■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 99)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.15 Dosa Besar ke -14: Ghibah ( غيبة ) — mengumpat
sambungan .....
Mengumpat melalui cara2 lain selain lidah:
Ulama kita telah menjelaskan akan wujudnya bentuk2 umpatan selain dengan lidah / lisan. Ertinya dosa mengumpat tidak terhenti pada Umpatan dengan lidah semata2, tetapi juga boleh terjadi dalam bentuk2 lain, setengahnya tidak disangka2.
Bentuk2 lain adalah :
(1) Umpatan dengan cara meniru2 perbuatan orang itu
(2) Umpatan melalui isyarat tangan, mata, memek mulut
(3) Umpatan melalui tulisan
(4) Umpatan dengan hati
(5) Umpatan dalam bentuk kata2 yang zahirnya baik tetapi hakikatnya tersimpul dosa
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Ketahuilah bahawa menyebut (mengumpat) dengan lisan itu diharamkan kerana padanya memberi pengertian akan kekurangan pada saudaramu dan mendedahkannya kepada umum dengan apa yang tidak disukainya. Maka menyindir dengan yang demikian itu sama seperti menegaskannya. Dan perbuatan padanya itu seperti perkataan, isyarat, penunjukkan dengan tangan, isyarat dengan mata, tulisan, dengan pergerakan dan setiap yang memberi pengertian akan yang dimaksud. Maka ianya masuk umpatan. Dan demikian itu haram."
"Dan termasuk di dalam pengertian tersebut "peniruan", misalnya adalah "berjalan dengan pincang" atau meniru gaya orang itu berjalan, maka itu umpatan. Bahkan lebih berat. Ini kerana ia lebih besar kesannya pada menggambarkan dan memberi pengertian."
"Dan demikian lagi umpatan dengan tulisan. Sesungguhnya pena itu salah satu dari dua lisan."
[Ihya Ulumuddin : Bab Umpatan selain dari lisan]
Dalil Sandaran Hadith:
Hadith Rasulullah ﷺ:
"Seorang wanita yang menemui Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu anha. Ketika wanita itu hendak keluar, Sayyidatina ‘Aisyah berisyarat pada Rasulullah ﷺ dengan tangannya untuk menunjukkan wanita tersebut pendek. Rasulullah ﷺ lantas bersabda, “Engkau telah mengumpatnya.”
[Imam Ahmad]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sayyidatina Aisya Radhiallahu anha berkata : "aku menceritakan tentang seseorang, lalu Baginda bersabda : "Demi Allah aku tidak suka menceritakan tentang seseorang (meniru2 perbuantannya) sedang aku mempunyai keadaan demikian dan yang demikian. "
[Imam Abu Dawud]
Bersambung siri 100 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
__________________________
JAMAAH TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment