■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 340)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 47
Merencanakan Kejahatan
...... sambungan.....
Dalil-dalil Penting
Dalil 2: Firman Allah:
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Dan (ingatlah), tatkala orang-orang kafir (Quraisy) membuat makar terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka berbuat makar dan Allah menggagalkan makar itu. Dan Allah lah pembuat makar yang terbaik.”
[Al-Anfal (8) : ayat 30]
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:
"Abu Jahal dan sekutu-sekutunya merencanakan rancangan jahat di Darun-Nadwah untuk memenjarakan Rasulullah ﷺ atau membunuh Baginda atau halau Baginda dari Makkah, namun Allah merancang Tipu daya untuk gagalkan mereka dan merancang hapuskan mereka (kaum Kafir Quraisy) di Perang Badar."
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Dan Ingatlah Wahai Rasul paling sempurna, penyelamatan dan Pertolongan Kami kepadamu, ketika orang kafir Qurasiy berkumpul membicarakan hal berkaitan denganmu di Dar-an-Nadwah, merencanakan tipu daya untuk membinasakan dan menghancurkanmu, memenjarakan engkau di rumah yang sangat tersembunyi atau membunuhmu beramai-ramai agar tidak ada seorang pun yang menjadi tersangka, atau mengusirmu dari Makkah dengan membawamu keluar untuk dibunuh beramai-ramai. Dan ringkasnya orang-orang kafir derhaka yang menginginkan kematianmu. Sedang Allah Yang Maha Mengawasimu gagalkan tipu daya mereka dan menyelamatkan dan menolongmu dari tangan mereka. Maka Allah Gagalkan makar (rencana jahat dan tipu daya) mereka dan mengeluarkanmu antara mereka dengan selamat. Dan Allah Maha Melihat segala tipu daya mereka dan Allah Yang Paling Keras dan Paling Kuat Pengaruh dan kekuatan-Nya."
[Tafsir Imam Jilani]
Penjelasan tambahan
1. Menjadi Sunnatullah, setiap Rasul yang di-Utuskan oleh Allah akan dimusuhi oleh kaumnya sendiri. Demikian terjadi kepada Junjungan Rasulullah ﷺ menghadapi kaum Baginda sendiri dari kalangan Kafir Quraisy yang enggan beriman sebaliknya merancang untuk membunuh Baginda.
2. Permusuhan orang kafir (termasuk fasiq dan munafiq) terhadap Islam tidak terhenti pada hayat Rasulullah ﷺ tetapi akan berterusan sampai Qiamat. Ertinya permusuhan ini bukan hanya berlaku pada hayat Rasulullah ﷺ semata-mata, tetapi akan berlanjutan sepanjang zaman sampai Qiamat. Musuh-musuh Allah dari kalangan kafir, fasiq dan munafiq akan tetap wujud sepanjang zaman kemudian daripada Rasulullah ﷺ untuk hapuskan Agama Allah di atas muka bumi.
3. Musuh-musuh Allah (jinn dan manusia) sentiasa bekerjasama merancang tipu daya, konspirasi, agenda jahat agar Agama Allah terhapus dari muka bumi.
4. Betapa hebat pun mereka (musuh-musuh Allah) berusaha melalui taktik halus untuk hapuskan Agama Allah, mereka tidak akan berjaya kerana Allah Ta'ala Maha Memelihara Agama-Nya. Dan kesudahannya adalah: Kemenangan untuk orang beriman dan kebinasaan bagi golongan kafir, fasiq dan munafiq.
Bersambung siri 341 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment