Wednesday, November 02, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 51)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.7  Dosa Besar ke-6:   Jahat Sangka kepada Allah


Penyakit _Suu Uz-Zon_, iaitu jahat sangka / buruk sangka kepada Allah Ta'ala adalah penyakit hati yang amat besar dan antara dosa2 terbesar terhadap Allah Ta'ala.


Firman Allah :

 وَذَٰلِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِي ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ أَرْدَاكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi."

[Al-Fussilat (41) : Ayat 23]


Kata Ibn Abbas:

"Sangkaan kamu yang buruk terhadap Tuhanmu menjadikan kamu orang yang celaka dan menerima Siksaan Allah."

[Tafsir Ibn Abbas]


Kata Imam Al-Haythami,

"Di dalam keterangan yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami dan Ibn Majah disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :  "Dosa terbesar adalah buruk sangka kepada Allah"

[Al-Zawaajir An-Iqtiraaf Al-Kabaair]


Jahat Sangka kepada Allah adalah di antara dosa2 terbesar kerana ianya jelas bertentangan dengan Tauhid, mempertikaikan rencana Allah, meragui Kebijaksanaan Allah dan  meragui Qadha dan Qadar Allah Ta'ala.


Sebab2  yang membawa kepada Jahat Sangka terhadap Allah:

Di dalam menempuh kehidupan atas mukabumi, terjadi berbagai peristiwa yang menggugat perasaan dan menyempitkan pemikiran manusia. Pada saat2 tertentu, dia merasakan kehidupan ini tidak adil sehingga timbul berbagai sangkaan buruk dan jahat terhadap Allah Ta'ala. Di antara sebab2 terjadi sangkaan tersebut :

(1) Kemiskinan:

Seseorang yang dihimpit kemiskinan yang bersangatan ada kalanya hilang kewarasan berfikir lalu menyalahkan Allah Ta'ala. Datang jahat sangka di dalam dirinya bahawa Allah Ta'ala tidak adil.  


(2) Seringkali gagal :

Seseorang yang berusaha sungguh2 pada suatu pekerjaan tetapi gagal atau tidak mencapai seperti yang dia harapkan... menyebabkan timbul jahat sangka kepada Allah Ta'ala di dalam hatinya. Misalnya seorang peniaga tidak mampu menjadi kaya seperti yang dia harapkan walaupun dia sudah berusaha dengan berbagai cara.  Sedangkan orang lain mudah menjadi kaya-raya dan menjalani kehidupan mewah. Atau seorang pelajar yang sering gagal walaupun dia sudah berusaha sungguh2 sedangkan pelajar lain mudah saja mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.   Maka timbullah perasaan tak puas hati dan menyalahkan Allah Ta'ala.


(3) Doa tidak dimaqbulkan:

Seseorang yang berdoa siang dan malam mengharapkan sesuatu dari Allah Ta'ala namun tidak diqabulkan oleh Allah, lalu terjadi jahat sangka kepada Allah.


(4) Melihat orang fasiq mendapat kesenangan duniawi:

Menurut realiti yang terlihat di dalam kehidupan dunia ini, ramai orang kafir dan fasiq menikmati kesenangan duniawi.  Mereka memiliki gedung2 besar perniagaan, menaiki kenderaan mewah2 dan tinggal di condo atau bungalow hebat2.  Mereka juga sering melancong ke sana ini dengan gembira.    Sedangkan hal yang sebaliknya berlaku kepada orang2 Islam.  Kebanyakan orang Islam hidup miskin, tiada kenderaan yang baik, tempat tinggal tidak sehebat orang2 kafir dan fasiq.


Melihat apa yang terjadi ini, setengah orang beriman mula terhasut dengan bisikan nafsu dan Syaitan.  Orang Islam ini melihat orang lain yang sering langgar hukum Allah, tidak menunaikan solat, tidak menutup aurat dsb tetapi hidup mewah sedangkan dirinya tetapi susah dan miskin walaupun dia sendiri tak pernah tinggal solat, puasa dan kewajipan lain.  


Maka terjadi berbagai sangkaan buruk kepada Allah ; terjadi permainan dalam pemikirannya .... mengapa si fulan kaya-raya, hidup mewah, boleh melancong sana sini dengan bahagia sedangkan dirinya yang selalu ta'at pada Allah hidup susah atau cukup2 saja.  Permainan dalam pemikirannya seringkali berubah kepada sangkaan jahat kepada Allah, seolah2 Allah Ta'ala tidak menunaikan janji Dia kepada orang beriman.


Inilah beberapa sebab dan contoh yang terjadi di kalangan orang Islam.


Bersambung siri  52 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...