■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 45)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.5 Dosa Besar Kelima : Tawakkal kepada makhluq
sambungan....
Ubat dan Penawar:
Kaedah Khusus:
Penawar untuk penyembuhan yang sebenar bagi penyakit hati ini sama seperti yang telah kami huraikan berulangkali sebelum ini, iaitu dengan cara menyucikan hati sebersih2nya dengan amalkan Toriqat (berserta Syari'at — ertinya jangan sesekali meninggalkan Syari'at) yang diwarisi oleh Mursyid yang Siddiq ( Pewaris Nabi yang Muhaqqiq ) dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.
Sesungguhnya punca terjadinya seseorang Tawakkal kepada makhluq dan lupakan Allah Ta'ala adalah kerana hatinya yang lalai dari Zikrullah.
Punca manusia menggantungkan nasibnya kepada makhluq dan lupakan pergantungan kepada Allah adalah kerana hatinya diselaputi berbagai "hijab (tutupan)" yang menyebabkan terhalang dari menyaksikan Rahmat Allah Ta'ala.
Punca manusia menyandarkan segala kebaikan, keberhasilan dan keberuntungan kepada usaha ikhtiar dirinya adalah kerana hatinya telah dicemari oleh penyakit2 hati yang tumbuh bercabang2 di dalamnya.
Dengan demikian tiada cara lain untuk keluar dari semua kerosakan dan kebinasaannya melainkan mengambil Penawarnya daripada Mursyid yang Siddiq. Pesakit akan diberikan berbagai ramuan serta menempuh berbagai mujahadah sehingga hatinya benar2 bersih.
Apabila hatinya benar2 bersih, dia TIDAK lagi bergantung hati kepada makhluq, dia TIDAK lagi menyandarkan apa jua kejayaan keapada usaha ikhtiarnya, dia TIDAK lagi memandang makhluq berkuasa tetapi hanya Allah Ta'ala yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
Ketika itu dia akan melihat hanya Allah Ta'ala yang berikan kesembuhan, hanya Dia Yang berikan keselamatan, hanya Dia yang Kurniakan Kejayaan, hanya Dia yang Kurniakan sekalian Ni'mat dan Rahmat.
Ketika itu akan berkumandanglah hatinya dengan Kalimat Tauhid....
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
(Tiada daya tiada upaya hanya Allah)
berulang2 tanpa henti, sedang hatinya terus menerus zikir Allah Allah.
Sesungguhnya hal ini BUKAN dibuat2 / BUKAN digagahi / BUKAN memaksa2 diri, tetapi Kalimat suci itu akan zahir dengan sendirinya tanpa paksaan apa pun.
Semua ini berlaku dalam kedamaian dan ketenangan hati yang tiada terungkap...!
Kaedah orang awam:
Orang2 awam yang belum mendapat pimpinan Mursyid yang Siddiq perlu mengikuti langkah2 berikut untuk mengurangkan kesan2 penyakit ini ke dalam hatinya.
(1) Sentiasa sedar dan insaf, bahawa hanya Allah Ta'ala Berkuasa di atas segala sesuatu termasuk sekalian perbuatan kamu.
(2) Sebelum melakukan suatu pekerjaan hendaklah mohon pertolongan Allah Ta'ala, sekurang2nya bacalah ayat Tawakkal iaitu: ( بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ) meskipun pekerjaan tersebut sudah lazim dilakukan. Misalnya pergi ke tempat kerja, balik dari tempat kerja, ziarahi seseorang, pergi ke bank, pasar, kedai dll. Hal ini akan menghindarkan diri dari pergantungan hati kepada makhluq.
(3) Sebelum memulakan sesuatu tugasan khusus seperti pembentangan kertas kerja atau membina sesuatu projek pembangunan, atau menerbitkan sesuatu yang baharu, maka lazimkan istikharah dan mohon Pertolongan Allah Ta'ala. Akuilah diri kamu hamba yang lemah yang tiada memiliki apa2. JANGAN sesekali memulakan apa juga tugasan / projek / pembinaan / penerbitan dll dengan keegoan sendiri. JANGAN sesekali rasa hebat dengan kemahiran, kecekapan, kepintaran kamu meskipun kamu sememangnya terkenal sebagai pakar. Sebaliknya rasai kehebatan, Keagungan dan Kurnia Allah Ta'ala pada setiap pekerjaan yang kamu lakukan.
(4) Jika kamu mencapai suatu kejayaan, hendaklah cepat2 bersyukur kepada Allah dengan syukur yang sebanyak2 nya kerana "kejayaan" yang kamu capai BUKAN disebabkan keupayaan kamu, BUKAN disebabkan kecekapan kamu, BUKAN disebabkan kepakaran kamu, BUKAN disebabkan segala gelaran2 dunia kamu spt Master, PhD, Drs, Profesor , tetapi ingatlah semua kejayaan tersebut adalah Ni'mat Kurnia Allah Ta'ala.
(5) Jika kamu gagal dalam sesuatu pekerjaan / urusan / tugasan, maka akuilah kegagalan tersebut adalah kelemahan dan kekurangan diri kamu, kemudian berusaha lah lagi dengan mohon Pertolongan Allah Ta'ala. Kitaran seterusnyanya sama seperti di atas.
(6) Sepanjang melakukan apa jua pekerjaan cuba kekalkan ingatan pada Allah. Dengan cara ini hati akan tetap bergantung kepada Allah serta terhindar dari tawakkal kepada makhluq, jauh dari keakuan diri yang membawa kepada Syirik dalam hati.... walaupun hal ini amat sukar sekali bagi orang awam.
(7) Sekiranya datang lintasan dalam hati akan keakuan diri, hendaklah segera kembalikan hati kepada Allah Ta'ala dengan Istighfar, Taubat serta zikirkan Kalimah Tayyibah banyak2. Taubat dan Zikir Kalimah Tayyibah ini WAJIB dilakukan segera ketika itu juga. Jika TIDAK bertindak segera, maka ketika itulah Syirik telah bertapak di dalam hati. Sepanjang masa seseorang berada di dalam keadaan tersebut adalah termasuk dosa yang tidak disedari. Ertinya bermula dari terdetiknya Syirik dalam hati sehingga lah dia bertaubat adalah dihitung dosa yang berat. Dosa hati yang berat ini akan memakan sekalian amal bagaikan api membakar kayu api. Wal Iyazubillah.
Bersambung siri 46 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment