■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 47)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.6 Penjelasan Khusus : Dosa Besar Syirik Khafi:
sambungan....
Definisi Syirik:
Syirik berasal dari akar kata ( شَرَكَ ) bermaksud "kongsi", "berkongsi", "sekutu", "usaha bersama", "penyatuan dua pihak".
Maka yang dikehendaki dengan Syirik pada sisi Syari'at adalah : Mempersekutukan Allah Ta'ala pada Af'al-Nya (Perbuatan-Nya), atau Asma'-Nya (Nama2-Nya yang Maha Agung), atau Sifat-Nya atau pada Zat-Nya Yang Maha Suci.
Dalam sebutan lain, Syirik kepada Allah Ta'ala adalah mengadakan Sekutu2 bagi Allah sama ada zahir (anggota tubuh) atau batin (hati).
Dua Jenis Syirik:
Menurut pegangan Ahlus Sunnah, Syirik terbahagi kepada 2 bahagian besar :
Pertama : Syirik Akbar / Syirik Jali / Syirik terang2an
Ini adalah Syirik Besar yang menjadikan seseorang murtad (keluar dari Agama).
Sebab2 terjadinya adalah kerana I'tiqad (yakin di dalam hati) , perkataan atau perbuatan yang menunjukkan secara terangan2 akan penyembahan kepada selain Allah. Seperti perbuatan menyembah tokong, menyembah berhala, menyembah matahari, bulan, bintang dsb. Atau di dalam perkataan secara terangan2 berkata : Ada Tuhan selain Allah. Atau seseorang i'tiqad (yakin di dalam hati) bahawa ada sembahan selain Allah. Semua ini menjadikan seseorang Muslim MURTAD terus. Tiada maaf kecuali dia mengucap Syahadah kembali dan bertaubat sungguh2 tidak akan mengulangi lagi.
Keterangan darihal Syirik Jali dijelaskan di dalam Kitab2 Usuluddin.
Kedua : Syirik Khafi (tersembunyi)
Adapun Syirik khafi adalah syirik tersembunyi. Ianya dikatakan syirik yang tersembunyi kerana syirik ini terpendam di dalam hati. Tidak diketahui oleh manusia lain kecuali dirinya dengan Allah Ta'ala. Namun ada kalanya syirik tersembunyi ini akan terzahir / terpancar dari perkataan dan perbuatan seseorang yang memiliki sifat2 ini.
Ada kalanya syirik terpendam ini terzahir di dalam keadaan kehidupan biasa atau mungkin juga ketika terjadi suatu peristiwa yang menggugah perasaannya. Atau suatu cabaran yang menggugat kedudukannya pada pandangan manusia. Contoh yang paling besar besar di dalam kejadian manusia adalah kisah Iblis dengan Nabi Adam. (sebagaiman telah dijelaskan sebelum ini).
Menurut Ulama Ahlus Sunnah, Syirik khafi TIDAK menggugurkan IMAN seseorang, tetapi jika dia mengekali Syirik Khafi ini tanpa taubat SEGERA dan tidak berusaha bersungguh2 menjauhkannya, maka ia boleh membawa kepada KEROSAKAN IMAN dan boleh HAPUSKAN AMAL seseorang seperti api memakan sekam.
Dari suatu sudut pandang, Syirik khafi ini tidak kurang bahayanya dengan Syirik Jali kerana lazimnya syirik ini tidak kelihatan lantaran terpendam di dalam hati. Bahkan dari suatu sudut, Syirik Khafi lebih merbahaya bagi orang beriman kerana Ummat ini TIDAK akan sembah berhala berupa patung, kayu atau benda2 lain. Tetapi mereka menyembah "berhala hati" yang bermaksud "menyembah" diri sendiri " atau "menyembah" makhluq lain berupa nafsu, Iblis, kekayaan dunia, pangkat dll. Oleh kerana ini Nabi ﷺ bersabda :
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang dengan amal mereka”
[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]
Keterangan darihal Syirik Khafi, sebab2nya, jenis2nya, jalan2 penyakit ini terbentuk dalam hati dan cara2 merawatnya sehingga hati kembali kepada kesucian diri yang asal dijelaskan di dalam kitab2 Tasawwuf dan Ma'rifat.
Inilah sebabnya mempelajari hal ehwal penyakit hati yang paling berat ini daripada ahlinya, iaitu Mursyid yang Siddiq dan seterusnya mujahadah melawan nafsu kejahatan, melawan bisikan2 Syaitan, berzikir sungguh2 membersihkan hati dengan Pimpinan beliau menjadi Fardhu Ain (wajib atas setiap diri yang mukallaf).
Bersambung siri 48 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment