■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
(Siri 43)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.5 Dosa Besar Kelima : Tawakkal kepada makhluq
sambungan....
Kemusykilan dan Jawapan:
Kemusykilan 4:
Jika seseorang memohon suatu pertolongan kepada manusia lain, apakah ianya menjadi kesalahan atau dianggap sama seperti Tawakkal kepada makhluq?
JAWAPAN :
Tidak.
Memohon pertolongan kepada manusia lain dalam urusan kehidupan di atas muka bumi adalah harus dan tidaklah termasuk larangan, selama TIDAK bergantung hati kepada makhluq dan TIDAK menyandarkan kejayaan atau suatu keberhasilan kepada keupayaan makhluq.
Memang benar , Memohon pertolongan secara mutlaq adalah kepada Allah Ta'ala semata2. Misalnya memohon secara umum sihat tubuh badan, mohon murah Rezeki yang halal, Mohon Keselamatan diri dan ahli keluarga ..... semua ini semata2 ditujukan kepada Allah Ta'ala kerana Dia Yang Maha Kaya, Dia Yang Maha Pemberi Rezeki, Dia Yang Maha Pemberi Perlindungan.
Walau bagaimanapun memohon pertolongan kepada manusia untuk suatu keperluan kehidupan adalah harus. Misalnya seseorang buruh memohon pekerjaan kepada Pemilik Syarikat, atau pesakit memohon rawatan doktor, atau seseorang memohon pertolongan mekanik untuk baiki keretanya yang rosak.
Tolong-menolong sesama manusia adalah setengah dari tanda2 kelemahan dan kekurangan manusia. Sekalian makhluq adalah lemah, tiada daya upaya. Allah Taala menjadikan manusia saling memerlukan untuk menyempurnakan urusan kehidupan atas muka bumi. Petani memerlukan benih dan baja untuk menghasilkan tanaman. Penjual benih dan baja memerlukan beras dan sayuran yang di- hasilkan oleh Petani. Peniaga memerlukan pengangkutan dan logistik untuk ekspot barangannya ke tempat lain. Syarikat pembinaan memerlukan bantuan berbagai pihak yang menghasilkan simen, batu, pasir, kayu, besi untuk mendirikan bangunan. Peniaga, pedagang, doktor, polis, Guru memerlukan makanan laut yang diusahakan oleh nelayan. Begitulah Taqdir Allah Taala menjadikan manusia saling menolong di dalam urusan kehidupan di atas muka bumi.
Bahkan di dalam mencapai kebaikan ukhrawi juga Allah Ta'ala perintahkan kepada manusia supaya saling menolong kepada pekerjaan akhirat, Keimanan dan Ketaqwaan ...
Firman Allah :
ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan Taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."
[Al-Maaidah (5) : Ayat 2]
Maka kuncinya di sini (sebagaimana kami sudah jelaskan sebelum ini) :
1. Jangan bergantung hati kepada makhluq (jangan menyakini makhluq mempunyai kuasa menentukan sesuatu / menghasilkan sesuatu)
2. Jangan sesekali menyandarkan keupayaan melakukan sesuatu kepada kemampuan diri atau makhluq.
3. Jangan sesekali menyandarkan kejayaan atau suatu keberhasilan kepada kemampuan diri atau makhluq lain.
sebaliknya...
1. Gantungkan segala harapan kepada Allah Ta'ala semata2.
2. Sentiasa melihat Anugerah Allah Ta'ala untuk melakukan suatu pekerjaan sama ada yang kecil atau besar, sama ada ianya berkaitan dengan urusan kehidupan atas muka bumi atau suatu berkaitan terus kepada Keimanan dan Ubudiyyah.
3. Sentiasa serahkan segala keyayaan dan keberhasilan suatu pekerjaan kepada Allah Ta'ala semata2.
Bersambung siri 44 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment