Monday, October 31, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 47)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.6  Penjelasan Khusus : Dosa Besar Syirik Khafi:

sambungan....


Definisi Syirik:

Syirik berasal dari akar kata ( شَرَكَ ) bermaksud "kongsi", "berkongsi",  "sekutu",  "usaha bersama", "penyatuan dua pihak".   


Maka yang dikehendaki dengan Syirik pada sisi  Syari'at  adalah :  Mempersekutukan Allah Ta'ala pada Af'al-Nya (Perbuatan-Nya), atau Asma'-Nya (Nama2-Nya yang Maha Agung), atau Sifat-Nya atau pada  Zat-Nya Yang Maha Suci.   


Dalam sebutan lain, Syirik kepada Allah Ta'ala adalah mengadakan Sekutu2 bagi Allah sama ada zahir (anggota tubuh) atau batin (hati). 


Dua Jenis Syirik:

Menurut pegangan Ahlus Sunnah, Syirik terbahagi kepada 2 bahagian besar :

   

Pertama : Syirik Akbar / Syirik  Jali / Syirik terang2an

Ini adalah Syirik Besar yang menjadikan seseorang murtad (keluar dari Agama).

Sebab2 terjadinya adalah kerana I'tiqad (yakin di dalam hati) , perkataan atau perbuatan yang menunjukkan secara terangan2 akan penyembahan kepada selain Allah.  Seperti perbuatan menyembah tokong, menyembah berhala, menyembah matahari, bulan, bintang dsb. Atau di dalam perkataan secara terangan2 berkata : Ada Tuhan selain Allah.  Atau seseorang i'tiqad (yakin di dalam hati) bahawa ada sembahan selain Allah.   Semua ini menjadikan seseorang Muslim MURTAD terus. Tiada maaf kecuali dia mengucap Syahadah kembali dan bertaubat sungguh2 tidak akan mengulangi lagi.

Keterangan darihal Syirik Jali dijelaskan di dalam Kitab2 Usuluddin.


Kedua : Syirik Khafi (tersembunyi)

Adapun Syirik khafi adalah syirik tersembunyi. Ianya dikatakan syirik yang tersembunyi kerana syirik ini terpendam di dalam hati. Tidak diketahui oleh manusia lain kecuali dirinya dengan Allah Ta'ala.  Namun ada kalanya syirik tersembunyi ini akan terzahir / terpancar dari perkataan dan perbuatan seseorang yang memiliki sifat2 ini.  


Ada kalanya syirik terpendam ini terzahir di dalam keadaan kehidupan biasa atau mungkin juga ketika terjadi suatu peristiwa yang menggugah perasaannya. Atau suatu cabaran yang menggugat kedudukannya pada pandangan manusia.  Contoh yang paling besar besar di dalam kejadian manusia adalah kisah Iblis dengan Nabi Adam. (sebagaiman telah dijelaskan sebelum ini).

 

Menurut Ulama Ahlus Sunnah, Syirik khafi TIDAK menggugurkan IMAN seseorang, tetapi jika dia  mengekali Syirik Khafi  ini tanpa taubat SEGERA dan tidak berusaha bersungguh2 menjauhkannya, maka ia boleh membawa kepada KEROSAKAN IMAN dan boleh HAPUSKAN AMAL seseorang seperti api memakan sekam. 

 

Dari suatu sudut pandang, Syirik khafi ini tidak kurang bahayanya dengan Syirik Jali kerana lazimnya  syirik ini tidak kelihatan lantaran terpendam di dalam hati.   Bahkan dari suatu sudut, Syirik Khafi lebih merbahaya bagi orang beriman kerana Ummat ini TIDAK akan sembah berhala berupa patung, kayu atau benda2 lain.   Tetapi mereka menyembah "berhala hati" yang bermaksud "menyembah"  diri sendiri " atau "menyembah"  makhluq lain berupa nafsu, Iblis, kekayaan dunia, pangkat dll.   Oleh kerana ini Nabi ﷺ bersabda :

 

Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang  dengan amal mereka” 

[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]


Keterangan  darihal Syirik Khafi, sebab2nya, jenis2nya, jalan2 penyakit ini terbentuk dalam hati dan cara2 merawatnya sehingga hati kembali kepada kesucian diri yang asal dijelaskan di dalam kitab2 Tasawwuf dan Ma'rifat.


Inilah sebabnya mempelajari hal ehwal penyakit hati yang paling berat ini  daripada ahlinya, iaitu Mursyid yang Siddiq dan seterusnya mujahadah melawan nafsu kejahatan, melawan bisikan2 Syaitan, berzikir sungguh2 membersihkan hati  dengan Pimpinan beliau menjadi Fardhu Ain (wajib atas setiap diri yang mukallaf). 



Bersambung siri  48 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 46)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.6  Penjelasan Khusus : Dosa Besar Syirik Khafi:


Pada lembaran2 yang lalu kami telah bentangkan penyakit2 batin (hati) yang amat berat yang membawa kepada dosa2 besar   iaitu Takabbur, Riya', Sum'ah, 'Ujub dan Tawakkal pada makhluq.  Kesemua penyakit batin (hati) yang berat ini adalah Syirik Khafi sebagaimana disentuh sepintas lalu ketika huraiannya.   


Pada bahagian ini kami membawa sekalian ummat merenungi dan memerhatikan secara khusus Bab Syirik Khafi yang merupakan ancaman terbesar kepada hati seseorang kerana ia membawa kepada rosaknya Iman dan batalnya sekalian amal ibadah.  Meskipun Syirik Khafi merupakan ancaman terbesar yang meruntuhkan segala amal ibadah serta merosak Iman, namun kebanyakan orang Islam TIDAK menyedarinya.  


Menurut pengalaman kami sendiri mengendalikan berbagai Kursus Asas Fardhu Ain dan Pengajian Kitab, kami dapati kebanykan peserta TIDAK mengetahui secara pasti apa itu Syirik Khafi.  Bahkan sebahagiannya tak pernah mendengar pun wujud istilah Syirik Khafi.  Bagi mereka semua ini pengetahuan baru.  Sangatlah ajaib, Pendokong2 Ahlus Sunnah sendiri TIDAK mengetahui Prinsip2 Pokok dan Asas Ahlus Sunnah.  Sungguh kasihan Ummat Akhir zaman.!


Ringkasnya terdapat tiga golongan ummat yang menghadapi kekeliruan bab Syirik Khafi :


Pertama:  Orang Awam:

Kebanyakan orang awam tidak mengenali Syirik Khafi, tidak mengetahui wujudnya Syirik Khafi, tidak mengetahui betapa besarnya bahaya Syirik Khafi, dengan demikian mereka tidak peduli mengenainya. Akibatnya terumbang-ambinglah mereka antara Keimanan dan kesyirikan (tanpa disedari)


Kedua :  Alim fiqh dan Usuluddin:

Sebahagian besar orang alim fiqh atau Usuluddin mengetahui akan wujudnya Syirik Khafi, mereka tahu bahaya dan kebinasaannya. Namun mereka tidak dapat membuangnya kerana mereka tidak mengetahui jalan2 untuk hapuskan Syirik Khafi ini dari hati mereka.


Ketiga : Golongan Sesat :

Golongan ini menafikan terus wujudnya Syirik Khafi.   Pada pendapat mereka segala gerak dan lintasan hati dimaafkan, maka menurut pendapat  mereka, persoalan bab keruhanian dan Ilmu Toriqat dan Tasawwuf semua tak wujud.   Akibatnya tinggallah mereka di dalam kesesatan dan kebinasaan.


Wal Iyazubillah.


Bersambung siri  47  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 45)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.5 Dosa Besar Kelima :  Tawakkal kepada makhluq

sambungan....


Ubat dan Penawar:

Kaedah Khusus:

Penawar untuk penyembuhan yang sebenar bagi penyakit hati ini sama seperti yang telah kami huraikan berulangkali sebelum ini, iaitu dengan cara menyucikan hati sebersih2nya dengan amalkan Toriqat (berserta Syari'at — ertinya jangan sesekali meninggalkan Syari'at) yang diwarisi oleh Mursyid yang Siddiq ( Pewaris Nabi yang Muhaqqiq ) dari Junjungan Besar Rasulullah  ﷺ.


Sesungguhnya punca terjadinya seseorang Tawakkal kepada makhluq dan lupakan Allah Ta'ala adalah kerana hatinya yang lalai dari Zikrullah.   


Punca manusia  menggantungkan nasibnya kepada makhluq dan lupakan pergantungan kepada Allah adalah kerana hatinya diselaputi berbagai "hijab (tutupan)" yang menyebabkan terhalang dari menyaksikan Rahmat Allah Ta'ala.   


Punca manusia menyandarkan segala kebaikan, keberhasilan dan keberuntungan kepada usaha ikhtiar dirinya adalah kerana hatinya telah dicemari oleh penyakit2 hati yang tumbuh bercabang2 di dalamnya.


Dengan demikian tiada cara lain untuk keluar dari semua kerosakan dan kebinasaannya melainkan mengambil Penawarnya daripada Mursyid yang Siddiq.  Pesakit akan diberikan berbagai ramuan serta menempuh berbagai mujahadah sehingga hatinya benar2 bersih.


Apabila hatinya benar2 bersih, dia TIDAK lagi bergantung hati kepada makhluq,  dia TIDAK lagi menyandarkan apa jua kejayaan keapada usaha ikhtiarnya, dia TIDAK lagi memandang makhluq berkuasa tetapi hanya Allah Ta'ala yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.  


Ketika itu dia akan melihat hanya Allah Ta'ala yang berikan kesembuhan,  hanya Dia Yang berikan keselamatan, hanya Dia yang Kurniakan Kejayaan, hanya Dia yang Kurniakan sekalian Ni'mat dan Rahmat.


Ketika itu akan berkumandanglah hatinya dengan Kalimat Tauhid.... 

La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

(Tiada daya tiada upaya hanya Allah)


berulang2 tanpa henti, sedang hatinya terus menerus zikir Allah Allah.


Sesungguhnya hal ini BUKAN dibuat2 / BUKAN digagahi / BUKAN memaksa2 diri, tetapi Kalimat suci itu akan zahir dengan sendirinya tanpa paksaan apa pun.


Semua ini berlaku dalam kedamaian dan ketenangan hati yang tiada terungkap...!


Kaedah orang awam:

Orang2 awam yang belum mendapat pimpinan Mursyid yang Siddiq perlu mengikuti langkah2 berikut untuk mengurangkan kesan2 penyakit ini ke dalam hatinya. 


(1) Sentiasa sedar dan insaf, bahawa hanya Allah Ta'ala Berkuasa di atas segala sesuatu termasuk sekalian perbuatan kamu.   


(2) Sebelum melakukan suatu pekerjaan hendaklah mohon pertolongan Allah Ta'ala, sekurang2nya bacalah ayat Tawakkal iaitu:   (   بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ )  meskipun pekerjaan tersebut sudah lazim dilakukan.  Misalnya pergi ke tempat kerja, balik dari tempat kerja,  ziarahi seseorang, pergi ke bank, pasar, kedai dll.  Hal ini akan menghindarkan diri dari pergantungan hati kepada makhluq. 


(3) Sebelum memulakan sesuatu tugasan khusus seperti pembentangan kertas kerja atau membina sesuatu projek pembangunan,  atau menerbitkan sesuatu yang baharu, maka  lazimkan istikharah dan mohon Pertolongan Allah Ta'ala.  Akuilah diri kamu hamba yang lemah yang tiada memiliki apa2.  JANGAN sesekali memulakan apa juga tugasan / projek / pembinaan / penerbitan dll dengan keegoan sendiri. JANGAN sesekali rasa hebat dengan kemahiran, kecekapan, kepintaran kamu meskipun kamu sememangnya terkenal sebagai pakar. Sebaliknya rasai kehebatan, Keagungan dan Kurnia Allah Ta'ala pada setiap pekerjaan yang kamu lakukan.


(4) Jika kamu mencapai suatu kejayaan, hendaklah cepat2 bersyukur kepada Allah dengan syukur yang sebanyak2 nya kerana "kejayaan" yang kamu capai BUKAN disebabkan keupayaan kamu, BUKAN disebabkan kecekapan kamu, BUKAN disebabkan kepakaran kamu, BUKAN disebabkan segala gelaran2 dunia kamu spt  Master, PhD, Drs, Profesor ,  tetapi ingatlah semua kejayaan tersebut adalah Ni'mat Kurnia Allah Ta'ala.


(5) Jika kamu gagal dalam sesuatu pekerjaan / urusan / tugasan, maka akuilah kegagalan tersebut adalah kelemahan dan kekurangan diri kamu, kemudian berusaha lah lagi dengan mohon Pertolongan Allah Ta'ala.  Kitaran seterusnyanya sama seperti di atas.


(6) Sepanjang melakukan apa jua pekerjaan cuba kekalkan ingatan pada Allah. Dengan cara ini hati akan tetap bergantung kepada Allah serta terhindar dari tawakkal kepada makhluq, jauh dari keakuan diri yang membawa kepada Syirik dalam hati....  walaupun hal ini amat sukar sekali bagi orang awam.  


(7) Sekiranya datang lintasan dalam hati akan keakuan diri, hendaklah segera kembalikan hati kepada Allah Ta'ala dengan Istighfar, Taubat serta zikirkan Kalimah Tayyibah banyak2.   Taubat dan Zikir Kalimah Tayyibah ini WAJIB dilakukan segera ketika itu juga.   Jika TIDAK bertindak segera, maka ketika itulah Syirik telah bertapak di dalam hati.  Sepanjang masa seseorang berada di dalam keadaan tersebut adalah termasuk dosa yang tidak disedari.  Ertinya bermula dari terdetiknya Syirik dalam hati sehingga lah dia bertaubat adalah dihitung dosa yang berat.  Dosa hati yang berat ini akan memakan sekalian amal bagaikan api membakar kayu api.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri  46 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_____________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

Sunday, October 30, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 44)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.5 Dosa Besar Kelima :  Tawakkal kepada makhluq

sambungan....


Kemusykilan dan Jawapan:


Kemusykilan 5 :

Jika seseorang berusaha ikhtiar adakah bermakna dia Tawakkal kepada makhluq?


JAWAPAN :

Tidak !

Usaha ikhtiar BUKAN bermakna Tawakkal kepada makhluq. Bahkan usaha ikhtiar adalah setengah dari Perintah Allah Ta'ala. Allah Ta'ala Perintah kepada orang beriman agar  "berazam" dan juga "Tawakkal kepada Allah Ta'ala."


Firman Allah :

فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ

"Kemudian apabila engkau telah berazam,  maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. "

[Aali -Imran (3) : Ayat 159]


Perintah Allah ini menggabungkan "Azam", "Usaha Ikhtiar" dan "Tawakkal kepada Allah".  


Maka inilah yang benar, menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen) —  sentiasa memohon pertolongan Allah di dalam setiap pekerjaan serta serahkan sepenuhnya kepada Allah Ta'ala apa saja hasil yang diperoleh kemudian.     Jika Allah Ta'ala Kurniakan kejayaan kepada kamu, bersyukurlah kepada Allah sebanyak2nya.  Jika kamu menemui kegagalan, maka akuilah kegagalan itu atas kekurangan dan kelemahan diri. Kemudian berusahalah lagi dengan penuh Tawakkal kepada Allah.


Di dalam istilah Ma'rifat, ini yang dikatakan melihat Af'al Allah pada setiap pekerjaan — melihat dari dalam hati akan setiap Perbuatan Allah serta tenang hati berserta-Nya.   Hati berdiri pada Haqiqat sementara zahir pekerjaan berdiri pada Syari'at.  Setiap pekerjaan mematuhi hukum-hakam Syari'at sedang hati berpegang kepada ketentuan Allah Ta'ala.  Orang yang sampai kepada Maqam ini dikatakan telah mencapai Maqam Tauhid Af'al —  iaitu  permulaan Tauhid yang hakiki bagi hamba2 Allah yang menuju Allah, dengan menyucikan hatinya  dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.


Adapun yang dilarang adalah bergantung hati kepada makhluq ketika berusaha ikhtiar atau menyandarkan kejayaan kepada usaha ikhtiar.   Iaitu ketika memperbuat sesuatu kebaikan dia merasakan dia mampu melakukan dengan usaha ikhtiarnya dan lupakan Fudhlah Allah Ta'ala.    Ketika dia berjaya dia merasakan kejayaan itu hasil usahanya.  Perlakuan ini yang dilarang kerana ia menjerumuskan kepada Syirik.  (Syirik khafi) — seperti yang telah dibicarakan sebelum ini. 


Berusaha tanpa tawakkal kepada Allah menghantarkan seseorang kepada Syirik yang tidak disedari.

Tawakkal kepada Allah  tanpa usaha adalah angan2 kosong dan kebodohan.  Selama seseorang masih di Maqam usaha kasab, maka dia perlu berusaha ikhtiar menurut hukum Syara'.


Kecuali seseorang yang diAnugerahi oleh Allah Ta'ala Maqam Tajrid, maka ini persoalan lain yang memerlukan perincian yang sangat halus.  TIDAKLAH  mudah seseorang mencapai Maqam Tajrid, melainkan dia telah mujahadah pada waktu yang lama di bawah pimpinan Mursyid yang Siddiq sehingga Salikin ini diAnugerahi oleh Allah Maqam Mukasyafah yang tahqiq —  Maqam tertinggi pada Maqam Tauhid Zat.  Orang awam TIDAK akan sesekali mencapainya. 


Bersambung siri  45 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_____________________________  

  MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

(Siri 43)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.5 Dosa Besar Kelima :  Tawakkal kepada makhluq

sambungan....


Kemusykilan dan Jawapan:


Kemusykilan 4:

Jika seseorang memohon suatu pertolongan kepada manusia lain, apakah ianya menjadi kesalahan atau dianggap sama seperti Tawakkal kepada makhluq?


JAWAPAN :

Tidak.  

Memohon pertolongan kepada manusia lain dalam urusan kehidupan di atas muka bumi adalah harus dan tidaklah termasuk larangan, selama TIDAK bergantung hati kepada makhluq dan TIDAK menyandarkan kejayaan atau suatu keberhasilan  kepada keupayaan makhluq. 


Memang benar ,  Memohon pertolongan secara mutlaq adalah kepada Allah Ta'ala semata2.  Misalnya memohon secara umum sihat tubuh badan, mohon murah Rezeki yang halal, Mohon Keselamatan diri dan ahli keluarga  .....   semua ini semata2 ditujukan kepada Allah Ta'ala kerana Dia Yang Maha Kaya, Dia Yang Maha Pemberi Rezeki, Dia Yang Maha Pemberi Perlindungan.


Walau bagaimanapun memohon pertolongan kepada manusia untuk suatu keperluan kehidupan adalah harus.  Misalnya   seseorang buruh memohon pekerjaan kepada Pemilik Syarikat,  atau pesakit memohon rawatan doktor,  atau seseorang memohon pertolongan mekanik untuk baiki keretanya yang rosak.


Tolong-menolong sesama manusia adalah setengah dari tanda2 kelemahan dan kekurangan manusia.  Sekalian makhluq  adalah lemah, tiada daya upaya.   Allah Taala menjadikan manusia saling memerlukan untuk menyempurnakan urusan kehidupan atas muka bumi.  Petani memerlukan benih dan baja untuk menghasilkan tanaman.  Penjual benih dan baja memerlukan beras dan sayuran yang di- hasilkan oleh Petani.   Peniaga memerlukan pengangkutan dan logistik untuk ekspot barangannya ke tempat lain.  Syarikat pembinaan memerlukan bantuan berbagai pihak yang menghasilkan simen, batu, pasir, kayu, besi untuk mendirikan bangunan.  Peniaga, pedagang, doktor, polis, Guru memerlukan makanan laut yang diusahakan oleh nelayan.   Begitulah Taqdir Allah Taala menjadikan manusia saling menolong di dalam urusan kehidupan di atas muka bumi.


Bahkan di dalam mencapai kebaikan ukhrawi juga Allah Ta'ala perintahkan kepada manusia supaya saling menolong kepada pekerjaan akhirat, Keimanan dan Ketaqwaan ...


Firman Allah :

ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan Taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."

[Al-Maaidah (5) : Ayat 2]


Maka kuncinya di sini (sebagaimana kami sudah jelaskan sebelum ini)  :

1. Jangan bergantung hati kepada makhluq (jangan menyakini makhluq mempunyai kuasa menentukan sesuatu / menghasilkan sesuatu)

2. Jangan sesekali menyandarkan keupayaan melakukan sesuatu kepada kemampuan diri atau makhluq.

3. Jangan sesekali menyandarkan kejayaan atau suatu keberhasilan kepada kemampuan diri atau makhluq lain.


sebaliknya...


1. Gantungkan segala harapan kepada Allah Ta'ala semata2.

2. Sentiasa melihat Anugerah Allah Ta'ala untuk melakukan suatu pekerjaan sama ada yang kecil atau besar, sama ada ianya berkaitan dengan urusan kehidupan atas muka bumi atau suatu berkaitan terus kepada Keimanan dan Ubudiyyah.

3. Sentiasa serahkan segala keyayaan dan keberhasilan suatu pekerjaan kepada Allah Ta'ala semata2.



Bersambung siri  44 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 42)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.5 Dosa Besar Kelima :  Tawakkal kepada makhluq

sambungan....


Kemusykilan dan Jawapan:

Berikut adalah kemusykilan2 serta jawapannya berhubung dengan persoalan "Tawakkal kepada makhluq" yang sering menjadi kekeliruan di kalangan ummat.


Kemusykilan 1 :

Mengapakah perbahasan berkenaan "Tawakkal kepada makhluq" di letakkan di bawah Ilmu Tasawwuf / Toriqat dan BUKAN di bawah Usuluddin /  Ilmu Kalam / Perbahasan Sifat 20?


JAWAPAN :

"Tawakkal kepada Allah" dan lawannya "Tawakkal kepada makhluq"  dibincangkan di dalam Ilmu Tasawwuf kerana ianya berkaitan dengan HATI, berhubung dengan Syirik Khafi serta Tauhid yang hakiki.   Menurut Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar, sekalian Ilmu, amal dan  hal ehwal yang berkaitan dengan HATI dihimpunkan di dalam Ilmu Tasaawuf.  


Sedangkan Ilmu Perbahasan Sifat 20 / Ilmu Kalam menumpukan aspek aqal,  mengkayakan hujjah aqal, membincangkan hal2 berhubung dengan Syirik Jali dan Tauhid pada aqal.  Di dalam perbahasan ilmu ini, hal HATI hati tidak diberi penekanan khusus. Mereka TIDAK memberikan perhatian khusus kepada Syirik khafi  yang membawa kepada kerosakan Iman dan kebinasaan amal kebaikan.


Inilah sebabnya telah sepakat sekalian Ulama Mu'tabar, WAJIB mendidik hati / sucikan hati melalui Toriqat dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.  Meskipun dia sudah bergelar Ulama (Ulama Fiqh atau Guru Besar Usuluddin), dia tetap wajib masuk kepada Pimpinan Mursyid yang Siddiq.


Kemusykilan 2 :

Jika datang lintasan sekejap sahaja kemudian dia tolak lintasan tersebut segera, adakah jatuh Syirik khafi juga?


JAWAPAN :

Khatir (lintasan)  yang jahat datang dari bisikan nafsu atau hembusan Syaitan ke dalam hati manusia.  Jika seseorang didatangi khatir (lintasan) yang jahat sekejap sahaja dan dia segera menolaknya, maka ini  dimaafkan / bukan dosa. Ini kerana setiap orang Islam awam atau Salikin (yang masih di dalam mujahadah) akan terkena khatir ini.  Seseorang hanya dihukum di atas sesuatu hal yang menjadi "tetap" di dalam hati atau menjadi keyakinan.  


Maksudnya apabila lintasan tadi TIDAK  ditolak segera sehingga ia berubah menjadi "niat " atau "qasad" di dalam hati (menetap di dalam hati), maka ketika itulah menjadi dosa hati.   Sekiranya ia di- biarkan terus sehingga menjadi "keyakinan" yang dipegang, maka ini bahaya lebih besar kerana boleh menjerumuskan kepada "kekufuran"  atau "Syirik Akbar".  Wal Iyazubillah.


Inilah sebabnya setiap murid pada Jalan Ma'rifat dilatih dengan Zikrullah serta sistem penyucian jiwa.  Ketika datang lintasan, maka Zikrullah yang sentiasa berdiri di dalam hati akan segera menolak lintasan tersebut sehingga terselamatlah mereka dari dosa Syirik (syirik khafi)


Kemusykilan 3 :

Sebahagian penuntut yang mendalami Ilmu perbahasan Sifat 20 mendakwa begini :  "Tawakkal kepada makhluq bukan suatu dosa kerana ianya tak dapat dielakkan."  Atau mereka berkata :   "Tawakkal kepada makhluq bukan suatu dosa kerana ianya dimaafkan"


JAWAPAN :

Kedua2 ungkapan di atas BUKAN pegangan Ahlus Sunnah yang benar (tulen).   Ianya adalah pendirian Golongan sesat yang terkeluar dari Ahlus Sunnah.  Meskipun barangkali mereka mengaku mereka kiyai, ustad, muallim dsb.  namun mereka adalah pendusta dan penyamar di kalangan Ahlus Sunnah.  Mereka telah terang2an menentang Al-Qur'an, Hadith dan Ijma' Ulama Mu'tabar.  (Yang kami maksudkan dengan Ulama Mu'tabar adalah Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah yang menjadi Pemimpin Ummat sepanjang zaman. Mereka adalah Pemimpin kepada jalan lurus — satu2nya jalan yang di- Rahmati Allah. Mereka BUKAN pendusta Agama).


Adapun yang dimaafkan adalah khatir (lintasan) seperti jawapan kami pada Soalan kedua di atas.  Hujjah2nya telah banyak kami sebutkan sebelum ini, maka tidak diulangi lagi.


Bersambung siri  43 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

Saturday, October 29, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 41)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.5 Dosa Besar Kelima :  Tawakkal kepada makhluq

sambungan....


Contoh 2:

Seorang mahasiswa yang berjaya mendapat pangkat tinggi di dalam pelajarannya , berkata di dalam hati bahawa kejayaan itu  adalah hasil usahanya sendiri atau disebabkan pertolongan manusia lain.  Orang ini melupakan Allah Ta'ala Yang Maha Berkuasa memberikan kejayaannya. Perbuatan ini adalah Tawakkal kepada makhluq yang merupakan dosa Syirik. (syirik khafi)


Contoh 3 :

Seorang Pengetua Sekolah yang berjaya membawa sekolahnya menjadi terkenal, merasakan di dalam dirinya, semua kejayaan tersebut dicapai dengan hasil usahanya atau dicapai dengan bantuan manusia  lain. 


Contoh 4:

Seorang doktor yang berjaya di dalam suatu urusannya  mengubati pesakit berkata di dalam hatinya bahawa pesakit tersebut sembuh disebabkan kehebatan usaha ikhtiarnya serta kepakarannya.


Contoh 5:

Seorang usahawan yang menjadi kaya-raya mengaku di dalam hatinya bahawa kekayaan tersebut adalah dari usahanya yang gigih, kerana kepakarannya di dalam dunia perniagaan dsb.

            

Contoh 6:

Si abid (ahli ibadah) merasakan di dalam dirinya dia mempunyai kemampuan untuk melakukan ibadat, tanpa menghubungkannya kepada Rahmat Allah Ta'ala kepadanya.


Contoh 7:

Orang yang gemar bersedekah merasakan di dalam dirinya bahawa dia yang melakukan sedekah tersebut tanpa menyandarkannya kepada fudhlah kemurahan yang Allah Kurniakan kepadanya.  


Seseorang yang berda'wah dan berjihad harta yang banyak merasakan di dalam dirinya bahawa dia mempunyai keupayaan untuk melakukan sekalian kebajikan tersebut.


Demikian sebahagian contoh2 yang lazim terjadi di kalangan Ummat Islam.


Semua contoh2 yang tersebut di atas dan contoh2 lain sepertinya adalah syirik khafi kerana menyandarkan suatu amal kebaikan kepada diri sendiri atau meletakkan pergantungan pada amal atau meletakkan diri pada kedudukan mampu melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri atau makhluk lain sedangkan sekalian makhluk tidak mempunyai daya upaya sedikitpun. !!!    Sedangkan sekalian kejayaan / kemenangan adalah Rahmat Allah Ta'ala Yang Maha Penyayang.


Tidak ada yang boleh memberikan kejayaan melainkan Dia!

Tidak ada yang mampu melepaskan diri dari segala bencana selain Dia!


Firman Allah :


 مَا شَآءَ ٱللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّهِ

Sekaliannya menurut barang yang dikehendaki Allah.  Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.

[Al-Kahfi (18) : Ayat 39]


Firman Allah :

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا   

“dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya)”.

[Al-Insan  (76) : Ayat 30]


Rasulullah ﷺ bersabda :

“dan ketahuilah bahawa jikalau makhluq sekaliannya berhimpun untuk memberi kamu suatu manfaat tidaklah perkara itu bermanfaat bagi kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jikalau mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah diangkat Qalam dan telah seslesi ditulis suhuf (tempat tulisan takdir)”.

[Imam Tirmizi,  Imam Ahmad]


Perhatikan sungguh2!

Seperti kami katakan pada awal huraian bab ini, bergantung hati kepada makhluq,  menyandarkan amal kebaikan kepada diri sendiri,  menyandarkan kamampuan untuk mencapai kejayaan atau menolak suatu kecelakaan  tanpa menghubungkannya kepada Kemurahan Allah adalah Syirik Khafi yang berbeza dengan 'Ujub,

Semua contoh2 yang kami paparkan di atas BUKAN 'Ujub tetapi lebih halus dari Ujub yang mana hampir2 tak dapat dikesan oleh orang awam termasuk ahli2 Usuluddin / Ilmu Kalam yang hanya bergelumang dengan ilmu perdebatan tanpa mendidik hati / mensucikan hati menurut Disiplin Ma'rifat.



Bersambung siri  42 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

Friday, October 28, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 40)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.5 Dosa Besar Kelima :  Tawakkal kepada makhluq

sambungan....


Jenis2 Tawakkal kepada makhluq berserta Contoh2nya:


Secara ringkas 3 bentuk Tawakkal kepada makhluq yang sering terjadi kepada manusia :

■ Menyandarkan amal ibadah kepada kemampuan diri atau usaha ikhtiar sendiri. 

■ Menyandarkan suatu kejayaan / kemenangan kepada kekuatan makhluq.

■ Bergantung harap kepada makhluq untuk memberikan manfaat atau menolak mudarat.


Contoh 1 :

Kejayaan membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Contoh ini contoh terbaik menurut keadaan semasa untuk diambil i'tibar oleh seluruh Ummat Islam terutama orang Islam di tanah air dan sekitarnya.     

Ramai mendakwa kejayaan membendung wabak Covid-19 di Malaysia adalah kerana kebijaksanaan Pemimpin, kepakaran pegawai kesihatan, kecekapan pihak pertahanan serta kehebatan pakar strategi.  Pihak media hebahkan kesungguhan pihak2 yang terlibat bagi membawa kejayaan tersebut.  Ringkasnya...  ramai orang beranggapan semua kejayaan tersebut datang dari usaha, kesungguhan dan kecekapan pakar2 di Malaysia...!


Apakah kata kalian ?

Adakah sangkaan ini benar di Sisi Ahlus Sunnah W. Jamaah?

Adakah pegangan ini menepati Aqidah yang haq?

Apakah akan terjadi jika sangkaan tersebut menjadi pegangan dan i'tiqad dalam hati?

Apakah akan terjadi kepada Tauhid seseorang apabila dia mempunyai keyakinan tersebut?


Sesungguhnya pegangan ini adalah penyelewengan dari Tauhid yang haq.  Apabila kamu beranggapan kejayaan mengawal Covid-19 ini adalah hasil kecekapan pakar2 kesihatan, kehebatan perubatan, kemahiran pakar strategi, kebijaksanaan pemimpin tanpa menghubungkan semua kebaikan itu kepada Kekuasaan, Kemurahan serta Rahmat Allah Ta'ala, maka inilah dikatakan Syirik khafi yang merosak Iman serta batalkan amal kebaikan.

Ia menjadi Syirik khafi kerana kamu telah mempersekutukan Allah pada Af'al (Perbuatan-Nya) serta Sifat-Nya Yang Maha Agung.


■ Covid-19 adalah ciptaan Allah Ta'ala pada hakikatnya.  Walaupun manusia membuat berbagai andaian, hipotisis, teori berkenaan Covid-19 ini, hakikatnya ia kembali kepada Allah Ta'ala Yang Menciptakan segala sesuatu dari "tiada" kepada "ada".


■ Covid-19 merupakan musibah kepada manusia sejagat — namun berbeza-beza kesannya kepada manusia bergantung kepada IMAN / TAUHID / MA'RIFAT seseorang.  Bagi Auliya Allah, ianya Ni'mat Anugerah Allah.  Bagi orang Mu'min sejati ia merupakan Dugaan.  Bagi orang kafir, munafiq dan fasiq.... semua ini merupakan bala Kemurkaan Allah.


■ Covid-19,  makhluq Allah yang tersangat kecil tetapi telah mengunci mulut Pemimpin2 sombong dan angkuh, mendiamkan kuasa tentera yang gagah, mengalahkan pakar strategi, membuat kaku segala teknologi dan kecanggihan perubatan moden.


■ Negara2 yang PALING DASYAT menerima tamparan Covid-19 adalah negara2 yang terkenal sebagai negara maju di dalam Sains dan Teknologi. Mereka memiliki kepakaran di dalam Strategi serangan kimia.  Mereka memiliki pakar2 Sains paling hebat di dunia.  Mereka memiliki doktor dan perawat2 paling cekap di dunia. Kelengkapan makmal kajian, perubatan dan gedung2 ubat mereka mengatasi negara2 lain.    Di tengah2 segala kelengkapan ini, manusia di negara2 moden dan canggih ini rebah seorang demi demi seorang sehingga mencapai angka yang tidak terkawal.


Sekarang mari kita lihat apa yang ada di negara kita.  Jika kita mengaku kita mempunyai kepakaran di dalam perubatan, Negara2 di luar sana mempunyai kepakaran yang jauh lagi hebat.  Jika kita merasakan kita mempunyai alat kelengkapan moden, negara2 Barat mempunyai peralatan moden yang lebih lengkap. Jika kita merasakan Strategi kita lagi baik, negara2 di luar sana mempunyai pakar2 strategi lebih cekap.  Namun, apa yang jelas di tengah2 kehebatan manusia dan sains, ternyata mereka semua tewas kepada makhluq Allah yang amat seni ini.


■ Covid-19 hanyalah makhluq yang menurut perintah Allah Ta'ala.  Ia tidak memiliki apa2 kuasa tersendiri.


Apa jua musibah yang terjadi akibat Covid-19 adalah pada hakikatnya ketentuan Allah Ta'ala.   Dia Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.  Dia (Allah Ta'ala) menimpakan kecelakaan kepada siapa yang Dia Kehendaki dan Dia memberikan keselamatan bagi siapa yang Dia Kehendaki. TIDAK ada kuasa mana pun mampu memaksa Kehendak Allah Ta'ala. 


Jika orang beriman terselamat dari musibah Covid-19, maka itu adalah semata2 Rahmat dan Kasih Sayang Allah kepada mereka, dan BUKAN kerana usaha ikhtiar mereka, BUKAN kerana kecekapan mereka, BUKAN kerana kepakaran mereka. 


Jika orang Islam yang fasiq terselamat dari Covid-19 ini, maka itu adalah semata2 penangguhan Allah Ta'ala kepada mereka untuk bertaubat.


Jika orang kafir harbi dan munafiq terselamat, maka itu adalah semata2 Sifat Allah Ta'ala yang Maha Rahman atas makhluq-Nya, BUKAN kerana kebaikan mereka.


Kesimpulan dari keterangan ringkas di atas :

Menyandarkan suatu kejayaan atau kebaikan kepada diri sendiri atau kekuatan makhluq lain adalah menyalahi Tauhid yang haq.    

Ia menjadi Syirik khafi kerana kamu telah mempersekutukan Allah pada Af'al (Perbuatan-Nya) serta Sifat-Nya Yang Maha Agung. 

Sesungguhnya kejayaan menangani Covid-19 BUKAN kerana kehebatan pakar2, BUKAN kerana kemajuan sains dan teknologi, BUKAN kerana kekuatan tentera dan strategi, BUKAN kerana kebijaksanaan pemimpin... tetapi semua itu adalah Kemurahan Allah Ta'ala Yang Maha Penyayang kepada Negara ini.

Manusia diperintah berusaha sungguh2 mencari jalan2 keselamatan, namun DILARANG bergantung kepada usaha ikhtiar tersebut. Manusia diperintah berdoa dan beramal soleh, namun mereka DI- LARANG bergantung hati kepada doa dan amal soleh untuk memberikan kejayaan.


Jika ada yang bertanya,

Adakah ini bermakna kita tak perlu berusaha ikhtiar untuk mencapai keselamatan dan kejayaan?  Maka jawapannya :

Setiap Muslim HARUS berusaha ikhtiar dengan segala kemampuan diri menurut Syari'at serta adab2 nya, bahkan adakalanya WAJIB berusaha ikhtiar.  Namun, selepas usaha ikhtiar serahkan segalanya kepada Allah Ta'ala. 

JIka berjaya mencapai sesuatu hal, maka Syukurlah sebanyak2nya.  Yakinlah bahwa semua kejayaan itu adalah Rahmat Allah Ta'ala Yang Maha Penyayang.  JANGAN sesekali berpegang ianya hasil kekuatan dan kepandaian kamu.

JIka gagal atau belum mencapai kejayaan, maka sabarlah serta berusaha baiki diri sungguh2.  Segala kegagalan yang terjadi kembalikan kepada kelemahan dan kekurangan diri. 



Bersambung siri  41 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________ 

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

Thursday, October 27, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 39)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.5 Dosa Besar Kelima :  Tawakkal kepada makhluq

sambungan....


Fakta2 penting berhubung Tawakkal :

(1) Tawakkal kepada Allah adalah menifestasi dari Kalimah Syahadah pengakuan Kalimah La-Ilaha Illallah.  Dalam ertikata lain Tawakkal kepada Allah adalah cetusan dari Iman yang sebenar / Tauhid yang hakiki.


(2) Bicara berkenaan Tawakkal berkait rapat dengan Taqdir, Qadha Qadar,  Kuasa Mutlaq Allah Ta'ala,  Af'al Allah (Perbuatan Allah) dan af'al makhluq, 


(3) Setiap orang beriman diperintah Tawakkal kepada Allah semata2 dan jauhi sama sekali Tawakkal kepada makhluq.  Tawakkal kepada Allah adalah tanda2 Keimanan dan Tawakkal kepada makhluq adalah menyalahi Tauhid, menjadi Syirik khafi.


(4)  Menyandarkan apa jua  amal ibadah kepada usaha ikhtiar, kemampuan diri atau kekuatan diri adalah termasuk Syirik khafi.  


(5) Bergantung hati kepada makhluq untuk memberi manfaat atau menolak mudarat adalah Syirik Khafi.


(6) Menggantungkan apa jua kejayaan atau kemenangan kepada usaha ikhtiar, kemampuan diri atau kekuatan makhluq lainnya adalah Syirik khafi.


(7) Tawakkal kepada makhluk adalah Syirik khafi yang paling halus dan hampir2 tak dapat dikenali oleh orang2 awam.  Lazimnya orang2 awam tidak peduli akan hal ini kerana tidak mempunyai pengetahuan berkenaannya,  akibatnya mereka selalulah bergelumang di dalam syirik khafi tanpa mereka tak sedar.  


(8) Orang alim (yang tidak mendidik hatinya dan tidak berusaha menyucikannya dengan pimpinan Mursyid yang siddiq) juga tidak mampu melepaskan diri dari Syirik khafi yang paling halus ini.  Meskipun mereka mempunyai pengetahuan berkenaan dengannya, mereka sering kali terjatuh kerana wujud sifat "keakuan' di dalam dirinya.


(9) Seseorang yang memandang keupayaan diri, melihat kemampuan diri melakukan suatu kebaikan serta menyandarkan amal ibadah  kepada kekuatan diri ini adalah Syirik khafi kerana mempersekutukan Allah pada Af'al-Nya dan Sifat-Nya Yang Maha Berkuasa memperbuat segala sesuatu. 


(10) Memandang keupayaan diri, atau melihat kemampuan diri untuk melakukan suatu kebaikan atau menyandarkan amal ibadah kepada kekuatan diri ini berbeza dengan 'Ujub.   Orang ini BUKAN 'Ujub tetapi lebih halus dari 'Ujub. Orang yang 'Ujub mempunyai sifat "bangga, megah, "takjub, hairan dengan suatu kelebihan dirinya", sedangkan orang yang menyandarkan amal kepada diri sendiri TIDAK mempunyai sifat2 demikian, tetapi dia hanya melihat keupayaan serta kemampuan diri melakukan  ketaatan... sedang ini juga termasuk ke dalam Syirik khafi.


(11) Fahamilah dengan sungguh2.... Menyandarkan amal kebaikan kepada keupayaan diri atau  bergantung harap kepada keupayaan makhluq merupakan Syirik khafi yang penghabisan yang teramat halus.   Apabila seseorang lepas bebas dari Syirik khafi penghabisan ini, maka barulah dikatakan dia telah memiliki jiwa murni serta Tauhid hakiki. 


Sesungguhnya hal ini amat rumit sekali dikesan oleh mereka yang tidak menuntut Jalan menyucikan hatinya.


Bersambung siri  40 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 38)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.5 Dosa Besar Kelima :  Tawakkal kepada makhluq

sambungan....


Dalil-Dalil Larangan:


Berikut adalah dalil2 berkenaan  hubungan Iman dan Tawakkal dan dalil2 wajib Tawakkal pada Allah semata2


■  Wajibnya Tawakkal menyerah diri sepenuhnya kepada Allah Ta'ala semata2  dan dilarang bergantung hati kepada makhluq:

■  Larangan menyandarkan suatu amal kebaikan atau ibadah kepada kemampuan diri sendiri.

■  Larangan menyandarkan suatu kejayaan atau keberhasilan kepada kekuatan diri sendiri atau kekuatan manusia lainnya.

■ Larangan bergantung kepada makhluq untuk memberi manfaat atau menolak mudarat.


Pertama :  Firman Allah :

وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ 

"Dan tawakkallah kamu kepada Allah, jika kamu orang yang benar2 beriman"

[Al-Maaidah (5) : Ayat 23]


Penjelasan  : 

Dalam ayat ini, Allah Ta'ala menghubungkan Iman / Tauhid yang benar dengan Tawakkal yang sesungguhnya kepada Allah Ta'ala. Maka ini menjadi setengah dari tanda2 benarnya Iman / Tauhid seseorang. Berlawanan dengan ini adalah orang yang tawakkal kepada selain Allah, menyerahkan urusan hidup matinya kepada makhluq dan bergantung harap pada makhluq, dan ini syirik khafi.  Wal Iyazubillah


Kedua :  Firman Allah :

وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ

Sesiapa tawakkal, berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya segala keperluannya"

[Ath-Thalaaq (65) : Ayat 3]


Ketiga :  Firman Allah Ta'ala :

وَيَوۡمَ حُنَيۡنٍ‌ۙ إِذۡ أَعۡجَبَتۡڪُمۡ كَثۡرَتُڪُمۡ فَلَمۡ تُغۡنِ عَنڪُمۡ شَيۡـًٔا وَضَاقَتۡ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ ثُمَّ وَلَّيۡتُم مُّدۡبِرِينَ 

"dan di hari Perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa takjub (bangga)  dengan sebab bilangan kamu yang ramai;   tetapi bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri."

[At-Taubah (9) ; Ayat 25]


Penjelasan :

Ayat ini mengandungi dua sisi : Pertama larangan 'Ujub dan kedua Larangan Tawakkal kepada makhluq.   

Tentera Islam mengira dengan ramainya bilangan tentera mereka dapat kalahkan musuh, iaitu mereka tersilap di dalam menggantungkan harapan kepada makhluq, sedangkan perasaan hati seperti itu menyalahi Tauhid, iaitu iaitu Syirik khafi.   Di dalam Perang Hunain ini, akibat Tawakkal kepada makhluq, hilanglah Pertolongan dan Rahmat Allah yang mengakibatkan kekalahan (pada peringkat awalnya).  Ini pengajaran "segera" kepada tentera Islam.


Keempat :  Firman Allah Ta'ala :

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا   

“dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya)”.

[Al-Insan (76) : Ayat 30]


Kelima:  Firman Allah :

: وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

 “dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam”.

[At-Takwir (81):  Ayat 29]


Penjelasan :

Kedua ayat di atas menyatakan hubungan Taqdir dan Kuasa Mutlaq Allah Ta'ala bagi menentukan sesuatu. Apa saja yang dirancang dan dilaksanakan oleh makhluq adalah menurut perancangan-Nya yang Azali. Tiada makhluq mampu mengubahnya.


Keenam: Firman Allah :

  وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللَّهَ رَمَى “

“... dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar……”

[ Al-Anfal (8) : 17]


Penjelasan :

Ayat ini adalah penegasan yang lebih kukuh berkenaan Tauhid Af'al Allah Ta'ala; iaitu pada haqiqatnya segala sesuatu yang bergerak atau diam di alam jagatraya ini adalah sekaliannya Af'al Allah (Perbuatan Allah).

Zahirnya kelihatan makhluq mengerjakannya sedang hakikatnya semua itu adalah Af'al Allah.


Ketujuh: Firman Allah :

قَالَ هَـٰذَا مِن فَضۡلِ رَبِّى

"berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku"

[An-Namli (27) : Ayat 40]


Penjelasan :

Ayat ini mengajar manusia supaya menyandarkan segala ibadahnya, kebaikannya, kejayaannya kepada Allah Ta'ala semata2 kerana semua itu semata2 dari Anugerah dan Rahmat Allah.


Kelapan: Rasulullah ﷺ bersabda :

“dan ketahuilah bahawa jikalau makhluk sekaliannya berhimpun untuk memberi kamu suatu manfaat tidaklah perkara itu bermanfaat bagi kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jikalau mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah diangkat Qalam dan telah selesai ditulis suhuf. "

[Tirmizi, Ahmad]


Penjelasan :

Hadith ini satu lagi dalil berkenaan Tauhid Af'al, Taqdir Ilahi, Qudrat, Iradat dan Ilmu Allah Ta'ala, bahawa sesungguhnya tiada apa pun mampu menolongnya ketika kesusahan, dan tiada apa pun mampu memberikannya suatu kebaikan. Melainkan ianya dari Allah Ta'ala.



Bersambung siri  39  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 37)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.5 Dosa Besar Kelima : Tawakkal Kepada Makhluq


Sebelum melihat pengertian "Tawakkal kepada makhluq" yang terlarang, mari kita melihat dahulu pengertian sebenar "Tawakkal" yang dituntut atas setiap orang beriman.


Definisi Tawakkal:

Tawakkal berasal dari kata : "  وَكَلَ  "  (wakala) bermaksud wakil, pengganti diri, mewakilkan, menyerahkan suatu urusan kepada seseorang yang dipercayai.    

Tawakkal menurut Syara' adalah "Menyerahkan diri dan segala urusan hidup dunia akhirat sepenuhnya kepada Allah Ta'ala, serta tenang hati berserta Allah."


Penjelasan :

Maksud dari Ta'rif di atas adalah :

(1) Meyakini sepenuh hati bahawa Allah Ta'ala Maha Berkuasa atas segala sesuatu.  Hanya Dia penentu segala nya bagi makhluq-Nya.  Dia Yang Maha Berkuasa memberi Manfaat dan Hanya Dia Maha Berkuasa menolak mudarat.


(2) Meyakini bahawa makhluq tiada kuasa apa pun pada haqiqatnya.  Makhluq sekaliannya dhaif dan lemah, walau siapa pun dia, walau sebesar mana pun pangkatnya, walau betapa gagah pun dia, walau tinggi mana pun kedudukannya... semua itu  tiada daya upaya sedikit pun memberikan manfaat atau menolak mudarat. 


(3) Meyakini sungguh2 bahawa kemampuan seseorang melakukan sesuatu kebaikan, mendirikan ketaatan,  ubudiyah adalah Anugerah Allah Ta'ala semata2, BUKAN kerana kebaikan dirinya.  BUKAN kerana usaha ikhtiarnya. BUKAN kerana kekuatan yang ada padanya.


(4) Meyakini sungguh2 bahwa setiap kejayaan yang dicapainya atau dicapai oleh manusia lain seluruhnya adalah milik Allah.   Allah Ta'ala Yang Maha Berkuasa memberikan kejayaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia juga Maha Berkuasa menahan kejayaan daripada sesiapa yang Di Kehendaki-Nya.


(5) Melihat dari dalam hati bahawa tidak ada yang bergerak maupun diam melainkan dengan izin Allah. Bahkan segala sesuatu digerakkan oleh Allah Ta'ala pada haqiqatnya.  Zahirnya makhluq memperbuat sesuatu sedangkan pada haqiqatnya semua itu Af'al (Perbuatan) Allah.


(6) Setiap orang WAJIB berusaha sekuat mungkin menurut kemampuannya dan kemudian menyerahkan urusan tersebut kepada Allah Ta'ala. 


Dari definisi  Tawakkal serta hakikat tuntutan Kalimah Syahadah....Kalimah Tauhid La-Ilaha Illallah, kita dapat memahami, orang beriman wajib Tawakkal kepada Alla Ta'ala, dan hanya Allah Ta'ala SAHAJA...!


Maka berlawanan dengan semua ini adalah Tawakkal kepada makhluq yang dilarang., iaitu:

(1) Bergantung hati kepada makhluq di dalam sebarang urusan hidup...  iaitu meyakini makhluq juga mampu memberikan manfaat atau menolak mudarat.


(2) Bergantung hati kepada keupayaan dan kemampuan diri untuk melakukan sesuatu tanpa menghubungkannya kepada Allah.


(3) Mengaku dan mendakwa suatu kejayaan / kemenangan sebagai hasil usahanya sendiri.


(4) Melihat kemampuan diri melakukan suatu ibadah seperti solat, puasa, da'wah dll. 


Di dalam semua keadaan tersebut di atas, dia TIDAK melihat Kekuatan yang Allah Ta'ala Kurniakan pada dia untuk melakukan semua macam ketaatan.   Dia TIDAK melihat Rahmat Allah Ta'ala untuk mencapai kejayaan. Dia TIDAK melihat keberhasilan usahanya dari Kurnia Allah.  Sebaliknya dia semata2 melihat keupayaan dan kekuatan dirinya atau kekuatan makhluq.


Apabila seseorang Tawakkal kepada selain Allah,  meletakkan pergantungan hidup kepada makhluq, menyandarkan segala kejayaannya kepada usaha ikhtiarnya sendiri, menyandarkan segala ibadah serta keberhasilan kepada usaha ikhtiarnya sendiri,  maka ketika itu berlakulah penyimpangan dari Tawakkal kepada Allah.  Ini adalah Syirik khafi, syirik yang amat halus yang sangat tersembunyi.


"Tawakkal kepada selain Allah (makhluq)" ini  termasuk dalam rangkaian Syirik khafi kerana berlaku penyekutuan kepada Allah di dalam hati.  


Cuba perhatikan baik2 dengan pandangan tajam....

Sifat ini hampir kepada 'Ujub, namun ia bukan 'Ujub bahkan lebih halus dari 'Ujub kerana orang yang melakukan 'Ujub mempunyai rasa "bangga, megah, takjub dengan diri",  berbeza dengan hal 'Tawakkal kepada makhluq" tidak mempunyai perasaan2 demikian sebaliknya dia hanya melihat dirinya mempunyai keupayaan melakukan sesuatu atau secara umumya dia melihat makhluq mempunyai kemampuan untuk memberikan manfaat dan menolak mudarat.  Semua ini adalah suara hati dan hanya terpendam di dalam hati.   Hal ini adalah  lebih halus dari 'Ujub sekira2 tidak disedari oleh kebanyakan orang awam.


Untuk pemahaman lebih lanjut, ikuti penjelasan berikutnya....


Bersambung siri  38  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

Wednesday, October 26, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 36)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.3 Dosa Besar Keempat : 'Ujub'

sambungan....


Ubat dan Penawar bagi penyakit 'Ujub:

Setelah mengetahui betapa besarnya penyakit 'Ujub serta akibat2nya yang amat dahsyat sekali sehingga membawa kepada dosa besar Syirik khafi serta batal segala amal ibadahnya, maka sudah pasti setiap orang beriman akan cuba hindarkan darinya.  Namun ini tidak mungkin kerana tidak ada manusia yang mampu melepaskan diri dari penyakit 'Ujub yang amat halus dan merbahaya ini.


Meskipun dia seorang alim yang besar , hafal berbagai kitab, mahir berbagai ilmu alat yang menjadikannya terkenal serata dunia, namun dia tak mampu melepaskan diri dari penyakit ini.  Bahkan orang2 alim yang menguasai berbagai ilmu Syari'at serta beribadat siang dan malam lebih banyak terdedah kepada penyakit hati yang besar ini. 


Dengan demikian pilihan yang tinggal adalah merawatnya.  Iaitu merawat hati yang telah dikuasai oleh berbagai bentuk 'Ujub.  Jalan terbaik merawat hati yang 'Ujub ini sehingga kembali bersih adalah mengambil Penawarnya dari Mursyid yang Siddiq.  Hanya Mursyid yang siddiq memiliki ubat, rawatan dan  penawar mujarrab bagi mengubati penyakit ini, bahkan semua penyakit yang berada di dalam batin manusia.


Mursyid akan pimpin dan mendidik setiap orang menurut Disiplin Ma'rifat yang diwarisi turun-temurun dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.    Warisan Agung ini BUKAN dengan fikir aqal, BUKAN teori2, BUKAN catatan kitab, ... sebaliknya ia adalah Anugerah Allah Ta'ala kepada mereka setelah mereka sendiri mujahadah pada waktu yang lama di bawah asuhan Guru Mursyid mereka sehingga mereka berjaya menundukkan segala nafsu2 kejahatan serta mengalahkan segala bisikan2 Syaitan. 


Jika seseorang belum bertemu Mursyid yang Siddiq, maka kaedah sementara merawat hati yang berpenyakit ini adalah dengan Kaedah kedua :  Jalan Orang awam sebagaimana telah disebut beberapa kali sebelum ini.   Jalan Orang awam ini TIDAK akan mampu hapuskan segala penyakit batin termasuk 'Ujub,  tetapi hanya dapat mengurangkan kesan2nya.  Dan bertahan supaya penyakitnya tidak menjadi parah sampai binasa.

Jalan bagi orang awam :

(1) I'tiqad dan pandang sungguh2 dari dalam hati bahawa setiap kelebihan dan nikmat yang kita miliki berupa harta, wang ringgit, kekayaan, kepandaian, kekuasaan dll  adalah haq Allah Ta'ala, BUKAN haq kita.  Pada hakikatnya manusia dan makhluq seluruhnya TIDAK memiliki apa2 pun.  Dengan demikian adalah kebodohan yang amat nyata seseorang mengaku sesuatu yang bukan hak dia. 


(2) Tetapkan di dalam hati, setiap nikmat yang ada pada manusia  itu hanyalah pinjaman yang diberikan oleh Allah Ta'ala untuk menguji sejauh mana dia bersyukur kepada Allah Ta'ala.  Jika dia kenang bahawa semua itu dari Allah untuk menguji dia lalu dia bersyukur, maka selamatlah dia dunia akhirat.  Sebalik nya jika dia menganggap semua itu milik dia, menganggap semua nikmat itu hasil usaha dia, maka jatuhlah dia kepada kebinasaan.  Masihkah ada perasaan 'Ujub dengan kelebihan diri?


(3) Sentiasa ingat bahawa setiap makhluq adalah lemah, tiada daya upaya sedikit pun.  Segala usaha ikhtiar untuk mencapai suatu kejayaan hanyalah asbab untuk mencapai sesuatu yang lain. BUKAN manusia menentukan kejayaannya atau keberhasilannya.  Jika demikian halnya, maka mana mungkin manusia jadi 'Ujub dengan dirinya?


(4) Setiap ibadah yang dilakukan oleh manusia, setiap sedekah, setiap usaha da'wah dll nya atas Taufiq dan Hidayah Allah Ta'ala.  Manusia TIDAK mampu melakukan apa jua ibadah, solat, puasa, sedekah, da'wah dan kebaktian lain. Maka dari mana datang 'Ujub?  Apa yang dia nak hairankan dengan diri sedangkan semua yang dia perbuat adalah pada hakikatnya Taufiq dan Hidayah Allah Ta'ala?


(5) Lazimkan lakukan tiga amalan ini :   Istighfar,   Zikir La-Ilaha Illallah dan  Solawat atas Nabi sebanyak2nya.

Semoga segala sifat 'Ujub (dan juga segala penyakit hati lain) akan terhalang dari menguasai hati.


Semua kaedah ini sangat mudah ditulis dan di suratkan namun tersangat berat untuk dihayati.    Sifat Ujub akan sentiasa terselit di dalam amal ibadah tanpa disedarinya.   Lazimnya setelah lama masa berlalu barulah sedar bahawa dia telah 'Ujub. 


Inilah sebabnya WAJIB bagi setiap orang beriman mencari Mursyid yang siddiq (benar), berbai'at serta menerima didikannya sampai jiwanya menjadi benar2 suci bersih. 



Bersambung siri  37  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 35)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.3 Dosa Besar Keempat : 'Ujub'

sambungan....


Punca 'Ujub — Sebab2 yang mendorong kepada 'Ujub


Perkara2 yang mendorong kepada 'Ujub di dalam diri seseorang adalah sama seperti Sifat Takabbur. Ini kerana kedua2 nya saling kait-mengait.  Bermula dari 'Ujub yang hanya wujud di dalam hati, lama kelamaan sifat ini akan berkembang di dalam hati  lalu melimpah  mendorong pula kepada Sifat Takabbur.   


Inilah sebabnya mengapa sebahagian Ulama menta'rifkan 'Ujub sama seperti Takabbur. Mereka menta'rifkan 'Ujub sebagai :  Memandang diri lebih baik dari orang lain serta menghina atau memandang hina kepada orang lain.   Umpamanya kata Imam Sufyan Ath-Thawri Radhiallahu Anhu :

“Sifat ujub adalah kekagumanmu pada dirimu sendiri, sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya dari saudaramu."


Mengapa mereka memberikan 'Ujub itu definisi hampir sama dengan Takabbur?

Jawapan:

Yang sebenarnya Sifat 'Ujub di dalam hati berkembang sedikit demi sedikit lalu mengerasi pada perkataan serta perbuatannya, sehingga sifat Ta'jub yang hanya terpendam di dalam hati pada awalnya, kemudiannya terzahir pula pada anggota tubuhnya. maka jadilah sifat2nya menyerupai Takabbur.


Secara ringkas yang mendorong seseorang kepada 'Ujub adalah :

1.  Kelebihan Ilmu yang dimilikinya.

2.  Kelebihan Amal Ibadahnya

3.  Kelebihan pada tubuhnya – kecantikan,  kekuatan, ketangkasan dll

4.  Kelebihan harta,  anak dan kekayaan dunia yang dimilikinya.

5.  Kelebihan kerana banyaknya pengikut

6.  Kelebihan pada  keturunan.

7.  Kelebihan Kuasa, Pangkat, Kedudukan.  


Semua kelebihan ini adalah Kurnia Allah Ta'ala, tetapi mereka melupakan Allah Ta'ala serta beri'tiqad mereka yang memilikinya.  Mereka tenggelam ke dalam Syirik yang amat halus.


Huraian kepada hal ini sama seperti huraian bagi Sifat Takabbur.  Sila rujuk semula untuk keterangan. 


Akibat 'Ujub:

Sesungguhnya akibat yang disebabkan oleh 'Ujub amat banyak sekali.  Kesan akibatnya sama seperti orang yang dihinggapi penyakit Takabbur.  Walau bagaimanapun yang paling besar sekali bahayanya ada dua iaitu:

(1) Menjadi syirik (Syirik khafi)  yang merosakkan Imannya / Tauhidnya. 

(2) Terhapus segala amal kebaikan yang dilakukannya


Wal 'Iyazubillah


Penjelasan lanjut hal ini sama seperti Bab Takabbur.  Sila Rujuk semula. 



Bersambung siri  36  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 34)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.3 Dosa Besar Keempat : 'Ujub'

sambungan....


Bentuk2 ' Ujub


Bentuk2 'Ujub di dalam diri seseorang hampir sama dengan bentuk2 Takabbur dan Riya' disebabkan wujudnya hubungan erat antara ketiga2 sifat ini.   Oleh yang demikian kami hanya menyebut secara ringkas bentuk2 nya:


Pertama :  'Ujub di dalam Ibadah:

(1) 'Ujub' di dalam Membanyakkan Ibadah

(2) 'Ujub di dalam Mengelokkan Ibadah

(3) 'Ujub di dalam Meninggalkan Ibadah


Contoh 1:

Seseorang beribadah sepanjang malam, lalu bangkit perasaan di dalam hatinya bahawa dirinya sudah baik disebabkan amalnya yang banyak. Atau dia rasa hairan dengan amalnya sendiri seperti katanya dalam hati...

"hebat juga aku dapat solat tahajjud banyak ni"  atau .....

"hairan aku macam mana ye aku boleh ibadah banyak ni"    atau....

"barangkali aku seorang saja yang ibadat banyak macam ni"... 

atau lain2 sepertinya.


Hal inilah yang paling lumrah terjadi kepada ahli ibadah, abid dan orang yang rajin melakukan berbagai ibadah malam.   Sedangkan semua ini adalah 'Ujub yang wajib dijauhi jika tidak akan jatuhlah kepada Kemurkaan Allah.  Wal Iyazubillah


AWAS:

'Ujub sememangnya penyakit hati yang amat besar serta sentiasa membayangi mereka yang membanyakkan Ibadah atau kebajikan. 

Namun seseorang yang meninggalkan Ibadah yang banyak disebabkan takut menjadi 'ujub,  ini satu lagi penyakit halus yang sangat tersembunyi.

Apabila dia mengurangkan ibadah atau sedikit melakukan kebajikan kerana takut menjadi' Ujub, lalu terasalah di dalam hatinya dia hebat kerana dia berjaya menjauhkan 'ujub. Maka ini satu sisi lain  'Ujub yang amat halus, bahkan orang semacam ini termasuk "ghurur" — tertipu dengan diri sendiri.   


Jika demikian apakah yang patut dilakukan?  Jawapannya : Bersungguh2lah ibadah kepada Allah, siang dan malam. Tetapi pada masa yang sama mujahadahlah melawan nafsu kejahatan yang menyeru kepada 'Ujub  (serta kekejian lain) sehingga ia tunduk menyerah kalah.  Ertinya JANGAN sesekali mengurangi ibadah semata2 kerana takut menjadi 'Ujub.   


Sesungguhnya hal ini amat rumit sekali.  Apabila seseorang tingkatkan ibadah,  datang berbagai bisikan jahat menyuruhnya 'Ujub.  Kemudian apabila dia cuba kurangkan ibadah semata2 kerana takut 'Ujub, datang pula bisikan lain yang mendorongnya kepada 'Ujub. 


Hati insan sentiasa berbolak balik mengikut bisikan2 halus nafsu dan Syaitan.  Iblis dan Syaitan serta kuncu2nya dari kalangan Jinn2 jahat sentiasa menunggu peluang untuk membisikkan keraguan, keburukan, serta was-waskan.  Hati itu wajib disucikan dengan pimpinan Mursyid yang siddiq.


Inilah sebabnya sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang hebat2 terdahulu musyafahah dengan Mursyid yang Siddiq,  mendidik hati  dengan bimbingan Mursyid. Pendidikan khusus inilah yang  dikenali sebagai Sistem Pendidikan Ahli Sufi pada zaman kemudian dari kurun Sahabat. Ini kerana hanya Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat / Mursyid yang siddiq mewarisi Nubuwwah dan Risalah Rasulullah ﷺ.


Kedua : 'Ujub di dalam Ilmu:

(1) 'Ujub bagi penuntut Ilmu syari'at

(2) 'Ujub bagi penuntut Ilmu Tasawwuf / Toriqat


Contoh :

Mereka yang memperoleh penghormatan sebagai Profesor, PhD, Drs atau lain2nya merasa takjub, merasa hebat, mulia, agung dsb.  Inilah 'Ujub walaupun dia hanya merasa kehebatan tersebut di dalam hatinya tanpa menunjuk2 apa2 isyarat pun di hadapan manusia. Bahkan inilah perbezaannya dengan Takabbur, Riya' dan Sum'ah yang terjadi ketika hadir manusia lain di hadapannya.


Ketiga : 'Ujub di dalam Ucapan / Berkata2 / Bersyarah:

(1) 'Ujub dengan membaguskan ucapan / memperindah syarahan.

(2) 'Ujub' di dalam Meniru kata2 Auliya Allah:

(3) 'Ujub di dalam penguasaan berbagai bahasa :

(4) 'Ujub di dalam Membanyakkan perkataan / ucapan panjang:


Contoh:

Seseorang memberikan ucapan di khalayak ramai sehingga dikagumi manusia, lalu timbul perasaan di dalam hati akan kehebatannya bersyarah /  berceramah / memberikan ucapan.

Sesungguhnya hal ini lumrah terjadi kepada mana2 Pensyarah / Penceramah / ahli pidato dsb.  Amat sukar sekali membuang 'Ujub pada hati mereka, kecuali mereka melazimkan diri mereka dengan didikan dan asuhan Mursyid yang siddiq.


Keempat:   'Ujub  di dalam Berpakaian:

(1) 'Ujub  ketika berpakaian indah, baru, mahal.

(2) 'Ujub  ketika berpakaian lusuh, buruk, murah.

(3) 'Ujub  ketika memakai pakaian kemuliaan.


Contoh :

Seseorang yang berpakaian indah, berpakaian kemuliaan, berpakaian Pembesar2 dsb.  lalu merasa hairan, mulia, hebat dengan pakaian tersebut.  


Contoh :

Seseorang berpakaian lusuh, buruk,  rambut kusut, lalu merasakan diri sudah hebat sebagai seorang zuhud dan wara'.  


Contoh :

Seseorang memakai pakaian Sunnah Nabi seperti jubah dan serban lalu takjub  di dalam hatinya sebagai orang yang mulia.


Kelima:  'Ujub Di dalam Penulisan:


Keenam : 'Ujub dengan tubuhnya, kekuatan:


Ketujuh:  'Ujub dengan keturunan


Kelapan :  'Ujub dengan kekayaan, harta benda


Kesembilan : 'Ujub dengan banyaknya anak atau pengikut


Kesepuluh : 'Ujub dengan pangkat, kedudukan


Demikianlah sebahagian dari bentuk2 'Ujub yang lazim terjadi kepada mereka2 yang melakukan ibadah dan kebajikan. 


Selain dari bentuk2 'Ujub yang tersebut di atas,  masih banyak lagi bentuk2 lain yang mungkin timbul di dalam hati pelakunya.  Ringkasnya apa sahaja pekerjaan atau perbuatan yang menimbulkan perasaan takjub, hairan akan diri sendiri, perasaan kehebatan di dalam hati, perasaan diri cemerlang, perasaan diri sudah baik dan sempurna dll sepertinya, maka jatuhlah kepada 'Ujub yang membinasakan....! 


Wal Iyazubillah. 



Bersambung siri  35  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

Tuesday, October 25, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 33)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.3 Dosa Besar Keempat : 'Ujub’

sambungan....


Fakta2 Penting Sifat 'Ujub


Berikut adalah beberapa fakta berhubung dengan sifat 'Ujub yang wajib diperhatikan, diperhalusi dan difahami sungguh2 oleh setiap orang beriman sehingga jelas baginya akan bahayanya kepada Tauhid serta amal ibadahnya: 

(1) 'Ujub merupakan satu lagi Syirik Khafi yang membawa kepada binasanya amal serta rosaknya Tauhid / Iman.  

(2) 'Ujub adalah termasuk Syirik Khafi kerana ia merupakan perbuatan "menyekutukan Allah" di dalam hati". Apabila seseorang beriman menyangka lalu i'tiqad di dalam hati bahawa dia memiliki keistimewaan, kehebatan, kemuliaan tersendiri lalu takjub dengannya, maka jatuhlah dia kepada Syirik yang amat halus ini. 

(3) 'Ujub lebih halus dari Takabbur, Riya'  atau Sum'ah.  Meskipun semua ini Syirik Khafi, sifat 'Ujub adalah lebih tersembunyi kerana ianya  TIDAK kelihatan pada pandangan zahir. Ia semata2 terpendam di dalam hati sehingga tiada siapa pun akan menyangka wujud sifat ini pada seseorang yang terlihat melakukan amal ibadah, sedekah, da'wah atau kebajikan lainnya.

(4) 'Ujub boleh menjadi pangkal kepada timbul nya Sifat Takabbur, Riya' dan Sum'ah.  Ertinya bermula dari menghairani dirinya, merasa takjub dan hebat di dalam hati pada awalnya, ia akan menular menjadi lebih besar kepada Sum'ah, Riya' atau Takabbur.

(5) 'Ujub ini lazimnya terjadi kepada mereka yang mempunyai kelebihan2 tertentu yang Allah Ta'ala Kurniakan ;   sama ada berbentuk duniawi seperti orang berpangkat, keturunan Bangsawan, kaya-raya, jutawan, harta banyak, rumah mewah,  rupa yang tampan, petah bercakap dll. Atau suatu kelebihan ukhrawi seperti memiliki banyak ilmu Syari'at, banyak ilmu pidato, banyak hafal Hadith,  banyak melakukan ibadah malam, rajin baca Al-Qur'an,  fasih baca Al-Qur'an, banyak sedekah, mengerjakan Haji berulang2 atau ibadah2 lainnya.  Dengan semua kelebihan ini mereka rasa aman, hebat dan selamat. Mereka menyangka diri mereka sudah hebat dengan berbagai kelebihan tersebut sehingga tertutup matahati melihat Yang Empunya Kemuliaan.

(6) 'Ujub akan datang tanpa diundang, ertinya sifat tercela ini boleh jadi timbul tiba2 di dalam hati walaupun pada awalnya seseorang tidak mempunyai sebarang niat yang terpesong. Ketika ini seseorang yang sedang melakukan ibadah mempunyai pilihan sama ada menolaknya segera dengan istighfar dan taubat. Atau dia biarkan perasaan 'Ujub itu menguasai dirinya.  Di dalam kebanyakan keadaan,  si abid (hamba yang melakukan ibadah) tidak mampu menolak sifat 'Ujub yang mendatang ini kerana dia akan menyangka diri dia layak dengan pujian tersebut.  Si abid menyangka dia sangat layak dengan pujian tersebut disebabkan ibadah yang dilakukannya sememangnya sangat cemerlang.  Ketika inilah dia jatuh kepada Syirik khafi tanpa disedari.

(7) 'Ujub timbul dari hati yang telah dicemari oleh hembusan nafsu2 jahat serta bisikan Syaitan.  Inilah sebabnya WAJIB tanpa kecuali bagi setiap orang beriman berusaha sungguh2 menyucikan batinnya menurut panduan Masyaikh  Ahlus Sunnah sehingga dia benar2 bebas dari belenggu nafsu jahat dan bisikan Syaitan.    Tanpa usaha yang sungguh2 seseorang akan tetap bergelumang di dalam  'Ujub ini....  seringkali jatuh dan bangun semula. Kemudian jatuh tersungkur dan bangun lagi.  Demikianlah hal kebanyakan orang awam yang tidak mempunyai jalan menyucikan hatinya.

(8) Orang yang kekalkan sifat 'Ujub di dalam dirinya tanpa taubat serta tidak sungguh2 melawan bisikan nafsu dan syaitan yang mendorongnya kepada 'Ujub ini, maka dia jauh dari Rahmat Allah serta dekat dengan Kemurkaan Allah. 


Bersambung siri  34  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

    

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 32)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.3 Dosa Besar Keempat : 'Ujub'


Definisi 'Ujub


'Ujub berasal dari perkataan  "عَجَب "  ('ajaba)   bererti :    takjub, hairan, perasaan kagum, perasaan megah.  

Dari sudut istilah,  'Ujub adalah suatu perasaan takjub, hairan, rasa hebat, rasa mulia, rasa sempurna dengan diri sendiri, serta rasa aman dengan wujud suatu kelebihan ni'mat pada dirinya. 


Penjelasan :

Maksud  "Perasaan takjub, hairan, rasa diri hebat, rasa diri sempurna"   adalah hal yang bangkit dan tersimpan di semata2 di dalam HATINYA.... TIDAK terzahir di dalam perkataan atau perbuatannya. 

Ertinya 'Ujub berlaku di dalam diri seseorang tanpa kehadiran seseorang di hadapannya.   

Ini berbeza dengan tiga bentuk Syirik khafi sebelum ini, iaitu Takabbur, Riya' dan Suma'ah.   Ketiga2 sifat kecelaan ini hanya bangkit ketika ada orang lain di hadapannya. 


Ini bermakna tiada siapa pun tahu akan sifat ini wujud di dalam hati orang yang 'Ujub melainkan hanya Allah saja Mengetahuinya. 

Maksud ungkapan... "Rasa aman dengan wujud kelebihan pada diri adalah :

dia menganggap dirinya sudah selamat kerana amalnya yang banyak dan disangkanya sudah mendapat Keredhaan Allah. Orang ini akan tenggelam di dalam khayalan dan angan2nya.


Dalil Larangan 'Ujub:

Firman Allah Ta'ala :

وَيَوۡمَ حُنَيۡنٍ‌ۙ إِذۡ أَعۡجَبَتۡڪُمۡ كَثۡرَتُڪُمۡ فَلَمۡ تُغۡنِ عَنڪُمۡ شَيۡـًٔا وَضَاقَتۡ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ ثُمَّ وَلَّيۡتُم مُّدۡبِرِينَ 

"dan di hari Perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa takjub (bangga)  dengan sebab bilangan kamu yang ramai;   tetapi bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri."

[At-Taubah (9) ; Ayat 25]


Firman Allah Ta'ala :

  يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ” وَالاْذَى……”

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan kebanggaan dan cercaan….”

[Al-Baqarah : 264]


Firman Allah Ta'ala :

فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡ‌ۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ

"Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja (Allah) yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. 

[An-Najmi (53) : ayat 32]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

Tiga perkara yang membinasakan, iaitu kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti dan menghairani manusia (ujub) dengan dirinya.”  

[Imam At-Tabarani]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Seseorang yang menyesali dosanya, maka ia menanti Rahmat Allah. Sedang seseorang yang merasa ‘ujub, maka ia menanti Murka Allah.” 

[Imam Al- Baihaqi]



Bersambung siri  33  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 31)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.3 Dosa Besar Ketiga : Sum'ah'


Definisi Sum'ah


Sum'ah berasal dari perkataan  " سمع "  (sama' )   bererti "dengar" atau "diperdengarkan".    Maka makna Sum'ah adalah memperdengarkan amal kebaikan dirinya kepada manusia serta senang hati mendengar pujian mereka kepadanya, sedangkan pada awalnya dia telah melakukan amal kebaikan tersebut secara sembunyi2.  


Maksudnya :

Seseorang hamba Allah melakukan amal ibadah di luar pengetahuan manusia (dia lakukan secara sembunyi2 dan tidak diketahui oleh manusia) namun esoknya dia menceritakan segala kebaikan / kebajikan / amal soleh yang dia lakukan kepada manusia.  Maka tahulah orang2 yang mendengarnya bahawa dia seorang yang banyak melakukan kebaikan lalu memujinya.   Perbuatan ini adalah antara syirik khafi yang amat tercela.


Fakta2 Penting berhubung

dengan Sum'ah


(1) Sum'ah adalah tergolong kedalam kumpulan syirik khafi  yang merosak Iman dan batalkan segala amal kebaikan yang telah dilakukan oleh seseorang.


(2) Punca timbulnya Sum'ah adalah sama seperti Takabbur dan Riya', iaitu disebabkan HATI  (qalbun)  yang tercemar, berpenyakit, kotor, keji dan terhijab.


(3) Orang yang melakukan Sum'ah rugi dunia akhirat.   Zahirnya kelihatan amal banyak, namun menjadi sia2, hangus musnah segala amal kebaikannya kerana memperdengarkan segala kebaikannya kepada manusia lain untuk mendapat pujian mereka.


(4) Sum'ah mempunyai banyak persamaan dengan Riya'.  Antaranya :    Kedua2nya merupakan Syirik khafi, maka akibatnya juga sama.  Kedua2nya merupakan penyakit hati yang menghinggapi orang yang gemar beramal tetapi tidak menyedari akan tipu daya nafsu dan syaitan.


(5) Perbezaan antara Sum'ah dan Riya' adalah :  Riya' "memperlihatkan amal" kepada manusia sementara Sum'ah adalah "memperdengarkan amal" kepada manusia.


Dalil Larangan

Firman Allah Ta'ala :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ ۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkitnya (memperdengarkan kebaikan kamu kepada manusia)"

[Al-Baqarah (2) : ayat 264]


Firman Allah :

 الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ

(Maka celakalah) mereka yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang (diketahui orang akan kebaikan yang kamu lakukan)”  

[Al-Ma’un (107) : Ayat 6]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ ، وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ. 

Barang siapa yang ingin didengar dari amalannya, niscaya akan Allah tampakkan, dan barang siapa yang ingin dilihat dari amalannya niscaya akan Allah tampakkan. 

[Imam Bukhari ]


Bentuk2 Sum'ah

Bentuk2 Sum'ah tidak jauh bezanya dengan "bentuk2 Riya",  bahkan banyak sekali persamaannya.  

Dengan demikian kami tidak mengulanginya.  Masing2 ambil i'tibar dari huraian berkenaan "bentuk2 Riya'  "

Pokoknya...  kedua2 sifat ini bertujuan agar segala amal kebaikan masing2 diketahui oleh manusia.  Mereka ingin segala ibadah dan kebajikan mereka diketahui manusia  agar mereka memujinya sebagai orang yang rajin beribadat, dermawan,  alim, wara', zuhud, baik hati dll.  

Perbezaannya, Riya' adalah melakukan ibadah dan kebajikannya secara terang2an untuk pujian manusia, sementara Sum'ah adalah melakukan ibadah di belakang manusia (tanpa pengetahuan manusia) namun dia zahirkannya kemudian di dalam perkataan sehingga diketahui oleh manusia.


Contoh2 Sum'ah

(1) Seseorang melakukan Tahajjud lama — solat, baca Qur'an, dll.   Pada keesokan harinya mukanya kelihatan pucat dan tidak bermaya, lalu orang bertanya, "mengapa kamu kelihatan lesu dan tak bermaya?",  maka di jawabnya, "Saya malam tadi ibadah lebihlah, Tahajjud lama, sebab itulah penat.

Maka lenyaplah segala ibadah tersebut  kerana dia telah mendedahkan amal ibadahnya agar diketahui manusia.  Sedangkan sebelumnya Allah Ta'ala telah menutup segala amal ibadahnya dari pengetahuan manusia. 

(2) Seseorang bersedekah dengan jumlah yang banyak secara sembunyi2.  Tiada siapa pun tahu melainkan dirinya dengan Allah Ta'ala.  Kemudian dia hebohkan kepada orang lain bahawa dia kesempitan wang kerana dia telah sedekah banyak.   Maka hilang lenyaplah kebajikan tersebut.

(3) Seseorang membantu faqir miskin tanpa pengetahuan manusia. Tiba2 dia mendedahkan segala sedekah yang dibuatnya agar diketahui manusia bahawa dia seorang dermawan.   Maka hilang lenyap segala pahala sedekahnya.


Demikian contoh2nya lainnya.

Rawatan dan Penyembuhan dari Penyakit Sum'ah

Rawatan dan Penyembuhan dari Penyakit hati Sum'ah sama saja seperti penyakit Takabbur dan Riya', iaitu melalui dua pendekatan:

(1) Kaedah Khusus dan paling berkesan:

Rawatan yang diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ  hingga ke hari ini dan berterusan sampai Qiamat....  oleh sekalian Mursyid yang Siddiq.  Penawar dan Rawatan yang hakiki, mutlaq dan sempurna hanya dimiliki oleh Mursyid yang Siddiq.  


 (2) Kaedah Awam

Kaedah ini bagi mereka yang belum bertemu seorang pun Mursyid yang Siddiq.  Golongan awam ini perlu melazimkan kaedah ini sungguh2 dengan Taubat dan Zikir Tahlil sehinga dipertemukan kepada Mursyid yag Siddiq.  


Huraian lanjut sila rujuk Siri2 terdahulu.



Bersambung siri  32  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

Sunday, October 23, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 30)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Merawat Hati dari Penyakit Riya':

(sambungan)


Jalan paling benar dan paling berkesan untuk merawat penyakit ini serta hapuskannya terus dari hati adalah dengan mengambil rawatannya dari Mursyid yang Siddiq.  Mursyid yang Siddiq adalah Warisatul Anbiya yang sebenar yang memiliki ubat serta penawar bagi segala penyakit hati manusia.  Mereka mewarisi Sistem Tarbiyyah Rasulullah ﷺ      Mereka adalah doktor ruhani yang  di Kurniakan oleh Allah berbagai ilmu yang mendalam berkenaan hati dan ruh insan. 


Dengan melazimkan diri di bawah pimpinan Mursyid yang siddiq,  seseorang Muslim dapat hapuskan terus  Penyakit Riya' ini dari hatinya dengan cara mencabut Riya' dari akar umbinya.  Ketika penyakit Riya ini (dan juga penyakit2 hati yang lain) terhapus, maka pada saat itu benar Tauhidnya serta ikhlas segala ubudiyyahnya.  Namun perlu diingat, ini BUKAN perjuangan setahun atau beberapa tahun , tetapi perjuangan lama serta istiqamah melaksanakan Syari'at dan Toriqat  Rasulullah ﷺ.  dengan pimpinan Mursyid yang siddiq.   Demikianlah terjadi kepada para Sahabat Ridhwanullah serta sekalian Masyaikh terdahulu yang mewarisi Nubuwwah dan Risalah Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. 


Kaedah yang tersebut di atas adalah  kaedah pertama serta Sistem Terunggul bagi mendidik hati dan Ruh manusia yang diwarisi turun-temurun dari Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ.  Sistem ini hanya ada pada Mursyid yang siddiq.  


Bagi orang awam yang belum menemui seorang Mursyid yang siddiq, maka Kaedah melawan penyakit Riya' ini adalah dengan jalan "menggagahi" atau "cuba2"  atau dengan cara "memaksa diri" atau "buat2 seolah2 tidak Riya' ".   Kaedah ini TIDAK menghilangkan Penyakit Riya', tetapi hanya bertahan supaya penyakitnya tidak menjadi lebih teruk dan parah.   


Jalan Orang Awam  :


(1) Sentiasa waspada bisikan hati :  

Apabila datang Riya',  cepat2 potong perasaan tersebut.  Dan ini amat payah kerana ketika datang Riya',  seseorang telah tenggelam di dalam penyakit tersebut.   Dosa Riya' akan dihitung berapa lama dia Riya' dan berapa banyak dia Riya'

Jika dia cepat sedar dan taubat saat itu juga,  maka harapan kita adalah : Moga Allah berikan keampunannya.


Jika Riya' berpanjangan, (pelakunya tidak sedar dan tidak taubat segera), maka akan sia2 lah segala amalnya. Wal Iyazubillah


(2) Sentiasa memeriksa niat pada tiga tempat :

Pertama      :     ketika awal ibadah / amal

Kedua        :     di pertengahan ibadah / Amal

Ketiga        :     bila selesai ibadah / Amal


Maksud dari pernyataan ini adalah :  TIDAK memadai bagi seseorang niat ikhlas pada awal perbuatan / Ibadah / amal kerana hati akan berubah2 sepanjang melakukan ibadah / amal.  Boleh jadi pada awalnya hatinya Ikhlas kerana Allah Ta'ala, tetapi di pertengahannya hatinya cenderung kepada Riya'.  Atau di permulaan dan pertengahan ibadah /amalnya niatnya bersih, tetapi pada penghujungnya niat hati tergelincir jatuh kepada Riya.


(3) Lazimkan baca Mu'awwizatain  (surah Al-Falaq dan An-Nas).  

Setiap kali berdiri untuk melakukan Solat,  atau ibadah lain seperti baca Qur'an..... baca dulu kedua surah ini berulang beberapa kali ;  3 kali atau 7 kali atau lebih.


(4) Sentiasa ingat bahawa diri sendiri tiada apa2 melainkan semuanya milik Allah.  Apabila semuanya milik Allah, maka tiada hak sedikit pun bagi seseorang melakukan Riya',  tiada sedikit pun ruang untuk mencari kemasyhuran dan kelebihan di mata manusia.


(5) Lazimkan Taubat sebanyak2nya atas dosa Riya'.


(6) Lazimkan Zikir La-Ilaha-Illallah, dengan sebanyak2nya.   Moga segala bentuk Riya' yang  menetap dalam hati dikifaratkan dengan Taubat dan Zikir Kalimat Tauhid ini.


Kesimpulannya bagi merawat hati yang berpenyakit berat ini ( sama seperti merawat penyakit Takabbur),  ada dua jalan :


Jalan Pertama :

Mengambil rawatan keruhanian dengan Mursyid yang Siddiq, yang merupakan doktor ruhani yang mewarisi segala Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ   Inilah jalan khusus yang telah ditempuh oleh sekalian Sahabat Nabi, Tabiin, Tabiit Tabi'in, sekalian Pewaris Nabi yang mengikuti mereka sampai Qiamat.


Jalan Kedua :  

Dengan jalan menggagahi diri, atau cuba sedaya-upaya menjauhkannya. Dan ini adalah cara orang awam yang tiada Mursyid yang Siddiq sebagai Pemimpinnya.



Bersambung siri  31  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...