Tuesday, April 07, 2026

SIRI 162


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat


Fasal 7: Silibus Pendidikan Jalan Ma'rifat

sambungan...



Silibus Pertama :  Zikrullah — 10 Tingkatan


(1) Zikir Lisan, lidah atau lafaz

Zikir ini adalah menyebut Ismuz - Zat (Nama-Nama Allah Yang Maha Agung) dengan keluarkan suara serta ingatan di dalam hati sanubari.  Iaitu menyebut dengan lidah akan Kalimah "Allah Allah"  atau  La-Ilaha-Illallah atau menyebut        "Ya Hayyu Ya Qayyum", atau Ya Qahhar, Ya Latiff, atau Nama-nama Allah yang lain berulang-ulang.


(2) Zikir Qalbi 

Semata-mata menyebut atau  mengingat Allah di dalam

hati sanubari tanpa lafaz lisan. Atau dikatakan : Mengingat 

Allah terus-menerus di dalam hati sanubari.  Iaitu mengulang-ulang Kalimah Allah Allah di dalam hati sanubari tanpa suara. 


(3) Zikir Lataif

(4) Zikir Nafi  Ithbat

(5) Zikir Wuquf Qalbi

(6) Zikir Nafas

(7) Zikir Ruhani

(8) Zikir Nurani

(9) Zikir Ruh

(10) Zikir Sirr


Setiap zikir di atas adalah Zikir Darjat (Zikir yang meningkatkan keimanan), yang mempunyai Syarat, Peraturan dan Kaifiyyat mengamalkannya.  Cara-cara amalkannya akan diajar oleh Mursyid yang memimpinnya sesuai dengan peningkatan keruhanian seseorang murid.



 Silibus Kedua :  Muraqabah — 7 Tingkatan

Maksud Muraqabah :  Merenung kepada Allah Ta'ala menurut kaifiyyat dan syarat-syaratnya.  

Atau dikatakan :  Menunggu petunjuk Allah pada lataif tertentu menurut syarat dan kaifiyyatnya. 


Dalil Muraqabah:


Firman Allah Ta'ala:


وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬

"Sebut olehmu akan nama Tuhanmu dan renung olehmu kepada Tuhanmu dengan sebenar-benar renungan (muraqabah)"

[Al-Muzzaammil (73) : Ayat 8]


Tujuh Tingkatan Muraqabah:

(1) Muraqabah Ahadiyyah

(2) Muraqabah Ma'iyyah

(3) Muraqabah Aqrabiyyah

(4) Muraqabah Ma'budiyyah

(5) Muraqabah Mahabbah

(6) Muraqabah Zat Sarfi — 8 cabang

(7) Muraqabah Zat Mutlaq — 8 cabang



Silibus Ketiga :  Musyahadah — 6 Tingkatan


Maksud Musyahadah :  Memandang Zat Allah yang Laisa Kamithlihi Syai'un, mengikut syarat dan kaifiyyat tertentu. 


Dalil Musyahadah:


Rasulullah ﷺ bersabda:


أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.  Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau"

[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]


Enam Tingkatan Musyahadah:


(1) Musyahadah Mutlaq

(2) Musyahadah Mujalisah

(3) Musyahadah Mutoli'ah

(4) Musyahadah Mukafahah

(5) Musyahadah Muqobilah

(6) Musyahadah Mukasyafah



Bersambung siri 163 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

_____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 9

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 9: SISTEM TARBIYYAH dan TAZKIYYAH...