Thursday, September 15, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 20)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.8 Dalil Tasawwuf di dalam  Kitabullah dan Hadith Rasul

=========================================

Ingat dua perkara PENTING ini...


(1) Ilmu Tasawwuf adalah himpunan Ilmu yang menyatakan kesucian  HATI, JIWA, RUH, kemuliaan akhlaq, ketinggian Ma'rifat.


(2) Ilmu Tasawwuf adalah Ilmu yang diijtihad oleh Ulama Mujtahidin berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah ﷺ  (sama seperti ilmu fiqh, ilmu usuluddin, ilmu tajwid, ilmu nahwu sarf dll)


Dalil 1 : Firman Allah :

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق َ   خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق ٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ(3)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ  عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

"Iqra’ (bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam. Dia Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

[Al ‘Alaq (96): ayat 1-5]


Kalimat Agung yang pertama² turun kepada Junjungan Nabi Muhammad  ﷺ    sebagai tanda Nubuwwah  Baginda dan sebagai pembukaan kepada Gerbang Keilmuan yang Agung.   Ilmu yang hidup, ilmu yang sentiasa berkembang,   ilmu yang  tidak akan kering sampai Qiamat.  


Kalimat "Iqra"  yang lazim diertikan sebagai "membaca"  BUKAN hanya mengandungi pengertian literal  sebagaimana difahami umum sebagai membaca buku, membaca tulisan dsb.   Tetapi makna "iqra"   melangkaui pengertian yang mendalam kepada makna "haqiqat" yang amat seni.


Ditinjau dari sudut balaghah  dan  nahwu,  kalimat "iqra"  membawa banyak pengertian, iaitu:

mengingat, melihat,  memikirkan, mengkaji, merenung, menyaksikan dengan hati dll.


Dengan demikian kalimat "Iqra"  BUKAN sahaja bermakna "membaca"  dengan lidah / lisan   tetapi juga "membaca" dari dalam HATI,  ingat Allah di dalam HATI, berzikir Allah di dalam HATI,  renung dari dalam HATI.    Lihatlah dengan hati kamu...!     Renunglah  akan kejadian diri kamu dan  sekalian alam yang terbentang luas.   Kenalilah akan Pencipta yang menciptakan kamu dari dalam hati.  


Kalimat Allah Pertama  ini membawa dua pengertian kepada dua macam ilmu yang menjadi dokongan Rasulullah ﷺ , para sahabat dan Ummat Islam sleuruhnya.


Pertama :  "iqra"   dengan pengertian membaca  yang tersurat, yang tertulis iaitu   "ilmu zahir"  yang ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu fiqh atau syari'at.   


Kedua :  'iqra"  dengan pengertian  "berzikir, melihat,  memandang dari dalam hati"   iaitu "ilmu batin"    yang ini kemudiannya  dikenali sebagai ilmu Tasawwuf,  dan Toriqat.


Dalil 2: Firman Allah :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ (٢) وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (٣) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ (٤) 

"Wahai orang yang berselimut!  Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).    Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!  Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

[Muaddathir (75) : ayat 1-4]


Wahyu kedua yang turun, memperlihatkan betapa pentingnya  ilmu baiki hati, ilmu sucikan hati, ilmu sejahterakan hati dari semua penyakit syirik dan nifaq dan mazmumah dan ghaflah. Semua ini adalah Ilmu Tasawwuf


Kalimat Allah ini...


وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (٣)  

Dan Tuhan mu, Agungkanlah Dia,  Ingatlah kebesaran-Nya,   Tinggikan Dia di hati kamu..   ini adalah hantaran kepada HATI,  iaitu Ilmu Tasawwuf...

dan Kalimat ini...

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ (٤)

"dan pakaian kamu sucikanlah"   Pakaian di sini bermaksud pakaian batin hati, kejiwaan, ruh,  membawa erti sucikanlah jiwa kamu, hati kamu, ruh kamu. Semua ini juga adalah Ilmu Tasawwuf.

bersambung siri  21  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________   

MAJLIS TAZKIRAH JILANI       

         

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...