Sunday, March 08, 2026

SIRI 106


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 11: Punca kesesatan orang awam dan salikin


Punca 4: Melanggar Adab Ma'rifat

sambungan...


Contoh-contoh kebinasaan akibat langgar adab


Berikut adalah beberapa peristiwa kebinasaan manusia (dan jinn) yang telah terjadi di masa lampau, menjadi i'tibar".


Kisah 1: Kisah Kebinasaan Iblis

Iblis yang sebelumnya dikenali dengan nama Azazil adalah Ahli Ibadah yang tekun, Iblis di-La'nat bukan kerana dia enggan beriman kepada Allah, bukan kerana dia enggan beribadah kepada Allah, bahkan dia akui Allah Ta'ala sebagai Tuhan dia dan beribadah dengan ibadah yang sangat cemerlang sehingga sekalian Malaikat menjadi kagum dengannya.  Iblis menerima La'nat Allah kerana salah adab (buruk adab) kepada Allah. Iblis enggan sujud (tunduk hormat) kepada Nabi Allah Adam Alaihis Salam.  Pada sangkaan Iblis, dia selamat kerana dia cuma enggan sujud (tunduk hormat) kepada makhluq, bukan enggan beriman kepada Allah.  Dia dengan beraninya mempersoalkan perintah Allah yang menyuruhnya sujud (tunduk hormat) kepada Adam.  Kemudian dengan beraninya mencabar Allah bahawa dia akan menyesatkan sekalian manusia.  Memang Iblis biadab dengan Allah, maka jadilah dia kafir, menerima La'nat Allah.  Wal Iyazubillah.



Kisah 2: Wasil bin Atho'

Ini adalah kisah Wasil bin Atho, murid kepada Imam Hasan Al-Basri Radhiallahu Anhu.  Dia dikatakan murid cemerlang.  Pada suatu ketika, Wasil bin Atho keluar dari Majlis Imam Hasan Al Basri kerana menyangka diri dia lebih hebat daripada Gurunya Imam Hasan Al-Basri Radhiallahu Anhu.  Setelah keluar dari Majlis, dia (Wasil bin Atho) mengumpulkan teman-temannya dan mengasaskan fahaman baru yang kemudian dikenali sebagai Fahaman Mu'tazilah.  Sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar telah mengeluarkan fatwa bahawa fahaman Mu'tazilah telah sesat dan termasuk di dalam 72 golongan sesat yang diberi amaran oleh Rasulullah ﷺ.


Kisah 3: Kisah Zulhuwaishirah

Orang yang bernama Zulhuwaishirah ini bai'at dengan Rasulullah ﷺ dan ahli ibadah yang sangat tekun, tetapi dia biadab kepada Junjungan Rasulullah ﷺ.  Dia mengherdik Baginda dengan ucapan biadab, "Wahai Muhammad, berlaku adillah" atau dia berkata, "Wahai Muhammad, bertaqwalah kepada Allah."  Maka binasalah dia meskipun dia ahli ibadah yang berjidat hitam dahinya. 


Hadith Rasulullah ﷺ:

“Dari Abu Sa'id Al Khudriy Radhiallahu Anhu, beliau berkata; "Ketika kami sedang bersama Rasulullah ﷺ yang sedang membahagi-bahagikan pembahagian (harta rampasan), datanglah Dzul Khuwaishirah, seorang laki-laki dari Bani Tamim, lalu berkata; "Wahai Rasulullah, engkau mesti berlaku adil".  Maka Baginda berkata: "Celaka kamu! Siapa yang mampu berbuat adil kalau bukan aku yang berbuat adil.  Sungguh kamu telah mengalami keburukan dan kerugian jika aku tidak berbuat adil".  Kemudian 'Umar berkata; "Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk memenggal batang lehernya!  Sabda Baginda: "Biarkanlah dia kerana dia memiliki teman-teman yang salah seorang dari kalian memandang remeh solatnya dibanding solat mereka, puasanya dibanding puasa mereka.  Mereka membaca Al Qur'an namun tidak sampai ke tenggorokan mereka.  Mereka keluar dari agama seperti keluar anak panah dari sasarannya (haiwan buruan).” 

[Imam Bukhari]


Bersambung siri 107 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 127 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...