■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 30)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Merawat Hati dari Penyakit Riya':
(sambungan)
Jalan paling benar dan paling berkesan untuk merawat penyakit ini serta hapuskannya terus dari hati adalah dengan mengambil rawatannya dari Mursyid yang Siddiq. Mursyid yang Siddiq adalah Warisatul Anbiya yang sebenar yang memiliki ubat serta penawar bagi segala penyakit hati manusia. Mereka mewarisi Sistem Tarbiyyah Rasulullah ﷺ Mereka adalah doktor ruhani yang di Kurniakan oleh Allah berbagai ilmu yang mendalam berkenaan hati dan ruh insan.
Dengan melazimkan diri di bawah pimpinan Mursyid yang siddiq, seseorang Muslim dapat hapuskan terus Penyakit Riya' ini dari hatinya dengan cara mencabut Riya' dari akar umbinya. Ketika penyakit Riya ini (dan juga penyakit2 hati yang lain) terhapus, maka pada saat itu benar Tauhidnya serta ikhlas segala ubudiyyahnya. Namun perlu diingat, ini BUKAN perjuangan setahun atau beberapa tahun , tetapi perjuangan lama serta istiqamah melaksanakan Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. dengan pimpinan Mursyid yang siddiq. Demikianlah terjadi kepada para Sahabat Ridhwanullah serta sekalian Masyaikh terdahulu yang mewarisi Nubuwwah dan Risalah Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.
Kaedah yang tersebut di atas adalah kaedah pertama serta Sistem Terunggul bagi mendidik hati dan Ruh manusia yang diwarisi turun-temurun dari Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ. Sistem ini hanya ada pada Mursyid yang siddiq.
Bagi orang awam yang belum menemui seorang Mursyid yang siddiq, maka Kaedah melawan penyakit Riya' ini adalah dengan jalan "menggagahi" atau "cuba2" atau dengan cara "memaksa diri" atau "buat2 seolah2 tidak Riya' ". Kaedah ini TIDAK menghilangkan Penyakit Riya', tetapi hanya bertahan supaya penyakitnya tidak menjadi lebih teruk dan parah.
Jalan Orang Awam :
(1) Sentiasa waspada bisikan hati :
Apabila datang Riya', cepat2 potong perasaan tersebut. Dan ini amat payah kerana ketika datang Riya', seseorang telah tenggelam di dalam penyakit tersebut. Dosa Riya' akan dihitung berapa lama dia Riya' dan berapa banyak dia Riya'
Jika dia cepat sedar dan taubat saat itu juga, maka harapan kita adalah : Moga Allah berikan keampunannya.
Jika Riya' berpanjangan, (pelakunya tidak sedar dan tidak taubat segera), maka akan sia2 lah segala amalnya. Wal Iyazubillah
(2) Sentiasa memeriksa niat pada tiga tempat :
Pertama : ketika awal ibadah / amal
Kedua : di pertengahan ibadah / Amal
Ketiga : bila selesai ibadah / Amal
Maksud dari pernyataan ini adalah : TIDAK memadai bagi seseorang niat ikhlas pada awal perbuatan / Ibadah / amal kerana hati akan berubah2 sepanjang melakukan ibadah / amal. Boleh jadi pada awalnya hatinya Ikhlas kerana Allah Ta'ala, tetapi di pertengahannya hatinya cenderung kepada Riya'. Atau di permulaan dan pertengahan ibadah /amalnya niatnya bersih, tetapi pada penghujungnya niat hati tergelincir jatuh kepada Riya.
(3) Lazimkan baca Mu'awwizatain (surah Al-Falaq dan An-Nas).
Setiap kali berdiri untuk melakukan Solat, atau ibadah lain seperti baca Qur'an..... baca dulu kedua surah ini berulang beberapa kali ; 3 kali atau 7 kali atau lebih.
(4) Sentiasa ingat bahawa diri sendiri tiada apa2 melainkan semuanya milik Allah. Apabila semuanya milik Allah, maka tiada hak sedikit pun bagi seseorang melakukan Riya', tiada sedikit pun ruang untuk mencari kemasyhuran dan kelebihan di mata manusia.
(5) Lazimkan Taubat sebanyak2nya atas dosa Riya'.
(6) Lazimkan Zikir La-Ilaha-Illallah, dengan sebanyak2nya. Moga segala bentuk Riya' yang menetap dalam hati dikifaratkan dengan Taubat dan Zikir Kalimat Tauhid ini.
Kesimpulannya bagi merawat hati yang berpenyakit berat ini ( sama seperti merawat penyakit Takabbur), ada dua jalan :
Jalan Pertama :
Mengambil rawatan keruhanian dengan Mursyid yang Siddiq, yang merupakan doktor ruhani yang mewarisi segala Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ Inilah jalan khusus yang telah ditempuh oleh sekalian Sahabat Nabi, Tabiin, Tabiit Tabi'in, sekalian Pewaris Nabi yang mengikuti mereka sampai Qiamat.
Jalan Kedua :
Dengan jalan menggagahi diri, atau cuba sedaya-upaya menjauhkannya. Dan ini adalah cara orang awam yang tiada Mursyid yang Siddiq sebagai Pemimpinnya.
Bersambung siri 31 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment