Friday, March 06, 2026

SIRI 85


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 9: Syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)



Syarat ke-6 :  Bersifat Siddiq (Benar) dalam Perkataan dan Perbuatannya


Seorang Shaikh yang benar adalah sentiasa BENAR di dalam perkataan dan perbuatannya.  Dia bukanlah seorang pendusta atau penipu kerana penipuan dan pendustaan adalah sifat orang munafiq. 


Mursyid yang Siddiq adalah Pewaris Amanah Rasulullah ﷺ yang sentiasa di dalam kebenaran dan mempertahankan kebenaran. Mereka tidak sesekali bersekutu dengan Pemerintah-pemerintah zalim dan rakus dengan duniawi.  Ketika Pemerintahan orang Islam beralih dari Pemerintahan adil kepada pemerintahan fasiq dan zalim, sekalian Mursyid, Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq jauhkan diri daripada pemerintahan.  Maka tinggallah Ulama as-su (ulama jahat) dan Ulama sesat menyokong pemimpin-pemimpin zalim dan memberi fatwa sesat dan menyesatkan.

Mereka sanggup menjual agama untuk habuan dunia dan nafsu.  Mereka sanggup menipu Ummat demi mendapat kedudukan tinggi di sisi Pemerintah atau Pemimpin.  Mereka adalah “Ulama-ulama” politik yang menjual Ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.  Mereka menerima La'nat Allah.


Satu contoh alim ulama yang menipu Ummat dan jual Agama sehingga menjadi orang yang di La'nat Allah adalah Bal'am Baurah, yang kisahnya dirakamkan di dalam Al-Qur'an.


Inilah kisah Bal'am Baurah, seorang alim (pandai di dalam ilmu syariat) dan abid (orang yang rajin ibadah) di kalangan Bani Israel yang maqbul doanya.  Namun dia salah gunakan ilmunya.  Bal'am Ba'urah bersekutu dengan Penguasa negerinya untuk menentang Nabi Musa Alaihis Salam.  Dia rela menggadaikan Agamanya demi dunia yang hina.  Maka Allah Ta'ala melaknat orang alim seperti ini dan menggelarnya dengan panggilan "anjing yang menjelir lidahnya".    


Firman Allah:


وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث‌ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا‌ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦) سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ


"Dan kalau Kami Kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya; ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya; ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan Ayat-ayat Kami.  Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.  Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan Ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."

[Al-A'raf (7) : Ayat 176 -177]


Bersambung siri 86 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...