■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 29)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Merawat Hati dari Penyakit Riya':
Riya' adalah penyakit hati yang amat berat — di bawah sedikit dari sifat Takabbur. Penyakit Riya' yang berat ini BUKAN sahaja terkena kepada orang awam yang jahil tetapi juga kepada orang alim syari'at semata2 (maksudnya adalah orang alim yang menguasai berbagai bidang ilmu fiqh, usuluddin, nahwu, sarf, mantiq, bayan, badi' dll yang bersifat zahir tetapi jiwanya kosong dari penghayatan Tasawwuf)
Bahkan orang yang alim di dalam Syari'at (semata2) lebih terdedah kepada Riya' disebabkan kelebihan ilmu syari'at yang mereka miliki. Sijil, gelaran, pangkat dan kedudukan di mata masyarakat menjadi dorongan kepada Riya'. Banyak sekali terjadi pada zaman terdahulu, mereka yang bergelar "Ulama" yang hanya menguasai Ilmu Syari'at semata2 "jatuh" kepada Riya' tanpa mereka sedari. Namun TIDAK semua hanyut di dalamnya, sebahagian Ulama mendapat petunjuk untuk menyedari bahawa mereka sedang berada di jurang kebinasaan.
Sebagaimana yang telah kami sebut berulangkali sebelum ini, contoh paling besar dalam sejarah Ummat berkenaan hal ini adalah kisah Imam Ghazali yang menguasai berbagai bidang ilmu Syari'at zahir namun gagal menewaskan nafsu2 rendah sehingga terperangkap di dalam kemelut hati yang menarik kepada Riya'.
Berikut adalah perkataan beliau sendiri,
“Aku lihat diriku tenggelam dalam samudera godaan dan rintangan. Segala pekerjaanku dan yang terbaik ialah mengajar dan mendidik kutinjau sedalam-dalamnya.... Jelas, aku sedang memperhatikan beberapa ilmu yang tidak penting untuk perjalanan ke akhirat. Apa niat dan tujuanku dengan mengajar dan mendidik, nyatalah tidak sebenarnya ikhlas yang murni kerana Allah Taala, melainkan dicampuri oleh pengaruh ingin kepada kedudukan dan kemasyhuran (Riya'). Maka terasalah kepadaku bahwa aku sedang berdiri dipinggir jurang yang curam , di atas tebing yang hampir gugur. Aku akan jatuh ke neraka jika tidak segera merubah sikap.
[Petikan kitab Munqiz Min-Adh-Dholal)
Perhatikanlah :
Walaupun Imam Ghazali telah sudah memiliki ilmu yang banyak di dalam Agama (ilmu Syari'at zahir), sudah pun menjadi Hafiz Qur'an ketika umur beliau 6 tahun, mencapai gelaran Hujjatul Islam, namun beliau masih belum memperoleh "ikhlas" yang sesungguhnya. Pada ketika itu (ketika beliau Alim fiqh) beliau belum dapat melepaskan diri dari cengkaman dunia dan kemasyhuran. Beliau masih terumbang-ambing antara ikhlas dan Riya'.
Perhatikanlah :
Jika seorang Ulama yang sudah demikian tinggi ilmu nya di dalam Syari'at belum mampu melepaskan diri dari cengakaman Riya', maka betapa orang2 lain yang kurang ilmunya berbanding dengan beliau. Jika dibuat perbandingan antara cerdik pandai Agama pada zaman ini yang mempunyai gelaran Dr, PhD, Drs, Kiyai, Master dll dengan Imam Ghazali, ilmu mereka semua tidak sampai sebesar tumit Imam Ghazali, maka betapa mereka mampu melepaskan diri dari cengkaman Riya' ?
Jika ditanya mengapa terlalu sukar untuk melepaskan diri dari cengkaman Riya', maka jawapannya.....
Riya' ini adalah penyakit yang berakar umbi di dalam hati. Riya' mencengkam dan menguasai hati sekuat2nya. Riya' BUKAN penyakit luaran yang mampu dirawat dengan rawatan mudah melalui teori2, bacaan2, ceramah2. Tidak mungkin!
Bersambung siri 30 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment