SIRI 274
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 4: Huraian Iman Salikin
Fakta-fakta Penting Ma'rifat — Tauhid Hakiki, Iman Sejati
sambungan.....
Kami kemukakan dua bukti paling kukuh bagi kenyataan ini:
Pertama:
Pelopor dan pengasas bagi fahaman-fahaman sesat berjumlah 72 golongan adalah terdiri daripada orang-orang Alim Fiqh dan cerdik pandai Agama. Mereka adalah penghafal Al-Qur’an dan Hadith. Mereka hebat berpidato dan kalahkan lawan di dalam berhujjah.
Kedua:
Bukti paling kukuh bagi kenyataan ini adalah jalan hidup Imam Ghazali Radhiallahu Anhu yang telah masyhur kisahnya, sebagaimana yang telah dinukilkan kisah beliau di dalam Risalah ini dan beberapa Risalah kami yang lain. Pada awal perjalanan hidup beliau, Imam Ghazali merupakan orang yang sangat alim di dalam hukum-hakam Agama dan mampu mengalahkan lawan di dalam perdebatan Agama. Tetapi beliau tak mampu keluar daripada sifat riya’ dan kecenderungan pada kemasyhuran duniawi.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:
“Sesiapa tidak memperolehi ilmu ini (Ma’rifat mengenal Allah – Tauhid Hakiki) tidak akan menjadi bijaksana dan ‘Arif walaupun dia membaca seribu kitab”.
[Sirrul Asrar]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu lagi:
“Walau bagaimanapun tinggi dan sempurna ilmu Zahir (Syari’at) seseorang itu tidak akan membantunya untuk masuk ke Majlis Ketuhanan, iaitu Hadratul Quddus, berserta Allah”.
[Sirrul Asrar]
Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu:
“Pendapat ini (Ahli Usuluddin) hanya 70 peratus yaqin (zonn) kerana yaqin peringkat ini sebagai khabar jua (fikir aqal). Adapun ‘Ainul Yaqin itu iaitu tiap-tiap Ma’rifat yang didapat dilihat dengan mata hati, keadaan yaqin 100 peratus.”
[Risalah Ma’rifat]
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu:
“Pendeknya barangsiapa yang belum di-Kurnia Tuhan mengalaminya (Mengenal Allah melalui Sistem Pendidikan Ahli Sufi) belumlah ia mengenal haqiqat Kenabian, lebih dari namanya sahaja”.
[Muqiz Min-adh-dholal]
Bersambung siri 275 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment