■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 741)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
(3) Pemerintahan Fasa ke-4 yang ditadbir oleh Diktator atau Pembesar-pembesar (Presiden, Menteri Besar, Orang Besar) yang keras kepala dan sombong. Mereka menggunakan berbagai sistem yang berlawanan dengan Islam seperti demokrasi, sistem kapitalis, sosialis, komunis dan lain-lain.
Pemerintah-pemerintah ini tidak jauh bezanya dengan Fasa ke-3. Pemerintahan dipenuhi dengan berbagai penipuan, rasuah, kefasikan dan kezaliman. Orang Islam yang menyatakan kebenaran akan ditangkap atau ditahan daripada menyebarkan kebenaran. Mereka gunakan berbagai akta dan enakmen untuk menghalang tersebarnya kebenaran. Inilah zaman yang Ummat berada sekarang.
(4) Suatu hal yang sangat penting untuk diperhatikan adalah berkenaan Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq.
Selepas Sayydina Hasan Radhiallahu anhu serahkan jawatan Khalifah kepada Muawiyyah untuk elakkan pertumpahan darah, Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq TIDAK lagi mengambil bahagian dalam politik. Mereka menjauhi semua pemerintah yang rakus, tamak haloba, fasiq dan zalim yang bergelumang di dalam politik kotor dunia.
Sejak saat itu hingga zaman ini, Ulama Pewaris Nabi yang benar yang dikenali sebagai Mursyid yang Siddiq, Ahli Ma'rifat, Ahli Sufi, Ulama Billah ..... menjauhkan diri dari politik kotor manusia-manusia buas, rakus dan zalim.
Ulama Pewaris Nabi yang benar menolak segala jawatan yang ditawarkan oleh penguasa fasiq. Akibatnya mereka ditangkap dan dipenjarakan. Antaranya Imam Abu Hanifah, Imam Syafi'e dan Imam Hambali ditangkap dan disiksa. Namun mereka tak pernah berubah hati mengikut telunjuk Pemimpin-pemimpin zalim dan fasiq.
Adapun "Ulama" yang bersubahat dengan Pemerintah Zalim hanya Ulama dunia, Ulama As-Su, Ulama jahat yang mementingkan pangkat dan memenuhi hawa nafsu dunia. Ulama as-su (ulama jahat) ini menjadi penasihat pemerintah untuk mengeluarkan Fatwa sesat yang menyenangkan pemerintah. Ulama jahat inilah yang mempertahankan Pemerintah fasiq dan zalim.
(5) Ulama Pewaris Nabi yang benar meneruskan Sistem Warisan Rasulullah ﷺ bagi pembentukkan peribadi-peribadi beriman dan bertaqwa. Mereka meneruskan Sistem Pendidikan yang diwarisi dari Rasulullah ﷺ dengan jalan bai'at dan musyafahah yang dijamin kesuciannya oleh Allah dan Rasul-Nya. Mereka sentiasa di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya. Pimpinan mereka akan kekal di dalam Wilayah tersebut hingga datangnya Imam Mahdi Alayhis-salam mendirikan Daulah Islamiyyah yang benar berdasarkan Manhaj Ala-an-Nubuwwah (Manhaj Kenabian) sepertimana yang dilaksanakan oleh Khulafa Ar-Rasyidin.
Bersambung siri 742 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment