■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 31)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.3 Dosa Besar Ketiga : Sum'ah'
Definisi Sum'ah
Sum'ah berasal dari perkataan " سمع " (sama' ) bererti "dengar" atau "diperdengarkan". Maka makna Sum'ah adalah memperdengarkan amal kebaikan dirinya kepada manusia serta senang hati mendengar pujian mereka kepadanya, sedangkan pada awalnya dia telah melakukan amal kebaikan tersebut secara sembunyi2.
Maksudnya :
Seseorang hamba Allah melakukan amal ibadah di luar pengetahuan manusia (dia lakukan secara sembunyi2 dan tidak diketahui oleh manusia) namun esoknya dia menceritakan segala kebaikan / kebajikan / amal soleh yang dia lakukan kepada manusia. Maka tahulah orang2 yang mendengarnya bahawa dia seorang yang banyak melakukan kebaikan lalu memujinya. Perbuatan ini adalah antara syirik khafi yang amat tercela.
Fakta2 Penting berhubung
dengan Sum'ah
(1) Sum'ah adalah tergolong kedalam kumpulan syirik khafi yang merosak Iman dan batalkan segala amal kebaikan yang telah dilakukan oleh seseorang.
(2) Punca timbulnya Sum'ah adalah sama seperti Takabbur dan Riya', iaitu disebabkan HATI (qalbun) yang tercemar, berpenyakit, kotor, keji dan terhijab.
(3) Orang yang melakukan Sum'ah rugi dunia akhirat. Zahirnya kelihatan amal banyak, namun menjadi sia2, hangus musnah segala amal kebaikannya kerana memperdengarkan segala kebaikannya kepada manusia lain untuk mendapat pujian mereka.
(4) Sum'ah mempunyai banyak persamaan dengan Riya'. Antaranya : Kedua2nya merupakan Syirik khafi, maka akibatnya juga sama. Kedua2nya merupakan penyakit hati yang menghinggapi orang yang gemar beramal tetapi tidak menyedari akan tipu daya nafsu dan syaitan.
(5) Perbezaan antara Sum'ah dan Riya' adalah : Riya' "memperlihatkan amal" kepada manusia sementara Sum'ah adalah "memperdengarkan amal" kepada manusia.
Dalil Larangan
Firman Allah Ta'ala :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ ۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkitnya (memperdengarkan kebaikan kamu kepada manusia)"
[Al-Baqarah (2) : ayat 264]
Firman Allah :
الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ
(Maka celakalah) mereka yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang (diketahui orang akan kebaikan yang kamu lakukan)”
[Al-Ma’un (107) : Ayat 6]
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ ، وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ.
Barang siapa yang ingin didengar dari amalannya, niscaya akan Allah tampakkan, dan barang siapa yang ingin dilihat dari amalannya niscaya akan Allah tampakkan.
[Imam Bukhari ]
Bentuk2 Sum'ah
Bentuk2 Sum'ah tidak jauh bezanya dengan "bentuk2 Riya", bahkan banyak sekali persamaannya.
Dengan demikian kami tidak mengulanginya. Masing2 ambil i'tibar dari huraian berkenaan "bentuk2 Riya' "
Pokoknya... kedua2 sifat ini bertujuan agar segala amal kebaikan masing2 diketahui oleh manusia. Mereka ingin segala ibadah dan kebajikan mereka diketahui manusia agar mereka memujinya sebagai orang yang rajin beribadat, dermawan, alim, wara', zuhud, baik hati dll.
Perbezaannya, Riya' adalah melakukan ibadah dan kebajikannya secara terang2an untuk pujian manusia, sementara Sum'ah adalah melakukan ibadah di belakang manusia (tanpa pengetahuan manusia) namun dia zahirkannya kemudian di dalam perkataan sehingga diketahui oleh manusia.
Contoh2 Sum'ah
(1) Seseorang melakukan Tahajjud lama — solat, baca Qur'an, dll. Pada keesokan harinya mukanya kelihatan pucat dan tidak bermaya, lalu orang bertanya, "mengapa kamu kelihatan lesu dan tak bermaya?", maka di jawabnya, "Saya malam tadi ibadah lebihlah, Tahajjud lama, sebab itulah penat.
Maka lenyaplah segala ibadah tersebut kerana dia telah mendedahkan amal ibadahnya agar diketahui manusia. Sedangkan sebelumnya Allah Ta'ala telah menutup segala amal ibadahnya dari pengetahuan manusia.
(2) Seseorang bersedekah dengan jumlah yang banyak secara sembunyi2. Tiada siapa pun tahu melainkan dirinya dengan Allah Ta'ala. Kemudian dia hebohkan kepada orang lain bahawa dia kesempitan wang kerana dia telah sedekah banyak. Maka hilang lenyaplah kebajikan tersebut.
(3) Seseorang membantu faqir miskin tanpa pengetahuan manusia. Tiba2 dia mendedahkan segala sedekah yang dibuatnya agar diketahui manusia bahawa dia seorang dermawan. Maka hilang lenyap segala pahala sedekahnya.
Demikian contoh2nya lainnya.
Rawatan dan Penyembuhan dari Penyakit Sum'ah
Rawatan dan Penyembuhan dari Penyakit hati Sum'ah sama saja seperti penyakit Takabbur dan Riya', iaitu melalui dua pendekatan:
(1) Kaedah Khusus dan paling berkesan:
Rawatan yang diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ hingga ke hari ini dan berterusan sampai Qiamat.... oleh sekalian Mursyid yang Siddiq. Penawar dan Rawatan yang hakiki, mutlaq dan sempurna hanya dimiliki oleh Mursyid yang Siddiq.
(2) Kaedah Awam
Kaedah ini bagi mereka yang belum bertemu seorang pun Mursyid yang Siddiq. Golongan awam ini perlu melazimkan kaedah ini sungguh2 dengan Taubat dan Zikir Tahlil sehinga dipertemukan kepada Mursyid yag Siddiq.
Huraian lanjut sila rujuk Siri2 terdahulu.
Bersambung siri 32 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment