■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 38)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.5 Dosa Besar Kelima : Tawakkal kepada makhluq
sambungan....
Dalil-Dalil Larangan:
Berikut adalah dalil2 berkenaan hubungan Iman dan Tawakkal dan dalil2 wajib Tawakkal pada Allah semata2
■ Wajibnya Tawakkal menyerah diri sepenuhnya kepada Allah Ta'ala semata2 dan dilarang bergantung hati kepada makhluq:
■ Larangan menyandarkan suatu amal kebaikan atau ibadah kepada kemampuan diri sendiri.
■ Larangan menyandarkan suatu kejayaan atau keberhasilan kepada kekuatan diri sendiri atau kekuatan manusia lainnya.
■ Larangan bergantung kepada makhluq untuk memberi manfaat atau menolak mudarat.
Pertama : Firman Allah :
وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
"Dan tawakkallah kamu kepada Allah, jika kamu orang yang benar2 beriman"
[Al-Maaidah (5) : Ayat 23]
Penjelasan :
Dalam ayat ini, Allah Ta'ala menghubungkan Iman / Tauhid yang benar dengan Tawakkal yang sesungguhnya kepada Allah Ta'ala. Maka ini menjadi setengah dari tanda2 benarnya Iman / Tauhid seseorang. Berlawanan dengan ini adalah orang yang tawakkal kepada selain Allah, menyerahkan urusan hidup matinya kepada makhluq dan bergantung harap pada makhluq, dan ini syirik khafi. Wal Iyazubillah
Kedua : Firman Allah :
وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ
Sesiapa tawakkal, berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya segala keperluannya"
[Ath-Thalaaq (65) : Ayat 3]
Ketiga : Firman Allah Ta'ala :
وَيَوۡمَ حُنَيۡنٍۙ إِذۡ أَعۡجَبَتۡڪُمۡ كَثۡرَتُڪُمۡ فَلَمۡ تُغۡنِ عَنڪُمۡ شَيۡـًٔا وَضَاقَتۡ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ ثُمَّ وَلَّيۡتُم مُّدۡبِرِينَ
"dan di hari Perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa takjub (bangga) dengan sebab bilangan kamu yang ramai; tetapi bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri."
[At-Taubah (9) ; Ayat 25]
Penjelasan :
Ayat ini mengandungi dua sisi : Pertama larangan 'Ujub dan kedua Larangan Tawakkal kepada makhluq.
Tentera Islam mengira dengan ramainya bilangan tentera mereka dapat kalahkan musuh, iaitu mereka tersilap di dalam menggantungkan harapan kepada makhluq, sedangkan perasaan hati seperti itu menyalahi Tauhid, iaitu iaitu Syirik khafi. Di dalam Perang Hunain ini, akibat Tawakkal kepada makhluq, hilanglah Pertolongan dan Rahmat Allah yang mengakibatkan kekalahan (pada peringkat awalnya). Ini pengajaran "segera" kepada tentera Islam.
Keempat : Firman Allah Ta'ala :
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
“dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya)”.
[Al-Insan (76) : Ayat 30]
Kelima: Firman Allah :
: وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
“dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam”.
[At-Takwir (81): Ayat 29]
Penjelasan :
Kedua ayat di atas menyatakan hubungan Taqdir dan Kuasa Mutlaq Allah Ta'ala bagi menentukan sesuatu. Apa saja yang dirancang dan dilaksanakan oleh makhluq adalah menurut perancangan-Nya yang Azali. Tiada makhluq mampu mengubahnya.
Keenam: Firman Allah :
وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللَّهَ رَمَى “
“... dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar……”
[ Al-Anfal (8) : 17]
Penjelasan :
Ayat ini adalah penegasan yang lebih kukuh berkenaan Tauhid Af'al Allah Ta'ala; iaitu pada haqiqatnya segala sesuatu yang bergerak atau diam di alam jagatraya ini adalah sekaliannya Af'al Allah (Perbuatan Allah).
Zahirnya kelihatan makhluq mengerjakannya sedang hakikatnya semua itu adalah Af'al Allah.
Ketujuh: Firman Allah :
قَالَ هَـٰذَا مِن فَضۡلِ رَبِّى
"berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku"
[An-Namli (27) : Ayat 40]
Penjelasan :
Ayat ini mengajar manusia supaya menyandarkan segala ibadahnya, kebaikannya, kejayaannya kepada Allah Ta'ala semata2 kerana semua itu semata2 dari Anugerah dan Rahmat Allah.
Kelapan: Rasulullah ﷺ bersabda :
“dan ketahuilah bahawa jikalau makhluk sekaliannya berhimpun untuk memberi kamu suatu manfaat tidaklah perkara itu bermanfaat bagi kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jikalau mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah diangkat Qalam dan telah selesai ditulis suhuf. "
[Tirmizi, Ahmad]
Penjelasan :
Hadith ini satu lagi dalil berkenaan Tauhid Af'al, Taqdir Ilahi, Qudrat, Iradat dan Ilmu Allah Ta'ala, bahawa sesungguhnya tiada apa pun mampu menolongnya ketika kesusahan, dan tiada apa pun mampu memberikannya suatu kebaikan. Melainkan ianya dari Allah Ta'ala.
Bersambung siri 39 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment