ahli-ahli politik untuk jatuhkan lawan.  Mereka sebarkan berbagai cerita palsu dan fitnah untuk buruk-burukkan parti orang lain. Orang awam yang tidak mengetahui mainan orang politik menerima apa saja yang disajikan di media, percaya bulat-bulat dan sebarkannya kepada orang lain.  Dalam beberapa saat, mereka telah menyebarkan maklumat palsu dan berita kefasikan, permusuhan dan kezaliman. 


Contoh 3: Penyebaran kitab Ahlus Sunnah yang dipalsukan

Golongan wahhabiyyah (khawarij) melakukan propaganda memalsukan kitab-kitab Ulama Ahlus Sunnah.  Mereka mengubah kandungan kitab-kitab Masyaikh Ahlus Sunnah yang ternama dan sebarkannya kepada Ummat terutama penuntut-penuntut pondok.  Maka setiap orang yang menyebarkan kitab-kitab yang telah dipalsukan itu mendapat saham dosa selama kitab tersebut diajarkan dan disebarkan.


Bersambung siri 332  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 390) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...