بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 3:
DALIL MURSYID DI DALAM AL-QURAN, HADITH DAN FATWA ULAMA'
sambungan.....
Dalil 6 : Firman Allah:
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟
مِنكُمْ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ كَمَا ٱسْتَخْلَفَ
ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ ٱلَّذِى ٱرْتَضَىٰ لَهُمْ
وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًۭا ۚ يَعْبُدُونَنِى لَا يُشْرِكُونَ
بِى شَيْـًۭٔا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَـٰسِقُونَ
"Dan Allah telah
berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan
amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa
di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka
berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah
di-Redhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka,
sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada
mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku.
Dan barangsiapa yang kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah
orang-orang yang fasiq”.
[An-Nur (24) : Ayat
55]
Allah Ta’ala menjanjikan kepada para Sahabat
Rasulullah ﷺ, bahawa Allah Ta’ala akan Kurniakan mereka kemenangan atas muka bumi, sebagaimana
Allah Ta’ala Kurniakan Kekuasaan kepada Bani Israi’l.”
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata
Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
“Ibn Al-Arabi dan
sahabat-sahabatnya mengatakan Ayat Allah ini adalah dalil Kekhalifahan Khulafa
Ar-Rasyidin. Allah yang mengangkat
mereka sebagai khalifah, sekaligus Meredhai Amanah itu diserahkan kepada
mereka. Ini kerana merekalah yang
berpegang teguh kepada Agama yang di-Redhai Allah. Mereka sandarkan hal ini
dengan hadith yang diriwayat oleh Safinah (budak Rasulullah), dia berkata:
“Aku pernah mendengar
Rasulullah ﷺ,
bersabda : “Kekhalifahan setelahku akan berlangsung selama 30 tahun, setelah
itu menjadi pemerintahan raja-raja. Safinah berkata, "Pegang olehmu
Kekhalifahan Abu Bakar yang berlangsung selama 2 tahun, Kekhalifahan Umar yang
berlangsung selama 10 tahun, kekhalifahan Uthman yang berlangsung selama 12
tahun, dan kekhalifahan Ali yang berlangsung selama 6 tahun." Menurut saya (AI-Qurthubi): Keadaan ini tidak khusus untuk para khalifah
yang empat sahaja, sehingga mereka dikhususkan dari keumuman ayat
tersebut. Yang benar semua kaum
Muhajirin pun sama dengan mereka di dalam hal ini, bahkan orang ( beriman )
yang lain juga.”
[Tafsir Al-Qurtubi]
Diringkaskan
pengertiannya, Firman Allah di atas menunjukkan Janji Allah kepada Khulafa
Ar-Rasyidin dan orang-orang yang mengikuti mereka di dalam keimanan,
ketaqwaan dan budi pekerti pada zaman kemudiannya. Iaitu mereka yang mewarisi Nabi zahir dan
batin yang kemudiannya dikenali sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat dan Mursyid
Pewaris Nabi yang Siddiq. Mereka
termasuk di dalam istilah “Khalifah Rasulullah” dan “Sahabat Rasulullah” sesuai
dengan hadith Baginda:
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidak akan
masuk Neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku. Dan tiada pula
masuk neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku
sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun. Maka sesungguhnya mereka itulah
khalifah-khalifahku (pewarisku) pada menyampaikan syariatku dan memimpin
Ummat-ku pada jalan ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar. Dengan syarat mereka tetap pada
syari'atku."
[Imam Khatib daripada
Abdur-Rahman bin Uqbah]
Penjelasan:
Hakikat “Khalifah” Rasulullah ﷺ:
Setelah kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah (tepatnya
setelah Sayyidina Hasan Radhiallahu anhu melepaskan jawatan beliau sebagai
Khalifah kepada Muawiyah), pengganti-pengganti Nabi untuk memimpin Ummat dan
mendidik mereka kepada Ketuhanan mengambil bentuk dan pola hidup tersendiri
yang benar-benar menepati Kehendak Allah dan Rasul-Nya, sehingga Pewaris Nabi
yang sebenar dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat, Imam,
Shaikh dan panggilan-panggilan yang lain sesuai dengan kemuliaan sebagai
pewaris Nabi yang haq !
Mengapakah demikian?
Ini kerana istilah dan pangkat “khalifah” telah dicemari. Kedudukan dan pangkat Khalifah yang
sepatutnya dibina di atas Ketaqwaan dan Takut kepada Allah, telah menjadi
rebutan manusia-manusia tamak dan gila kuasa. Manusia-manusia tamak ini lupa
akan Amaran Allah dan Rasul-Nya dan saling berbunuhan semata-mata untuk menjadi
penguasa atau pemerintah. Mereka
menamakan diri mereka sebagai “Khalifah” atau “Amirul Mu’minin” sedangkan pada
haqiqatnya mereka hanyalah ahli politik yang tamak kuasa, kedudukan dan pangkat-pangkat
duniawi yang hina (melainkan sedikit sahaja).
Pemerintahan mereka ini yang diisyaratkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai “ عَاضًا مُلْكًا
“ (Pemerintahan yang menggigit,
Pemerintahan zalim, kuku besi, fasiq).
Sementara Ulama Billah (Ulama
Allah - Ulama Pewaris Nabi yang sebenar) yang memegang Amanah Nabi mengasingkan
diri dari perebutan kuasa politik dan kekacauan nafsu manusia-manusia yang
fasiq, zalim dan keji. Ulama Pewaris Nabi
yang Siddiq ini membentuk satu sistem pendidikan yang tersendiri berdasarkan
Al-Qur’an dan Sunnah Nabi yang suci tanpa dicemari fahaman-fahaman sesat dan
pembuat bid'ah Khawarij, (wahhabiyyah sekarang), Syi’ah (rafidhi), Mu'tazilah,
Jabariah dan lain-lain. Mereka jauhkan
diri daripada ahli politik keji dan pemerintah-pemerintah zalim serta
kuncu-kuncu mereka dari kalangan “Ulama As-su” (Ulama jahat), Ulama dunia,
Ulama nafsu.
Berkata
: Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
Dalam semua itu
mereka (para Pewaris Nabi) mengikut teladan daripada pengikut-pengikut
Rasulullah ﷺ yang terkenal sebagai
‘golongan tasawwuf’ (Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat) yang telah meninggalkan
semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah ﷺ dan
berada hampir dengan Baginda. Mereka
menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada
mulut Rasulullah ﷺ.
[Sirrul Asrar]
Kesimpulan dari
penjelasan ini adalah:
1. Maksud Firman Allah di atas “……..
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ “
tidak terhenti kepada Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin semata-mata
tetapi bersambung kepada “ Sahabat-sahabat
Rasulullah ﷺ“
yang datang sesudah kewafatan Baginda yang mereka itu adalah hamba-hamba Allah
yang disucikan oleh Allah Ta’ala dan diangkat Darjat mereka oleh Allah Ta’ala.
Mereka mengambil ilmu dari para Sahabat dengan jalan yang tertib penuh beradab.
3. Zaman sesudah tamatnya
Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah dikenali sebagai “ مُلْكًا
عَاضًا ” , iaitu Pemerintahan yang menggigit,
Pemerintahan zalim, kuku besi dan fasiq. Mereka BUKAN Khalifah Rasulullah ﷺ meskipun mereka menamakan diri sebagai
Khalifah (kecuali sedikit daripada mereka yang Taqwa dan Amanah).
TIDAK sesekali masuk ke dalam istilah “Khalifah Rasulullah”. Mereka hanyalah
pendusta yang menipu diri sendiri dan menipu Ummat yang bodoh.
5. Manusia politik yang tamak ini
sejak dulu sampai zaman ini sama sahaja. Mereka menggunakan “Ulama-ulama jahat”
untuk manipulasi ayat Qur’an agar sesuai dengan nafsu politik mereka lalu
mendakwa diri mereka sebagai pejuang Islam. Mereka sewenang-wenang mentafsirkan
Al-Qur’an mengikut selera nafsu politik lalu mendakwa “Ini dari Allah.” Orang-orang tamak kuasa ini tak sedikit pun
takut Amaran Allah Ta’ala. Mereka ke
sana ke mari melaungkan “negara Islam”, “Daulah Islamiyyah”, “Hudud Hudud
Hudud” dan lain-lain slogan yang sedap didengar. Sedangkan pada hakikatnya semua itu hanyalah
slogan sementara untuk meraih sokongan. Ketika mereka diberi kekuasaan dan kedudukan,
segala slogan indah hilang serta-merta.
Ucapan dan slogan mereka ketika itu berubah menjadi sama seperti ucapan
pemimpin-pemimpin fasiq dan zalim. Wal
Iyazubillah. Kami mohon Perlindungan
Allah daripada termasuk golongan tertipu dan menipu daya ini.
No comments:
Post a Comment