■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 40)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.5 Dosa Besar Kelima : Tawakkal kepada makhluq
sambungan....
Jenis2 Tawakkal kepada makhluq berserta Contoh2nya:
Secara ringkas 3 bentuk Tawakkal kepada makhluq yang sering terjadi kepada manusia :
■ Menyandarkan amal ibadah kepada kemampuan diri atau usaha ikhtiar sendiri.
■ Menyandarkan suatu kejayaan / kemenangan kepada kekuatan makhluq.
■ Bergantung harap kepada makhluq untuk memberikan manfaat atau menolak mudarat.
Contoh 1 :
Kejayaan membendung wabak Covid-19 di Malaysia.
Contoh ini contoh terbaik menurut keadaan semasa untuk diambil i'tibar oleh seluruh Ummat Islam terutama orang Islam di tanah air dan sekitarnya.
Ramai mendakwa kejayaan membendung wabak Covid-19 di Malaysia adalah kerana kebijaksanaan Pemimpin, kepakaran pegawai kesihatan, kecekapan pihak pertahanan serta kehebatan pakar strategi. Pihak media hebahkan kesungguhan pihak2 yang terlibat bagi membawa kejayaan tersebut. Ringkasnya... ramai orang beranggapan semua kejayaan tersebut datang dari usaha, kesungguhan dan kecekapan pakar2 di Malaysia...!
Apakah kata kalian ?
Adakah sangkaan ini benar di Sisi Ahlus Sunnah W. Jamaah?
Adakah pegangan ini menepati Aqidah yang haq?
Apakah akan terjadi jika sangkaan tersebut menjadi pegangan dan i'tiqad dalam hati?
Apakah akan terjadi kepada Tauhid seseorang apabila dia mempunyai keyakinan tersebut?
Sesungguhnya pegangan ini adalah penyelewengan dari Tauhid yang haq. Apabila kamu beranggapan kejayaan mengawal Covid-19 ini adalah hasil kecekapan pakar2 kesihatan, kehebatan perubatan, kemahiran pakar strategi, kebijaksanaan pemimpin tanpa menghubungkan semua kebaikan itu kepada Kekuasaan, Kemurahan serta Rahmat Allah Ta'ala, maka inilah dikatakan Syirik khafi yang merosak Iman serta batalkan amal kebaikan.
Ia menjadi Syirik khafi kerana kamu telah mempersekutukan Allah pada Af'al (Perbuatan-Nya) serta Sifat-Nya Yang Maha Agung.
■ Covid-19 adalah ciptaan Allah Ta'ala pada hakikatnya. Walaupun manusia membuat berbagai andaian, hipotisis, teori berkenaan Covid-19 ini, hakikatnya ia kembali kepada Allah Ta'ala Yang Menciptakan segala sesuatu dari "tiada" kepada "ada".
■ Covid-19 merupakan musibah kepada manusia sejagat — namun berbeza-beza kesannya kepada manusia bergantung kepada IMAN / TAUHID / MA'RIFAT seseorang. Bagi Auliya Allah, ianya Ni'mat Anugerah Allah. Bagi orang Mu'min sejati ia merupakan Dugaan. Bagi orang kafir, munafiq dan fasiq.... semua ini merupakan bala Kemurkaan Allah.
■ Covid-19, makhluq Allah yang tersangat kecil tetapi telah mengunci mulut Pemimpin2 sombong dan angkuh, mendiamkan kuasa tentera yang gagah, mengalahkan pakar strategi, membuat kaku segala teknologi dan kecanggihan perubatan moden.
■ Negara2 yang PALING DASYAT menerima tamparan Covid-19 adalah negara2 yang terkenal sebagai negara maju di dalam Sains dan Teknologi. Mereka memiliki kepakaran di dalam Strategi serangan kimia. Mereka memiliki pakar2 Sains paling hebat di dunia. Mereka memiliki doktor dan perawat2 paling cekap di dunia. Kelengkapan makmal kajian, perubatan dan gedung2 ubat mereka mengatasi negara2 lain. Di tengah2 segala kelengkapan ini, manusia di negara2 moden dan canggih ini rebah seorang demi demi seorang sehingga mencapai angka yang tidak terkawal.
Sekarang mari kita lihat apa yang ada di negara kita. Jika kita mengaku kita mempunyai kepakaran di dalam perubatan, Negara2 di luar sana mempunyai kepakaran yang jauh lagi hebat. Jika kita merasakan kita mempunyai alat kelengkapan moden, negara2 Barat mempunyai peralatan moden yang lebih lengkap. Jika kita merasakan Strategi kita lagi baik, negara2 di luar sana mempunyai pakar2 strategi lebih cekap. Namun, apa yang jelas di tengah2 kehebatan manusia dan sains, ternyata mereka semua tewas kepada makhluq Allah yang amat seni ini.
■ Covid-19 hanyalah makhluq yang menurut perintah Allah Ta'ala. Ia tidak memiliki apa2 kuasa tersendiri.
Apa jua musibah yang terjadi akibat Covid-19 adalah pada hakikatnya ketentuan Allah Ta'ala. Dia Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Dia (Allah Ta'ala) menimpakan kecelakaan kepada siapa yang Dia Kehendaki dan Dia memberikan keselamatan bagi siapa yang Dia Kehendaki. TIDAK ada kuasa mana pun mampu memaksa Kehendak Allah Ta'ala.
Jika orang beriman terselamat dari musibah Covid-19, maka itu adalah semata2 Rahmat dan Kasih Sayang Allah kepada mereka, dan BUKAN kerana usaha ikhtiar mereka, BUKAN kerana kecekapan mereka, BUKAN kerana kepakaran mereka.
Jika orang Islam yang fasiq terselamat dari Covid-19 ini, maka itu adalah semata2 penangguhan Allah Ta'ala kepada mereka untuk bertaubat.
Jika orang kafir harbi dan munafiq terselamat, maka itu adalah semata2 Sifat Allah Ta'ala yang Maha Rahman atas makhluq-Nya, BUKAN kerana kebaikan mereka.
Kesimpulan dari keterangan ringkas di atas :
Menyandarkan suatu kejayaan atau kebaikan kepada diri sendiri atau kekuatan makhluq lain adalah menyalahi Tauhid yang haq.
Ia menjadi Syirik khafi kerana kamu telah mempersekutukan Allah pada Af'al (Perbuatan-Nya) serta Sifat-Nya Yang Maha Agung.
Sesungguhnya kejayaan menangani Covid-19 BUKAN kerana kehebatan pakar2, BUKAN kerana kemajuan sains dan teknologi, BUKAN kerana kekuatan tentera dan strategi, BUKAN kerana kebijaksanaan pemimpin... tetapi semua itu adalah Kemurahan Allah Ta'ala Yang Maha Penyayang kepada Negara ini.
Manusia diperintah berusaha sungguh2 mencari jalan2 keselamatan, namun DILARANG bergantung kepada usaha ikhtiar tersebut. Manusia diperintah berdoa dan beramal soleh, namun mereka DI- LARANG bergantung hati kepada doa dan amal soleh untuk memberikan kejayaan.
Jika ada yang bertanya,
Adakah ini bermakna kita tak perlu berusaha ikhtiar untuk mencapai keselamatan dan kejayaan? Maka jawapannya :
Setiap Muslim HARUS berusaha ikhtiar dengan segala kemampuan diri menurut Syari'at serta adab2 nya, bahkan adakalanya WAJIB berusaha ikhtiar. Namun, selepas usaha ikhtiar serahkan segalanya kepada Allah Ta'ala.
JIka berjaya mencapai sesuatu hal, maka Syukurlah sebanyak2nya. Yakinlah bahwa semua kejayaan itu adalah Rahmat Allah Ta'ala Yang Maha Penyayang. JANGAN sesekali berpegang ianya hasil kekuatan dan kepandaian kamu.
JIka gagal atau belum mencapai kejayaan, maka sabarlah serta berusaha baiki diri sungguh2. Segala kegagalan yang terjadi kembalikan kepada kelemahan dan kekurangan diri.
Bersambung siri 41 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment