Friday, March 06, 2026

SIRI 89


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 9: Syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)



Syarat ke-10: Terkenal di tempat jauh


Seorang Mursyid yang benar akan dikenali oleh mereka yang jauh dari tempatnya.  Allah Taala akan memberikan ilham dan petunjuk kepada manusia untuk mencari Shaikh ini walaupun dari jauh. 


Masyaikh Ahlus Sunnah meletakkan syarat ini sebagai membezakan dengan Guru palsu atau penipu.  Ini kerana lazimnya Guru yang penipu akan sedaya upaya mengawal muridnya supaya tidak terbocor rahsia kejahatannya.  Salah satu cara adalah dengan mengongkong mereka dengan dakwaan-dakwaan palsu.


Tapi Ingat!!!

Syarat ini bukan bermaksud seorang Shaikh mesti terkenal sebagaimana terkenalnya selebriti TV atau terkenalnya penyanyi-penyanyi, pemain bola sepak dan sebagainya. TIDAK.!


Bahkan dari suatu sudut perhitungan yang lain, seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) dilindungi "rahsia" nya oleh Allah Ta'ala sehingga orang awam melihatnya sama seperti orang biasa.  Mereka tiada keistimewaan sisi dunia, tiada sanjungan dunia, mereka bukan ikon yang dipuja oleh muda mudi, mereka bukan personaliti politik atau sosial dunia. 


Sebaliknya hidup mereka penuh kesederhanaan serta kelihatan seperti biasa.  Sedangkan cahaya _Sirr_ (rahsia) mereka menyinari seluruh alam.  Hanya mereka yang bersih ikhlas hatinya akan mengetahui keberadaan mereka.


Berkata Al-Alim Allamah Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu di dalam Risalah Naqsyabandi:

"Syarat wasilah (Shaikh Mursyid) yang ke-3 adalah Masyhur namanya di tempat yang jauh."

[Risalah Toriqat Naqsyabandiah, Siri Ma'rifat 1, ms 37]


Bersambung siri 90 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...