Friday, November 04, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 52)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.7  Dosa Besar ke-6:   Jahat Sangka kepada Allah

sambungan......


Punca Terjadi Penyakit Jahat Sangka kepada Allah:

Puncanya tidak lain melainkan kekurangan Ilmu (jahil) serta HATI yang telah rosak akibat hembusan nafsu kejahatan dan ditambah oleh bisikan2 Syaitan....  cahaya Imannya akan berkurang atau padam. Wal Iyazubillah.


Rawatan Untuk mengubati penyakit Jahat Sangka kepada Allah:


Rawatan Khusus :  

Sebagaimana kami bentangkan sebelum ini, cara ini adalah kaedah khusus yang diambil dari Sistem Pendidikan Junjungan Besar Rasulullah ﷺ  yang diwariskan turun-temurun bermula dari  Sahabat, Tabiin, Tabbit-Tabiin, dan Pewaris2 Nabi seterusnya sampai ke hari ini dan bersambung hingga Qiamat.  Kaedah ini hanya dimiliki oleh Mursyid yang Siddq (Pewaris Nabi yang sebenar) sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini.


Rawatan Umum :

Mereka yang belum mempunyai seorang Mursyid yang siddiq sebagai Pemimpinnya, perlu memahami dan sungguh2 mengikuti langkah2 ini bagi membaiki dirinya, hatinya dan Imannya.


Pertama : Keyakinan padu bahawa Allah Ta'ala Pencipta segala sesuatu:

Yakin sepenuh hati bahawa Allah Ta'ala Menciptakan sekalian alam dan merapikannya.  Dia Menciptakan setiap sesuatu dan Dia Mengatur dan menetapkan peraturan bagi setiap sesuatu menurut Sistem Perjalanan yang sempurna.


Firman Allah:

وَتَرَى ٱلۡجِبَالَ تَحۡسَبُہَا جَامِدَةً۬ وَهِىَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِ‌ۚ صُنۡعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِىٓ أَتۡقَنَ كُلَّ شَىۡءٍ‌ۚ إِنَّهُ ۥ خَبِيرُۢ بِمَا تَفۡعَلُونَ 

"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan"

[An-Naml (27) ; ayat 88]


Kedua : Allah Ta'ala menjamin Rezeki:

Yakin bahawa Allah Ta'ala menjamin rezeki bagi setiap kehidupan bagi meskipun seekor ulat dalam batu.  Maka maka mungkin Dia melupakan kamu.   Dia Mengurniakan rezeki bagi sekalian manusia (dan juga jinn dan haiwan) mengikut Yang Dia Kehendaki, termasuk orang kafir yang paling jahat sekalipun akan mendapat rezeki dia.  Manusia hanya perlu usaha dengan berbagai cara yang halal bagi mencapai rezeki yang Dia sediakan baginya.


Firman Allah :

وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا

"Dan tidak ada satu pun makhluk melata di muka bumi melainkan semuanya telah dijamin rezekinya oleh Allah.

[Hud  (11) : Ayat 6]


Ketiga : Taqdir setiap makhluq telah ditentukan:

Yakin bahawa Allah Ta'ala menetapkan Taqdir-Nya bagi sekalian makhluq pada _Azali_.  Dia Maha Berkuasa menetapkan atau hapuskan sesuatu menurut Kehendak-Nya. Dengan demikian tiada siapa pun berhak masuk campur dalam urusan Pentadbiran Allah ini.


Firman Allah :

 إِنَّ ٱللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً

"Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

[At-Talaq (65) : 3 ]



Bersambung siri  53   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...