■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
( Siri 268)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 34 : Berkata-kata yang batil
□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Definisi Batil
===========
Definisi Batil Menurut bahasa:
Batil berasal dari istiilah arab ( بَطَل، يَبْطُلُ، باَطِلً ) yang membawa beberapa pengertian : kosong, lompong, batal, sesat, palsu, rosak, salah jalan, tidak sah, cacat, tidak terpakai, tak laku, berlawanan dengan kebenaran, menyeleweng dari jalan lurus.
Definisi Batil Menurut istilah :
Batil adalah setiap sesuatu yang berlawanan dengan yang haq (kebenaran), menyeleweng dari jalan lurus, terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen).
Penjelasan:
==========
(1) Telah menjadi Ijma' Ulama Mu'tabar, bahawa satu2nya Jalan yang benar yang di Redhai Allah adalah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang yang tetap berpegang teguh pada Jalan Allah dan Rasul-Nya. Dengan demikian setiap golongan atau puak atau ajaran atau doktrin yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah adalah golongan batil yang membawa ajaran batil.
(2) Termasuk ke dalam penganut kebatilan adalah :
Pertama : Penganut Agama2 ciptaan manusia. (Hindu, Budha, Kristian, Yahudi, Majusi dll)
Kedua : Penganut Aliran, Ajaran, doktrin, falsafah yang tercipta daripada aqal fikir dan nafsu manusia yang jelas bertentangan dengan Al-Qur'an, Sunnah dan Ijma' Qias Ulama Mu'tabar.
Ketiga : Kelompok2 Islam yang yang terkeluar dari Aqidah Ahlus Sunnah berjumlah 72 golongan — Syi'ah (rafidhi), Khawarij (Wahhabiyyah), Mujassimah, Mu'tazlilah, Jabbariyyah dll.
Keempat : Golongan kelompok keruhanian (haqiqat batil) yang sesat. (Menurut Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu 11 kelompok)
Kelima : Golongan yang memperolok2, mengejek2, menghina Allah dan Rasul-Nya dan Ulama Billah.
Keenam : Tukang sihir dan ahli nujum atau sesiapa sahaja bersubahat dengan jinn syaitan.
(3) Penganut2 kebatilan seringkali berkumpul, berbincang dan merencanakan berbagai kejahatan terhadap Ummat Islam. Mereka merencanakan cara2 untuk melakukan fitnah, penindasan, kezaliman dan pembunuhan terhadap orang2 beriman. Sebahagian lagi memperolok2 dan mengejek2 Allah dan Rasul-Nya. Sebahagian lagi mengejek2 Sunnah Nabi. Sebahagian lagi mempertikaikan undang2 Allah. Kesemua ungkapan dan kata2 ini termasuk "Berkata2 dengan kebatilan"
(4) Orang yang mengungkapkan kata2 kebatilan dan duduk berserta dengan pembuat kebatilan diancam dengan Neraka Saqar, ertinya larangan dan ancaman keras.
(5) Duduk berserta dengan golongan2 batil dan menyokong kata2 mereka sahaja pun sudah termasuk dosa besar. Ini kerana subahat kepada kejahatan sama seperti berbuat kejahatan meskipun dia sendiri sekadar mendengar dan saksikannya.
(6) Menurut Imam Ghazali Radhiallahu anhu berkata2 mengenai kecantikan wanita yang menggiurkan nafsu, cerita keadaan minuman keras, tempat berkumpul orang-orang fasiq, keperkasaan Raja2 (fasiq), sebarkan pembohongan, umpatan, dan kekejian adalah termasuk di dalam berkata2 yang batil yang menjerumuskan kepada dosa besar.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Berkata2 pada perkara2 ma'siat seperti menceritakan keadaan wanita, hal keadaan tempat minuman khamar, tempat orang fasiq, kesenangan orang-orang kaya, keperkasaan Raja-Raja, tempat resmi mereka yang tercela dan hal ehwal mereka yang tidak disukai. Maka semua itu haram. Dan masuk pula yang demikian bercakap bohong pada perkara-perkara bid'ah (sesat) dan aliran2 yang sesat."
[Ihya Ulumuddin]
Bersambung siri 269 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment